Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 07, 2009

Kartika Sari Dewi Shukarnor - Pandangan Mantan Mufti Dr Mohd Asri Zainal Abidin ( Dikemaskini)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ya Ikhwanul Muslimin na wal Mukminat.

Marilah kita ikuti apa dia pandangan mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tentang polemik isu sebatan pesalah Syariah @ Kartika Sari Dewi Shukarnor?

Bahagian 2/2


Saya merumuskan dari hujah hujah Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri di atas bahawa ternyata ada satu kecenderungan dikalangan pemerintah sekarang ini untuk mempertikaikan kewajaran pelaksanaan hukum sebatan ke atas Kartika di atas kesalahan meminum arak dengan mengambil kira pandangan dari kalangan mereka yang bukan Islam dan dari kalangan golongan yang berfahaman liberal dan tidak mahu akur terhadap ketentuan Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bagi saya, perlu apa pihak berkuasa didalam negara ini takut kepada pandangan segelintir manusia yang berani mempertikaikan Undang Undang Syariah Allah dan serbasalah didalam pelaksanaan hukum takzir ini?

Kita semua sedia maklum akan adanya hadis Sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam tentang kewajipan pemerintah menghukum mana mana peminum arak tegar dari kalangan orang Islam tanpa mengambil kira samada pesalah itu lelaki atau perempuan?

Image hosting by IMGBoot.com

Kemelut pelaksanaan Hukum Syariah didalam negara ini sebenarnya bertitik tolak dari zaman penjajah lagi bilamana Hukum Kanun Melaka yang di guna pakai di Kesultanan Melayu Melaka di muziumkan oleh pemerintah British dan disanggupi pihak Sultan Sultan dan Raja Melayu demi ingin mendapatkan balik kedudukan mereka sebagai Sultan dan Raja di negeri masing masing.

Kesanggupan meminggirkan perundangan Syariah Islam dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan digantikan dengan perundangan ciptaan manusia kaffir British telah menyebabkan rakyat negara ini memandang sepi akan hukum hakam Allah dan generasi selepas Merdeka semakin lama semakin lupa bahawa pada suatu zaman dahulu Syariah Allah telah pernah dijunjung, dimartabatkan dan dilaksanakan di bumi tanahair, Tanah Melayu ini.

Penerusan pengkhianatan ini oleh mereka yang kononnya berkuasa dan bertanggungjawab ke atas nasib dan masa depan umat Islam di tanah Semenanjung Tanah Melayu ini telah melahirkan bangsa dan kaum Melayu serta keturunan etnik lain yang tidak kenal akan apakah dia Syariah Islam?

Amat jauh bezanya Syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebenar dengan bayang bayang perundangan yang di isytiharkan sebagai Syariah Negara Malaysia sekarang ini.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan dan jenayah Syariah oleh sistem Kehakiman Syariah Malaysia hari ini jauh menyimpang dari ketentuan Hukum Syariah Ilahi.

Bukannya para hakim dan peguam syarie jahil tentang hakikat sebenarnya ini tetapi mereka terbelenggu dengan keterpaksaan akur terhadap arahan Kerajaan Persekutuan yang mempertuhankan Perlembagaan Malaysia yang di draf dan dilaksanakan oleh penjajah British sebagai syarat memerdekakan Tanah Melayu ini dahulu.

Ini adalah hakikat dan kita semua tahu dan sedar tentang perkara ini.

Apa apa sahaja polemik yang terbit dari arus kesedaran tentang jenayah membelakangkan Syariah Allah yang sebenar akan dimatikan hujah di Mahkamah Agung dan Persekutuan Sivil oleh pendokong sistem Kehakiman British seperti kebanyakan peguam beraliran kiri dan anti Islam.

Seandainya ada pihak peguam Syarie, Hakim Mahkamah Syariah atau pegawai Jabatan Agama Islam samada diperingkat negeri atau persekutuan yang berani mencabar kedudukan semasa akan serta merta dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat dari jawatan mereka.

Inilah dia punca Islam didalam Malaysia ini sekadar 'wayang kulit' sahaja dan hasilnya adalah syariah Allah tinggal nama sahaja didalam negara yang kununnya 'Negara Islam' ini.

Para pegawai agama, peguam syarie, hakim atau exco agama yang cuba menegakkan perundangan Islam walau sedikit manapun akan dipanggil menghadap Sultan dan Raja Melayu kerana kononnya tidak mendapatkan restu atau perkenan istana terlebih dahulu!

Tanya Exco Agama Selangor Datuk Dr Hassan Ali tentang perkara ini. Beliau baru sahaja mengalami apa yang saya perkatakan ini.

Selagi ada penghalang pelaksanaan Syariah Islam dari mereka yang bergelar sebagai 'Ketua Agama' dan `Ulul Amri di Malaysia ini, selagi itulah kemelut seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor ini akan terus berulang dan mencemarkan maruah dan martabat Agama Islam di tanahair kita.

Hari ini sudah berani puak kaffir mempertikaikan laungan azan dan adanya masjid masjid Allah di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini.

Fikir fikir lah akan siapakah dia yang bersalah didalam perkara ini?

Ulama atau Umara?

Kita ini mempertuhankan siapa?

Allah atau manusia?
Post a Comment