Saya dah lama membuat kesimpulan bahawa Kg Buah Pala yang kini telah hancur musnah di kerjakan oleh pemaju Nusmetro Sdn Bhd tidak akan berjaya di selamatkan kerana adanya kepentingan orang orang besar didalam projek pembinaan yang di rancang disana.
Begitu juga nasib yang akan diterima oleh penduduk Kg Melayu Tg Tokong di Pulau Pinang!
Saya memang sudah boleh agak bahawa tidak akan ada sesiapapun yang akan datang membela nasib penduduk asal kampong nelayan tersebut sebab projek projek pembangunan yang dirancang disana juga bakal mengembungkan kocek kocek pemaju dan mana mana pegawai yang berkenaan?
Di akhirul zaman ini, pihak berkuasa dan berharta memang tidak peduli sama sekali akan masadepan penduduk kampong yang mereka boleh halau dengan sebegitu mudah dan capkan mereka sebagai setinggan ikut suka.
Tengok sajalah!
Bersedialah penduduk Kg.Tanjong Tokong untuk menyaksikan rumah rumah tuan puan pula menyembah bumi angkara jentolak dan pasukan pemusnah sang pemaju!
No comments:
Post a Comment