Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 22, 2009

Solat Aidilfitri di Masjid Kapitan Keling

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Sebaik sahaja menjelang 1 Syawal, maka umat Islam diseluruh dunia bangun pagi dengan keadaan masing masing, menyambut ketibaan Hari Kemenangan berjaya melalui ujian berpuasa sebulan penuh didalam naungan Ramadan al Mubarak.

Bermusafirnya saya dan isteri tercinta ke Pulau Pinang, kampong halaman kelahiran saya bermula di Tune Hotels Air Asia di Jalan Burma.

Dah kebiasaan kami sejak mutakhir ini untuk memilih menginap di hotel sahaja bilamana kami bercuti balik ke kampong sebab lebih selesa dan kita bebas ke mana sahaja tanpa mengganggu kebiasaan saudara mara.

Akan saya ceritakan pengalaman menginap di Tune Hotel Downtown Penang ini didalam lembaran akan datang.

Sesudah mandi sunat Aidilfitri, saya menunaikan fardhu Subuh dan kemudian kami bersiap ke masjid kegemaran saya, iaitu di Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, lebih kurang 10 minit pemanduan dari Jalan Burma.

Seperti dijangka, kenderaan para Muslimin sudah penuh mengisi keseluruhan kawasan tetapi dengan izin Allah, saya berjaya mendapat ruang untuk meletakkan kenderaan kami berhampiran masjid.

Suasana keriangan terasa bilamana melihat para muslimin penuh sesak didalam dan melimpah keluar masjid. Saya memilih untuk menyusup masuk dicelah ribuan jamaah mencari ruang untuk diri dan sempat melambai dan mengangkat tangan kepada sahabat handai dan kenalan saya selama saya bekerja berhadapan masjid nan mulia dan bersejarah ini.

Dahulunya saya bertugas sebagai jurujual di Berkat Jewellers Sdn Bhd dan selama lebih kurang 14 tahun menghabiskan hari hari saya bekerja menjual barang kemas dan menjalankan aktiviti dakwah fi sabilillah di Masjid Kapitan Keling ini bersama rakan rakan aktivis Islam saya seperti Tuan Hj Kamarudin Santanasamy Abdullah, Hj Yassin, dsbnya.

Masyarakat India Muslim yang hadir pada pagi Syawal nan mulia itu seperti biasa bagaikan kehairanan melihat 'mamak yang melampau' ini merakamkan video dan gambarfoto memeterikan senario Solat Sunat Aidilfitri itu dan tanpa menghiraukan mereka , saya terus merakam dan mengambil gambar gambar berikut untuk tatapan kita bersama.


Image hosting by IMGBoot.com

Mursyid saya, Syeikh Hj. Abdullah Bukhari Al Hafiz, Imam Besar Masjid Kapitan Keling sedang berkhutbah menasihati para jamaah supaya tidak terikut ikut meraikan Aidilfitri secara jahiliyyah dengan membuang masa berpesta pora seperti kebiasaan masyarakat kita hari ini dengan asyik berhibur speanjang masa, bergaul lelaki perempuan tanpa mengenal batasan sehingga mengabaikan tuntutan agama seperti bersolat, bertakbir dan berzikir memuja dan memuji Allah Subhanahu Wa Ta'ala di hari nan mulia ini.
Image hosting by IMGBoot.com
Saya terfikir samada jamaah yang hadir akan menghayati nasihat nasihat Imam Besar kami atau teruskan sahaja agenda mereka seperti biasa? Entahlah!
Image hosting by IMGBoot.com
Saya hanya boleh berdoa agar jamaah pagi itu menghayati dan menurut petunjuk yang disampaikan didalam khutbah Aidilfitri itu. Amin.
Image hosting by IMGBoot.com
Ada satu sikap yang kurang elok dikalangan masyarakat kita dewasa ini. Kegagalan mensyukuri nikmat kehidupan, Iman dan Islam yang di anugerahi Allah kepada kita semua.

Sikap 'defeatist' yang ada pada jiwa dan nurani masyarakat Muslim yang di tarbiyyah oleh para imam, ulama dan ahlul agama kita membuahkan hasilnya pada wajah wajah sugul seolah tidak lawas sepanjang masa.

Cuba perhati betul betul wajah wajah dibawah ini.
Image hosting by IMGBoot.com

Saya hairan kenapa orang orang kita ini semakin tua, kononnya semakin berilmu, semakin bertambah kelam dan suram wajah masing masing?

Mana perginya 'nur' jiwa seorang Muslim? Saya pernah ketemu orang orang Afrika yang berkulit gelap tetapi wajah bersinar sinar dengan cahaya 'Ilahi!

Apakah sebab orang orang alim ini tidak pula begitu?

Apakah disebabkan mereka ini tidak mengamalkan salah satu sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam iaitu untuk senyum?

Senyum itu adalah sadaqah yang paling mudah dan tidak mengeluarkan belanja walau sesen cuma!

1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sentiasa tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

2. Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

3. