Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 04, 2009

Mahkamah Syariah disabotaj oleh media perdana!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.

Saya rasa pihak media perdana didalam negara kita sudah mensabotaj usaha murni Mahkamah Syariah untuk membuka lembaran baru didalam sistem pentadbiran negara kita bila mengorak langkah mahu menghukum pesalah mengikut peruntukan undang undang sedia ada didalam Malaysia.

Walaupun hukum sebenarnya bagi Kartika Sari Dewi Shukarnor baru cuma 6 kali sebatan rotan yang jauh berbeza dari cara merotan bagi kesalahan jenayah yang di jatuhkan Mahkamah Sivil, media perdana Malaysia telah menggembar gemburkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sehingga menjadi kontroversi dan dijadikan isu sensasi oleh akhbar akhbar yang ada!

















Gambar contoh hukum sebat

Bilamana saya membelek akhbar Kosmo hari ini, saya menggeleng kepala kehairanan dengan sikap akhbar ini yang seolah tiada bahan berita lain yang patut di utarakan tetapi kini telah begitu beriya sekali mensensasikan berita tentang susur galur keturunan si pesalah arak ini???

Niat murni Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan disabotaj oleh pihak media perdana sehingga si Kartika yang hendak dididik oleh hukuman sebat itu kini berubah menjadi bintang glamor dek kerana perhatian melampau pihak akhbar seperti Kosmo ini!

Dah lari fokus nampaknya!

Disatu pihak si pesalah itu telah sedia akur dan mahu menerima hukuman itu tanpa banyak kerenah tetapi pihak media seperti ini giat pula mencanang ke seantero dunia bahawa si polan itu berketurunan Ngah Ibrahim di sebelah bapanya dan Megat Terawis disebelah ibunya!!!

Apa kejadahnya semua ini?

Orang peduli apa tentang keturunan sipesalah syariah ini?

Biar dia keturunan maharaja sekalipun, yang perlu ditumpukan perhatian adalah usaha mendidik si pesalah dengan membuatkan dirinya terasa malu dengan masyarakat kerana salah meminum arak dikhalayak awam!!!

Ini tidak!

Dah dilarikan tajuk dan akhbar sebegini sibuk menjaja cerita keturunan si Kartika!

Semua ini membuatkan saya berkesimpulan bahawa pihak media didalam negara kita memang amat dangkal sekali kefahaman agama mereka dan mereka memang tidak ambil peduli tentang masa depan umat Islam negara kita.

Apa ke benda pun mereka mahu mensensasikan tanpa mengambil kira akan natijahnya terhadap maruah dan martabat sistem Kehakiman Syariah Negara.

Janji boleh buat duit dengan menjual lebihan naskhah surat khabar.

Tanggungjawab sosial dan terhadap agama tolak tepi.

Janji kita buat sensasi baru 'paper' laku!!!

Entah lah tuan tuan dan puan puan?

Mahkamah Syariah kita baru hendak menegakkan hukum Allah secara berperingkat tetapi nampak gayanya pihak media perdana macam nak mencantas saja tunas tunas Syariah yang baru berputik dengan penghakiman keatas peminum arak seorang ini!

Jika hukum syariah ini berjaya dilaksanakan, maka ianya akan menjadi 'landmark case' untuk memburu dan menyebat kesekelian lain yang turut berlaku ikut suka tanpa peduli akan hukum dan hakam agama kita.




















































Hero hero ini pun mesti seram sejuk tak senang duduk sebab bukti 'yam seng' dah lama dok ada didalam internet!

Alahai Mahkamah Syariah Malaysia....nampaknya seteru kita bukan setakat yang anti kepada penegakkan undang undang Allah tetapi dari kalangan mereka yang kononnya umat Islam itu sendiri tetapi berkelakuan mengalahkan kaffir, musyrik dan munafik!!!

Jangan jangan media perdana ni 'ada udang disebalik mi' bila mengemudikan isu Kartika nak kena sebat ni jauh jauh supaya hilang cerita hukum sebat ini kerana ada pihak VVIP turut sama malah lebih lorat mentekedarah segala mak datuk bir, wiski dan yang seangkatan dengannya?

Jangan pula dok lupa dengan 3 Melayu 'Muslim' yang berjawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Anchor Carlsberg Breweries Malaysia!

Yang tu lagi hebat dari isu si Kartika ini!

Soalnya pihak berkuasa agama negara kelihatan seolah tak bertaring nak gi pepak hak tu!

Kenapa ye?

Apakah orang orang bergelar tersebut bukan Muslim?

Hamba tak kisah jika mereka terdiri dari orang orang Kaffir ; dah lumrahnya makan minum hasil haram.

Ini terang tang tang berbangsa Melayu, beragama 'kunun'nya Islam, macamana boleh dok gi tercatok kat Lembaga Pengarah kilang pengeluar arak terbesar di seantero rantau Asia ni?

Hairan bin ajaib! Sekian lama ni takkan tak perasan kot?

Tak ada pun mereka bersembunyi atau berdrama swasta. Siap bergambar lagi dengan penyata kira kira syarikat arak yang teramat lah gah tersebut!

























Mahaguru58 sekadar memperingatkan sesama ummah supaya tetap fokus dan Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia jangan jadi lemah!!!


Daku tetap bersamamu!

Selagi hayat dikandung badan. Insya Allah!

Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Peguam Pembela Islam @ PEMBELA, ACCIN dan kesekelian pejuang pejuang serta mujahid mujahid Allah hendaklah beristiqamah bersama sama dengan seluruh Institusi Kehakiman Syariah Malaysia didalam menegakkan Syariah Allah di-tanahair kita ini!

Alang kepalang berjuang menegakkan yang makruf, tidak berundur barang setapak demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR!
Post a Comment