Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 29, 2009

Penyelewengan peruntukan kewangan ADUN wajib didakwa oleh SELCAT!







Saya merujuk kepada isu penyelewengan peruntukan kewangan ADUN BN di penghujung tempoh pembubaran kerajaan BN yang sedang di siasat oleh SELCAT.

Saya sokong tindakan SELCAT menyiasat kes penyelewengan ini dan jika ada bukti bukti sahih bahawa telah berlaku salah guna kuasa dan songlap duit rakyat oleh ADUN ADUN BN berkenaan, maka wajiblah di ambil tindakan undang undang ke atas mereka yang terlibat dan juga pegawai pegawai daerah berkenaan kerana turut bersubahat membelanjakan peruntukan untuk setahun didalam tempoh hanya sebulan setengah!

Bukankah itu terang terangan perbuatan pecah amanah oleh ADUN ADUN BN terlibat?

Persoalannya adalah bukan kerana peruntukan yang telah dihabiskan dengan cepat itu telah sedia diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tetapi adakah kesemua wang peruntukan itu yang di peruntukkan untuk tempoh setahun bagi membiayai 668 projek projek kecil yang telah di bentang dan diluluskan itu telah dilaksanakan kesemuanya dengan sempurna?

Jika setiap dari 668 projek yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu telah sempurna disiapkan oleh kontraktor kontraktor yang di lantik oleh ADUN berkenaan sebelum kerajaan bertukar tak jadi masaalah.

Tetapi didalam kes ini, wang peruntukan setahun boleh hilang hangus langsai didalam sebulan lebih tetapi entah siap ke tidak projek projek kecil itu?

Perkara ini lah yang sedang di siasat SELCAT!

Didalam bab menuntut kebenaran, kita tak peduli samada yang dok songlap duit rakyat ni ADUN BN atau PR!

Keadilan mesti ditegakkan!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jangan buat buat tak nampak kes ni!

Tangkap dan dakwa pihak pihak yang terlibat!

Jangan asyik beretorik saja.

Bertindak!
Post a Comment