Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 19, 2009

Malam Raya di Pulau Pinang. Ronda ronda membeli Lemang!



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Lailaha illallLah Huwallah Hu Akbar!
Allahu Akbar WalillaH hil Hamd!

Malam Raya, Sungai Ara, Pulau Pinang.

Alhamdulillah. Setelah pusing keliling pulau, kami telah bermakan malam di Sungai Dua, dibelakang Universiti Sains Malaysia.

Episod 'slanga utara'. Dah balik Penang, jangan dok tunjuk 'eksyen' sembang Kola Lumpoq'! :P

Singgah di sebuah Warung Melayu penang untuk 'pekena' Mi Udang. Seperti biasa servis kat gerai memang 'hancoq'.

Lembab macam kura kura patah kaki.

Dah la tu, kita 'order' Mi Udang' 2, Bihun Goreng sepinggan, depa hantaq Mi Udang semangkok, Bihun Goreng sepinggan, 'Ayaq Jus Epal' memang 'out' dari segi kualiti yang biasa Tok Mamu dok minum.

Nak buat lagu mana? Kena dok bawak bersabaq la! Bukan hotel 5 Star! Warung tepi jalan ja...

Mau tak mau Tok Mamu kena menyeringai sabaq. Mamu pun pi lah 'sound' kat depa supaya hantaq mai semangkok lagi sebab dah lama dok tunggu.

Depa jawab ' Tadi bukan order bihun goreng satu, mi udang satu?'

Mamu jawab, ' Mana budak yang ambik order tadi? Mi udang 2 ; Bihun goreng 1' , Ayaq Jus Epal 2, satu kurang manis!'.

Dah Mamu malaih nak sembang lagi.

Pendek cerita, Mamu tunggu sekejap, depa hantaq semangkok lagi. Order Nescafe O Ais Kosong satu lagi dan Ayaq Suam 2. Lepas selesai urusan makan malam, mintak bil!

RM17 saja!

Alhamdulillah!

Selesai makan tu teringat yang kami duduk hotel, maka pagi esok nak kena 'standby' sarapan pagi.

Maka Mamu pun buat keputusan nak pi cari lemang.

Tu yang jumpa hero dua orang kat dalam video di atas.

Lani dah mengantuk, nak pi balik hotel. Jumpa pagi esok. Insya Allah.

Selamat Hari Raya dari Tok Mamu, live dari Penang.
Post a Comment