Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 09, 2009

Bubur Lambuk Kampong Baru

Image hosting by IMGBoot.com

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin sekelian.

Alhamdulillah. Sekali lagi kita dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kesempatan untuk berada didalam bulan yang paling mulia didalam takwim Islam iaitu Ramadhan al Mubarak.

Bulan penuh barakah dan dimana setiap amalan Mukminin dan Mukminat akan memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda anugerah Allah Ar Rahman Ar Rahim, Tuhan kita yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Berpusu pusu manusia yang tinggal didalam negara ini berjamaah mengerjakan segala macam amal ibadah dan kewajipan agama dengan kesedaran yang lebih tinggi berbanding bulan bulan yang lain.

Kebanyakan surau dan masjid di imarahkan oleh para Muslimin dan Muslimat yang tinggal berdekatannya. Rumah rumah orang Islam disiang dan malam Ramadhan berubah suasana dan lebih kerap kedengaran bacaan ayat ayat suci Al Quranul Karim berbanding hari hari sebelumnya.

Alhamdulillah. Walaupun ada segelintir manusia yang mengaku Muslim terus alpa dengan kehadiran Ramadhan al Mubarak ini dan gagal menghayati kesempatan kurniaan Ilahi ini dengan terus bersengketa sesama ummah baik secara lahiriyyah atau pun di alam siber, kebanyakan yang lain telah berhijrah ke gaya hidup meraikan Ramadhan dengan memperbanyakkan sedekah, bertadarus Al Quran dan mengimarahkan masjid dan surau surau Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Salah satu keistimewaan hidup di ibunegara kita ini adalah berpeluang menikmati pelbagai juadah dan masakan orang orang Melayu disini.

Diantara masakan istimewa sempena kehadiran bulan penuh barakah ini adalah 'Bubur Lambuk Kampong Baru'.

Walaupun ada pembuat Bubur Lambuk Kampong Baru yang berniaga sepanjang tahun disebelah Masjid Jamek Kampong Baru, Kuala Lumpur, kedatangan Ramadhan akan melihat lebih ramai yang lain turut serta mencari rezeki di samping beramal sedekah dengan menyediakan Bubur Lambuk sebagai hidangan istimewa untuk mereka yang berbuka puasa di masjid masjid sekitar ibu negara dan juga di seluruh negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Baru baru ini saya berkesempatan pergi membeli bubur lambuk kegemaran saya di hadapan Masjid Jamek Kampong Baru.

Berikut adalah rakaman yang sempat saya lakukan semasa itu.
Image hosting by IMGBoot.com
Sebungkus dijual dengan harga RM2.00. Ada perbezaan rasa bubur lambuk ini diantara penjual ini dengan yang lain.

Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Ini pula penjual Bubur Lambuk Kampung Baru yang asal. Berniaga sepanjang tahun.
Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Pesaing yang lain turut serta menjual bubur lambuk versi mereka.
Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com
Post a Comment