Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 28, 2009

Implikasi sebenar kes rotan Hukum Mahkamah Syariah Malaysia ~ Siapa dia yang menentang?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Masyarakat umum negara kita membaca laporan dan perbincangan editorial lantas merumuskan itu dan ini tentang keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia cawangan Kuantan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang mengaku bersalah minum arak dikhalayak umum ketika di serbu di Cherating, Pahang tidak berapa lama dulu.

Bilamana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menghukum sebat 6 kali ke atas peminum arak berkenaan, riuh rendah kedengaran suara suara sumbang NGO, ahli ahli politik baik yang dari kalangan menteri kerajaan BN mahu pun dari kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS bersuara mempersoalkan kewajaran hukuman sebat itu tanpa mengkaji kedudukan perkara sebenar perbezaan diantara hukum sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sivil dan cara sebatan yang dijatuh hukum oleh Mahkamah Syariah di dalam negara ini!

Yang sudah mengaku bersalah dan mahukan pelaksanaan hukum sebat itu tak ada masaalah langsung dihukum begitu kerana dirinya dah sedar bahawa lebih baik ianya dihukum didunia ini dan bebas hukuman Allah di akhirat tetapi seperti biasa kedengaran lah suara suara sumbang pendajjal hukum Syariah membantah keputusan hakim Mahkamah Tinggi Syariah kita itu.

Saya tidaklah hairan sangat akan sikap yang di ambil golongan blogger blogger dan NGO NGO kaffir serta aktivis Islam ikut suka mereka ini sebab dah memang begitulah lumrahnya benak fikiran mereka terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan usaha penerapan dan pelaksanaan hukum hakam Islam di tanahair ini.

Yang orang ramai tidak tahu adalah penentangan terhadap sistem penghakiman Syariah Malaysia oleh sebilangan golongan yang mendabik dada sebagai aristokarat bangsawan dan kerabat kerabat di raja secara diam diam dan tidak di isytihar sama sekali di media massa.

Mereka ini sebenarnya punca penggagal mana mana usaha dari pihak pegawai pegawai tinggi institusi kehakiman syariah negara dan juga dari jabatan jabatan agama negeri mahupun negara!

Contoh terkini adalah bagaimana Datuk Dr Hassan Ali diperintah menghadap 'Ketua Agama' Kesultanan Selangor Darul Ehsan kerana berani mengeluarkan arahan memperkasakan para pegawai masjid di negeri berkenaan berkuasa untuk menangkap mana mana peminum arak tegar dari kalangan yang terdaftar sebagai umat Islam disana?

Perkara 'Penghulu Istana' mencabar mana mana pegawai agama yang berani bertindak menegakkan undang undang Allah dimana mana negeri yang kononnya beraja dan bersultankan Ketua Agama Islam berbangsa Melayu ini dah lama saya dengar dari mulut pegawai tertinggi dan menteri agama sendiri tetapi dek kerana tidak mempunyai bukti sahih hasil rakaman diri saya sendiri, makanya saya tangguhkan dahulu menulis tentang penderhakaan para pembesar bangsa dan umat Islam di Malaysia ini terhadap Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang memerintahkan kita untuk melaksanakan SyariahNya di atas muka bumi ini!

Lihatlah laporan akhbar media perdana tentang perkara ini:

********************************************************************

Exco Dr Hasan Ali dipanggil menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini telah dipanggil menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.

Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.

Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkata pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.

Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.

Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk 'berbincang mengenai isu-isu harian'.

Ketika ditanya adakah isu penempatan semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas.

********************************************************************

Sidang pembaca yang saya hormati sekelian,

Di atas ini hanya satu contoh tentang punca sebenar gagalnya Perundangan Syariah Islam dilaksanakan dengan ertikata sebenar benarnya didalam negara yang dicanang seantero pelusuk bumi dunia ini sebagai salah sebuah negara Islam yang moderat!

Bilamana pihak Kesultanan Melayu yang terkenal dengan kelaziman berpesta pora bermandikan kemewahan melampau dan senantiasa bergumbira sakan di majlis majlis golongan bangsawan dan gemar sekali keluar di majalah elit seperti Malaysia Tatler dengan gelas gelas arak ditangan mereka serta berpakaian dan penampilan mengalahkan aristokarat Kaffir menjadi batu penghalang utama akan pelaksanaan Hukum Syariah di Malaysia ini, apa nak di hairankan lagi dengan golongan politikus korup didalam dunia siyasah negara ini yang menjadi teras pemerintah negara kita?

