Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, August 29, 2009

Protes Penduduk Islam Seksyen 23 - Perlu berhemah didalam cara membantah! ( Dikemaskini)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin yang dikasihi.

Saya merujuk kepada soal protes pembantahan penduduk penduduk Muslim di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan semalam.

Memang terasa rimas melihat video yang disiarkan oleh Malaysiakini.tv, memaparkan adegan pembantah pembantah terbabit membawa kepala lembu yang masih berdarah sebagai tanda simbolik protes kumpulan terbabit terhadap perancangan Kerajaan Selangor untuk membina kuil bersaiz lebih dari 20,000 kaki persegi di kawasan perumahan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Lembu adalah haiwan sembahan orang orang India beragama Hindu dan pembawaan kepala lembu itu adalah simbolik penghinaan secara terbuka terhadap kepercayaan mereka.

Ramai yang menganggap bahawa bilamana saya tidak mengutuk secara tegas perbuatan membawa kepala lembu itu oleh pembantah pembantah yang terdiri dari umat Islam Seksyen 23 seperti saya merestui perbuatan itu!

Sebenarnya tidak.

Saya tidak gemar melihat provokasi yang dilakukan dengan sengaja terhadap kefahaman orang orang India berkepercayaan Hindu itu dan saya memang tidak boleh terima penjelasan yang diberikan oleh pemimpin protes semalam bila diajukan persoalan akan maksud membawa kepala lembu dan memijak nya dengan maksud simbolik menghina simbol penyembahan orang orang Hindu sedunia!

Pembantah pembantah semalam sedang berpuasa dan waras ketika berdemonstrasi semalam.

Setiap patah perkataan dan ucapan mereka dilakukan dengan penuh pengertian dan faham akan setiap apa sahaja yang mereka ucap dan laungkan!

Tidak boleh diterima alasan tidak tahu tentang siapa yang bertanggungjawab membawa kepala lembu itu!

Ia tidak datang melayang menyerahkan diri kepada pendemonstrasi dengan sendirinya!!!

Betul tak?

Maka, memang tak boleh diterima alasan tidak tahu akan siapa yang membawa kepala lembu tersebut.

Bilamana pemimpin demonstrasi semalam memijak kepala lembu itu, perbuatan itu dilakukan dengan simbolik memijak kepercayaan penganut ajaran Hindu.

Ini realitinya. Kebenaran wajib dinyatakan! Sebagai umat Islam malah sedang berpuasa lagi!!!

Bayangkan perasaan kita jika orang orang Hindu diseluruh dunia pula menghina kitab suci junjungan kita yakni Al Quranul Karim?

Sudah tentu kita marah dan mahu saja memerangi mereka!

Nah! Begitu lah natijah nya bertindak secara semberono melakukan sesuatu perkara yang sudah tentu mengguris hati dan perasaan mereka yang berfahaman Hindu didalam negara kita mahupun diluar negara.

Saya faham akan kekecewaan yang mendorong pembantah pembantah semalam bertindak sedemikian rupa tetapi saya tetap tidak setuju dengan cara mereka menggunakan simbol kepala lembu kepercayaan orang orang Hindu itu diperlakukan sedemikian rupa.

Kepala lembu yang dibawa dan dipijak semalam biarpun ianya hanya sesuatu objek dan bukan kitab suci sesuatu agama tetapi ianya adalah lambang simbol ketuhanan kepercayaan orang orang Kaffir!

Mereka yang bertanggungjawab mengepalai protes semalam harus meminta maaf dengan segera dan secara terbuka kepada rakyat Malaysia berketurunan India yang berfahaman Hindu dan menyatakan kesal diatas kesilapan mereka bertindak sebegitu.

Walaupun saya tidak ada kena mengena secara langsung dengan cara protes semalam, selaku saudara seagama dengan penduduk Islam Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, saya memohon maaf bagi pihak mereka kepada mana mana warganegara Malaysia berkepercayaan Hindu diatas kesilapan pembantah pembantah didalam protes berkenaan.

Ingin saya memperingatkan kesekelian umat Islam seagama dengan saya akan Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam kitab suci kita Al Quranul Karim - Surah An `Aam ayat 108 yang bermaksud :

108. Wala tasubboo allatheena yadAAoona min dooni Allahi fayasubboo Allaha AAadwan bighayri AAilmin kathalika zayyanna likulli ommatin AAamalahum thumma ila rabbihim marjiAAuhum fayunabbi-ohum bima kanoo yaAAmaloona

108.Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

108. Revile not ye those whom they call upon besides God, lest they out of spite revile God in their ignorance. Thus have We made alluring to each people its own doings. In the end will they return to their Lord, and We shall then tell them the truth of all that they did.

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat, Mukminin na wal Mukminat,

Perkara menghina kepercayaan orang orang Kaffir ini bukan lah sesuatu yang enteng dan boleh kita biarkan begitu saja tanpa menegur dan menasihati saudara saudara kita yang sudah terbakar hati dengan perancangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Darul Ehsan untuk membina sebuah kuil yang bersaiz besar secara sah di kawasan penempatan umat Melayu Islam Seksyen 23 Shah Alam sebagai gantian untuk sebuah menggantikan kuil kecil di Jalan Ladung 19/28, Seksyen 19 ke lokasi yang dipertikaikan (lot industri) No.2, Jalan Dividen 23/6, Seksyen 23, Shah Alam.

Saya kurang pasti akan status kuil asal itu di Jalan Ladung tetapi dari pengalaman lampau, ianya kelihatan seperti mana mana kuil yang dibina tanpa izin di tanah simpanan kerajaan dan bilamana datangnya pihak berkuasa untuk memusnahkan nya, maka di tuntut tapak lain secara gantian yang sah! Rujuk kes Peristiwa Kampong Rawa di Jalan Patani, Pulau Pinang.





























Ini modus operandi golongan yang mempunyai agenda tertentu mendirikan seberapa banyak rumah rumah ibadat ditepi parit, bawah pokok, batu pelik pelik dan sebagainya dan kemudian bila tempat yang dibina secara haram itu hendak diroboh, maka di minta kerajaan negeri memberikan tapak gantian secara sah!

Didalam bahasa Inggeris, ianya ditafsir sebagai 'land grabbing'. Rampasan tanah secara muslihat dan tidak halal.

Bukannya tidak boleh di adakan rumah rumah ibadat selain Islam didalam negara ini tetapi haruslah berpada pada dan tidak membiarkan mereka yang tidak bertanggung jawab mencetuskan suatu keadaan yang boleh membawa kepada pergaduhan etnik dan antara agama!

Saya berharap kejadian ini akan dapat diselesaikan secara aman dan dengan bijaksana oleh pihak berkuasa yang terlibat.

Semoga keharmonian diantara kaum dan agama di dalam negara kita terus di jaga dan dipelihara oleh kesekelian warganegara Malaysia didalam bulan suci dan mulia Ramadhan al Mubarak ini dan juga didalam semangat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Negara kita Malaysia, tanahair kita bersama.

Amin Ya Rabbal Alamin.

* Sila ke blog GAP untuk melihat sendiri dokumen dokumen rahsia yang berkenaan perkara ini.

* Lawati juga Minaq Jinggo @ Photojournalist #1 Malaysia untuk melihat rakaman gambar gambar yang di ambil beliau disana semalam.
Post a Comment