Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 28, 2009

Protes umat Islam Seksyen 23, Shah Alam membantah pembinaan kuil Hindu disana!



Nampaknya kemarahan penduduk Islam di Seksyen 23, Shah Alam sudah tidak dapat dibendung lagi bilamana mereka berkumpul membantah perancangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membina kuil hindu dikawasan berhampiran perumahan mereka!

Dari cara dan gaya mereka berucap dengan tegas dan memberi amaran kepada Kerajaan Selangor dibawah perintah Khalid Ibrahim, nampaknya akan berlaku perkara yang tidak di ingini sekiranya Khalid Ibrahim yang meluluskan pembinan kuil industri arak terus berkeras juga dengan perancangan tersebut!

Penduduk Islam yang berarak ke Bangunan Sekretariat Kerajaan Selangor di Shah Alam memberi amaran bahawa sekiranya Khalid Ibrahim dan Khalid Samad terus berdegil hendak membina kuil disana, akan berlaku pertumpahan darah!!!

Buat masa ini, yang berdarah adalah kepala seekor lembu yang membawa makna tersurat dan tersirat! Bagi mereka yang faham dan kenal akan gaya bahasa dan isyarat orang orang Melayu sudah pasti dapat mencium apakah maksud sebenarnya disebalik pembawaan kepala lembu itu?

Soalnya sekarang, apakah kedua Khalid itu dapat menangkap maksud simbolik yang dibawa umat Islam Seksyen 23 itu atau mereka akan terus buat buat tak nampak dan dengan itu membiarkan polemik merbahaya ini terus mencetuskan pergaduhan diantara kaum disana yang mungkin melibatkan kehilangan nyawa dikedua belah pihak nanti?

Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Selangor dibawah Khalid Ibrahim nampaknya kedudukan orang orang Islam didalam negeri ini semakin terancam dan pelbagai kemelut politik serta sosial telah tercetus disana.

Soal arak masih terus berkudis dan mulai bernanah di Selangor Darul Ehsan. Khalid Ibrahim dengan semberono terus mempertahankan keujudan kilang arak terbesar di rantau Asia didalam negeri dibawah pemerintahannya dengan menjanjikan penerusan aktiviti breweri bir dan arak disana.

Saya menyesal mengundi Khalid Ibrahim di Parlimen Bandar Tun Razak dan menyokong pencalonannya dikawasan saya. Pisang takkan berbuah dua kali Lid!

PRU ke 13 nanti jika panjang umur kita, tak akan hamba Allah ini mengundi saudara lagi.

Sudah terantuk maka mahu tak mahu saya terpaksa tengadah!
Post a Comment