Lihatlah keadaan puteri puteri Raja dan Kesultanan Melayu Perak, Pahang dan Selangor terbitan Malaysia Tatler yang teramatlah gemar memberi publisiti murahan kepada golongan aristokarat Melayu ini:

























































Islamik sungguh kan?


Boleh berbangga giler lah Kerajaan 1Malaysia Tuan Haji Mohd Najib Tun Razak dengan gaya dan cara golongan istana yang disanjung dan dipuja puji ini?

Kedua pihak ini saling bergantungan untuk hidup membelakangkan Hukum Allah dan mereka berkompromi diantara satu sama lain untuk mentekedarah hasil bumi negara ini untuk mengisi tembolok masing masing dengan segala yang dapat mereka cekau di atas nama ehsan kepada para pemerintah dan pemimpin kerajaan masing masing!

Bila muncul pihak seperti Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali, maka seperti kedua pegawai kerajaan ini melempar spanar kecelah sistem pesta pora puak pemerintah dan kerabat di raja Melayu ini?

'Perosak program' betul!!!

Makanya dibiar oleh KETUA AGAMA ISLAM negeri terbabit dan Perdana Menteri Kerajaan 1Malaysia akan segala kaffir harami laknatullah dan kuncu kuncu mereka dari kalangan blogger liberalis, NGO NGO dan para menteri yang jahil agama bersuara menghentam keputusan hakim mahkamah tinggi syariah dan exco agama negeri yang CUBA melaksanakan perintah perintah Allah, Tuhan Sekelian Alam dan ShahanShah, Malikul Mulk, Dzul Jalali Wal Ikram!!!

Wahai Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat, Mukminin na wal Mukminat yang baru selesai mengerjakan segala amal ibadat yang di tuntut Allah Subhanahu Wa Ta'ala dibulan paling mulia bagi kita umat Islam ini, sedarlah kita akan siapakah dia yang menjadi musuh Syariah Allah sebenar?

Usah dipedulikan suara suara kaffir laknatullah kerana mereka itu tidak arif tentang fadhilat Syariah ke atas kita umat Islam!

Sipeminum arak seperti Kartika Sari Dewi Shukarnor sedar tentang kesilapannya dan MAHU DIRINYA DISEBAT sepertimana dihukum Yang Arif Tuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kerana mahu terlepas hukuman Allah di Hari Akhirat!

Yang menjadi punca utama penggagal sistem Kehakiman Syariah Allah dibumi Malaysia ini adalah terdiri dari mereka yang mengkhianati diri kita ini dengan menghalang usaha pihak berkuasa Agama Islam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka!

Usah dipersalahkan pegawai agama yang kebanyakan mereka mahu melaksanakan hukum Allah tetapi soal lah kamu akan mereka yang menjadi penghalang sistem Syariah sebenar di tanahair ini!

Hamba akan mendoakan hanya Raja dan Sultan Melayu yang benar benar taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak akan mengaminkan doa khatib Jumaat yang dipaksa mendoakan kesejahteraan golongan yang berpesta pora ikut suka menggenggam gelas gelas arak dipesta eksklusif dimana mereka dipuja dan dipuji sang kaffir harami dan pendokong munafik liberalis penghancur agama!

Selagi pihak istana Kesultanan dan Raja Melayu tidak hidup mengikut Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan pihak Perdana Menteri Kerajaan Pusat Malaysia tidak mengamalkan ajaran ajaran Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam didalam ertikata sebenar benarnya didalam kehidupan dan pekerjaan diri dan pegawai pegawai kerajaan dan pentadbirannya secara hakiki, maka segala slogan 'Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan' hanya retorik kosong dan hampas tidak bermakna bagi diri hamba Allah ini!

Berlalunya Ramadhan bukan musim melakukan MAKSIAT ikut suka di bulan Syawal ini!

Sia sialah mereka yang berpesta bagai nak rak didalam Syawal ini sedangkan Ramadhan tidak di imarahkan mereka seperti sepatutnya!

Sedarlah kita umat Islam seMalaysia akan kedudukan sebenar perkara dan keadaan semasa.

La haula wala quwwata illa Billah hal aliyyil adzhim bil sultanik!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

WALILLAH HIL HAMD!
Post a Comment