Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 18, 2009

Budaya Disney atau Upin & Ipin jadi pilihan ibubapa Malaysia?

Assalamualaikum tuan tuan dan puan puan.

Bilamana saya membaca laporan media bahawa pihak Disney yang membawakan watak Mickey Mouse sebagai wadah mentarbiyyah kanak kanak kita merayakan Hari Raya dengan cara mereka, maka hati kecil saya tidak berapa setuju dengan penerapan budaya Barat berasaskan watak cereka Amerika yang tidak berapa elok di terapkan kedalam masyarakat kita.

Nilai nilai murni yang disampaikan oleh watak Upin dan Ipin serta watak watak kawan kawan Upin dan Ipin yang terdiri dari watak Cina, India dan Sikh lebih sesuai dihidangkan kepada kanak kanak Malaysia.

Apakah sebab saya berpendapat begitu?

Tengok saja video video Upin dan Ipin! Penuh tersirat nasihat dan bimbingan agama!



Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald, Daisy, Goofy dan Pluto ada ke mengajar kanak kanak kita tentang Islam dan adat resam Melayu serta kebudayaan Malaysia?

Tengok je lah apa isinya? Takde faedah langsong!!!


Ibubapa yang dok sibuk pergi membawa anak anak mereka menyertai kelab Disney itu dah buat kajian tentang kesan 'pentarbiyahan' anak anak mereka mengikut acuan Disney ke?

Apa hasilnya nanti?

Anak anak mereka bakal mewarisi 'otak kartun' karut Disney dan segala watak watak mereka padahal ibubapa yang memberikan sajian hiburan berfaedah menerusi kartun Upin dan Ipin pasti boleh berpuashati bahawa secara tak langsung anak anak mereka sedang dididik secara halus untuk menjadi Muslim dan warga Malaysia yang baik melalui contoh tauladan didalam cerita cerita Upin, Ipin dan kawan kawan mereka!

Saya ucapkan tahniah kepada pembuat cereka Upin dan Ipin!
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati usaha kamu dan memberikan kejayaan kepada semua krew yang terlibat!

Hidup Upin dan Ipin!

Tontonilah cereka buatan Malaysia! Memang ada kelas!!!

Mahaguru58 menyokong Upin dan Ipin! Ada tarbiyyah agama, nasihat berguna dan penerapan nilai nilai murni kebudayaan dan warisan semua kaum serta bangsa bangsa warganegara Malaysia!


















Siri kartun animasi TERBAIK Malaysia!


10 Bintang!!!

Bagi pendapat saya, Kartun Upin & Ipin ini jauh lebih baik dari Kartun Lat kerana karya Datuk Lat cuma mengenang nostalgia kehidupan seorang budak kampong zaman selepas Malaya Merdeka dan awal penubuhan Malaysia.

Tak ada sangat nilai nilai penerapan ajaran ajaran Al Islam dan pengajaran moral serta budi bahasa didalam kartun kartun Lat, Ujang dan yang sewaktu dengan nya.

Siri kartun Upin & Ipin penuh sarat dengan segala yang positif untuk ditauladani anak anak kita!

Majulah Upin & Ipin untuk kanak kanak Malaysia!
Post a Comment