Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 06, 2009

Bila 'Ketua Agama' ralek ; Exco Agama pula kena 'bedek'!

Saya merujuk kepada laporan The Star Online yang menyatakan bahawa Exco Agama Islam Selangor, YB Datuk Dr. Hassan Ali, merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengarahkan pegawai pegawai masjid di negeri Selangor Darul Ehsan untuk berkuasa menangkap orang orang Islam yang meminum arak di khalayak umum dititah mengadap 'Ketua Agama' Selangor di Istana Bukit Kayangan semalam.

Arahan mengadap Sultan Sharafudin Idris Shah dikatakan berpunca dari ketidakpuasan hati Sultan Selangor diatas keputusan Datuk Dr. Hassan Ali tidak berunding untuk mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu.

Soal pihak istana yang tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab membela dan mempertahankan kedudukan Agama Islam di dalam negeri masing masing sudah lama saya dengar malah pernah dimaklumkan akan kebenaran keadaan ini oleh pegawai tertinggi agama negara kita sendiri.

Pihak istana dikatakan akan mempersoalkan mana mana pegawai agama yang berani menguatkuasakan peruntukan perundangan Islam didalam negeri negeri berSultan dan berRaja Melayu?

Dailog nya dikatakan lebih kurang begini : ' Apakah kamu mahu merampas kuasa beta?'

Wallahu alam sama ada begitu lah lumrah nya sekatan yang di letakkan pada pegawai pegawai agama kita oleh Sultan dan Raja Melayu?

Namun, sudah sekian lama saya lahir, membesar dan hidup di bumi tanahair Melayu ini, belum pernah lagi saya mendapat berita akan mana mana Sultan atau Raja Melayu benar benar berusaha menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar didalam negeri masing masing?

Bilamana Datuk Dr Hassan Ali berani menegakkan suruhan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sepatutnya Sultan memberi sokongan kepada beliau dan bukannya mempersoalkan atau mempertikaikan niat murni Exco Agama Selangor itu tentang nawaitunya mengarahkan pegawai pegawai masjid untuk berkuasa menangkap peminum arak tegar dikalangan umat Islam negeri itu?

Harapkan pagar ; pagar buat derk je terhadap padi!

Harapkan Sultan Sultan dan Raja Melayu untuk menjaga kedaulatan Agama Islam didalam negara yang mengaku 'Islam' ini bagaikan mengharapkan orang yang 'sum mum buk mum om yom fahum laa yar ji uun' untuk memantau Ad Deenullah!

Musuh musuh Islam semakin berani mempertikaikan itu dan ini berkenaan Islam tetapi tak terdengar barang sedehem sekalipun dari pihak istana istana yang kununnya 'Ketua Hal Ehwal Islam' di dalam negeri masing masing?

Beginilah jadinya bila 'Ketua Agama' ralek ; Exco Agama yang buat kerja pula kena bedek?

Fikir fikirlah akan hakikat semasa ini.

“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.
Riwayat Muslim

Huraian

1. Orang yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin hendaklah menjaga kebajikan orang ramai dan haram menindas serta menzalimi mereka.

2. Setiap rakyat harus menasihati dan menegur pemerintah dengan teguran yang membina demi untuk memajukan negara. Rakyat juga berhak menyuarakan pendapat, serta boleh membantah sekiranya pemerintah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.

3. Pemerintah hendaklah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan adil untuk kepentingan semua rakyat dengan menyediakan segala kemudahan, demi untuk pembangunan, kemajuan, keselamatan, dan kemakmuran negara.

4. Setiap orang akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan ketika di dunia.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Image hosting by IMGBoot.com

Kepada Datuk Dr Hassan Ali, Mahaguru58 mengucapkan 'Syabas!' dan teruskanlah mujahadah Datuk!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati diri Datuk dan kesekelian pegawai pegawai agama dan masjid negeri mahupun negara kita dan memperkasakan tuan tuan serta puan puan semua!

Kami yang menyembah hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengikuti suruhan Rasul Allah Sallalahu Alaihi Wassallam kan tetap bersama Datuk dan mana mana sahaja pegawai kerajaan yang berani menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar tanpa mengira samada mereka dari PAS atau UMNO!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR!!!
Post a Comment