Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 19, 2009

Politik Syurga dan Neraka di Malaysia ~ Hebat betul!



Saya merujuk kepada isu Syurga dan Neraka yang kini begitu hangat di perkatakan media massa Malaysia.

Hebat benar! Begitu mudah dijangka manusia didalam negara ini akan kriteria siapa kah dia yang boleh masuk syurga Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan hanya memilih parti itu dan ini?

Apa mereka ini mengira begitu mudah sekali hendak masuk syurga?

Aduh! Bilamana saya merujuk semula akan hadith hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa begitu payah sekali manusia untuk melepasi ISO Allah Azza Wa Jalla untuk melepasi titian Siratul Mustakim apatah lagi diambil kira akan sekelian amalan manusia semasa dimuka bumi ini, maka sudah sampai ke tahap mustahil terlepas setiap dari manusia dari merasai bahang api neraka dek kerana dosa dosa yang kita lakukan secara sadar mahupun tidak?

Cuba kita lihat apa jawapan yang diberikan Dr.Zakir Abdul Karim Naik kepada seorang yang bertanya kepada beliau akan apakah syarat untuk seseorang manusia masuk ke syurga?



Dr.Zakir menjawab bahawa didalam Surah Al Asr, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman bahawa barangsiapa yang mengerjakan amalan yang baik dan bersabar didalam tugasannya itu , Insya Allah akan masuk ke syurga dan barangsiapa yang berbuat sebaliknya sudah pasti tidak akan terlepas dari siksa api Neraka!



Sūra 103: ‘Aṣr, or Time through the Ages

Section 1 (1-3)

1. WaalAAasri

1. Demi Masa!

1. By (the Token of) Time (through the ages),


2. Inna al-insana lafee khusrin

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

2. Verily Man is in loss,


3. Illa allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati watawasaw bialhaqqi watawasaw bialssabri

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

3. Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuan tuan dan puan puan,

Bukannya mudah bagi kita untuk mendabik dada begitu yakin dan takbur menyatakan bahawa kita ini sudah tentu ahli syurga padahal sudah sebegitu ramai manusia sebelum kita yang sepanjang hayat mereka beramal ibadat tanpa jemu tetapi diakhir hayat mereka mati didalam keadaan `Su'ul Khatimah' iaitu mati didalam keadaan hina, Na`uzubillahiminzalik!

Sejarah menunjukkan bahawa ajal maut kita ditentukan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tiada siapa pun yang dapat menjangka bagaimana keadaannya sesudah nafas terakhir terhembus keluar dari jasadnya?

Wallahu`alam bissawab!

Yang sudah tentu pasti adalah kita kan berhadapan dengan para malaikat Allah yang akan menemuduga kita didalam kubur sebaik sahaja setiap yang hadir ke majlis pengebumian kita beredar pulang!

Tuan puan pasti ingat akan segala peringatan yang disampaikan Tok Imam yang membacakan Talqin sesudah selesai urusan pengebumian kita?

Soalan soalan yang akan ditanya tidak melibatkan :
  • Wahai sipolan bin sipolan....
  • Engkau ini ahli UMNO? PAS? PKR? DAP? PPP? AKIM?
  • Engkau ni NGO ke atau EXCO?
  • Tuanku? Tengku? Megat? Nik? Tun? Tan Sri? Dato Paduka? Dato Seri Utama? Dato Seri? Datuk? Dato? dsbnya...
  • Semasa hidup engkau ni tinggal di istana? Seri Perdana? Banglo? Semi D? Teres? Kondominium? Apartmen? Flet PPR? Cluster? Stingarden? Rumah Kongsi?
  • Berapa banyak duit simpanan ASB kamu?
  • Engkau ni bumiputera ke tidak?
  • Jawatan engkau semasa hidup apa dia?
  • Engkau pakai Rolls Royce? Daimler? Jaguar? Brabus? Merz? Beemer? Honda Accord? Toyota Camry? Harrier? Lexus? Perdana? Waja? Persona? Wira? Myvi?Kanc..dsbnya?
Sudah tentu tidak!

Ini bacaan Talqin bagi yang sudah lupa:

Wahai (simati) bin (nama ibu), wahai (simati) bin (nama ibu),wahai (simati) bin (nama ibu), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (simati) bin (nama ibu), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka akan bertanya (soalan bocor) :
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Apakah kiblat kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
  6. Apakah pegangan iktikad kamu?
  7. Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
  1. Allah Taala Tuhanku,
  2. Muhammad Nabiku,
  3. Islam Agamaku,
  4. Kitab suci Al-Quran ikutanku,
  5. Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  6. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
  7. bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".
Wahai (simati) bin (nama ibu) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya:
  • mati ini adalah benar,
  • soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
  • bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
  • berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
  • dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
  • minum di kolam air nabi adalah benar,
  • ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya ; begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati :








185.Qullu nafsin itzha-iqatu almawti wa-innama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamati faman zuhziha AAani alnnari waodkhila aljannata faqad faza wama alhayatu alddunya illa mataAAu alghuroori

185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

185. Every soul shall have a taste of death: And only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): For the life of this world is but goods and chattels of deception.

http://www.sacred-texts.com/isl/quran/00319.htm

Jadi nasihat saya, janganlah terlalu sombong membanggakan diri kita bahawa kita ini sudah terjamin masuk syurga!!

Itu urusan Allah Tuhan Semesta Alam!

Allah tidak melantik mana mana individu dimuka bumi ini untuk menjadi ejen tiket ke syurga!!!

Yang jadi ulat tiket mana mana, itu terpulang pada dia. Jika ditangkap pegawai penguatkuasa, jawablah sendiri.

Bagi saya, elok saya berusaha seboleh mungkin untuk mentarbiyyah diri dan tanggungan saya serta memperingati mana mana kenalan dan pembaca blog saya ini supaya kita serahkan urusan menapis ahli syurga atau neraka kepada Yang Maha Esa!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment