Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah dari Mahaguru58!

Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Saya, Zainol Abideen @ MAHAGURU58 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' kepada anda para pembaca blog saya ini dan memohon Maaf Zahir Batin jika ada sebarang salah dan silap saya terhadap tuan puan selama saya berblog di sini.

Do'a saya agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengampunkan kita semua dan menerima segala amal ibadat yang kita usahakan sekian lama ini sebagai penebus dosa dosa kita semua.

Saya merayu agar umat Islam didalam negara ini tidak kembali melakukan maksiat setelah kita berusaha sedaya mungkin untuk mengimarahkan Ramadhan al Mubarak ini yang entah dapat kita ketemui lagi diwaktu hadapan?

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat yang saya kasihi.

Sedar lah kita bahawasanya hidup ini terlalu singkat tempohnya untuk kita sia siakan dengan berpesta pora sepertimana sedang dipromosikan didalam stesen stesen tv kerajaan mahupun swasta.

Syawal bukanlah bulan kembali mengerjakan dosa tetapi bulan kemenangan bagi kita yang telah teguh berpuasa demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Didalam keghairahan kita berhari raya, janganlah sampai kita leka dan alpa kembali bergelumang didalam kancah maksiat tajaan mereka yang gemar melihat umat Islam berseronok tak tentu hala.

Janganlah kita kembali mencemarkan jiwa dan raga kita setelah kita bersusah payah mencari keampunan Allah selama kita diberi kesempatan beribadat didalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Aidil Fitri yang bakal kita rayakan nanti sepatutnya diserikan dengan bermaaf maafan sesama kita, khairatul ummah!

Segala salah dan silap kita terhadap satu sama lain haruslah dilupuskan dari dendam kesumat kita sekiranya memang benar benar kita telah berusaha berpuasa menahan lapar, haus dan dahaga dan sujud meminta ampun dari Allah Tuhan Maha Suci, Maha Perkasa!

Saya telah menyeru rakan rakan blogger seIslam dengan saya agar berhenti memaki hamun, cerca mencerca diantara satu sama lain atau bermusuh sesama Islam namun ada diantara mereka seolah tidak prihatin akan kehadiran Ramadhan nan mulia dan telah terus bersengketa, mengadu domba, mencaci maki sipolan itu dan ini serta mana mana lain individu ahli politik yang menjadi sasaran kebencian mereka.

Saya hanya mampu menegur sebegini sahaja.

Jika ada yang sudi mendengar nasihat ikhlas dari saya ini, Alhamdulillah!


Jika sebaliknya, terserahlah!


Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Marilah kita bertekad untuk meneruskan semangat Ramadhan ini sepanjang hayat kita dan seboleh mungkin bermaaf maafan sesama kita jika berkesempatan bertemu muka didalam majlis majlis sambutan Aidilfitri yang pasti akan di adakan disana sini.

Kepada para pemandu yang akan bersama sama saya memulakan perjalanan esok hari, saya doakan anda selamat sampai ke kampong halaman masing masing.






















Bawa berehat jika mengantuk!
Tak perlu nak jadi 'Speed King!'.

Jangan memandu memotong barisan dilorong kecemasan. Biar lambat asalkan selamat.

Jangan terburu buru ke liang lahat!

Ingat pada yang tersayang di sebelah dan di belakang anda.

Mereka tentu terlalu berharga untuk anda menggadaikan nyawa mereka hanya kerna ingin 'test power' kereta anda atau anda geram dengan si mangkok hayon yang baru memotong anda secara biadap dan merbahaya tadi?

Biarkanlah yang kalut dan berotak serabut memecut ikut suka mereka. Biar mereka tanggung akibatnya nanti.

Bawa bertenang tuan puan.

Janji kita selamat pulang ke kampong masing masing. Insya Allah.























Makluman penting bagi pemandu di Lebuhraya PLUS Utara-Selatan.


Saya ada menerima emel dari seorang kontraktor yang berpengetahuan tentang pembinaan jalanraya menyatakan bahawa bitumen tar yang baru digunakan untuk membuat lorong ke 3 baru di lebuhraya PLUS ini merbahaya kepada kenderaan yang dibawa laju kerana ianya terlalu halus dan boleh mengakibatkan kenderaan itu terbabas kelicinan!

Sudah ada kes beberapa kenderaan mengalami kemalangan akibat terbabas kerana hilang kawalan, tayar kereta mereka tidak dapat mencengkam permukaan lebuhraya semasa hujan atau basah.

Hydroplaning! Lihat video dibawah untuk mengetahui apa dia bahaya yang sedang menanti pemandu laju di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS!


Bawalah kereta anda pada kelajuan bersesuaian dan kurangkan kelajuan bila hujan atau lebuhraya basah!

Had laju dah diturunkan dari 110 km sejam kepada 100 km sejam di lebuhraya dan dari 90km sejam kepada 80km sejam di jalanraya.

Jangan lupa!

Bersyukurlah ke hadhrat Ilahi kerna masih memberikan kita kesempatan berhari raya ini.

Wabillahi taufik wal hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment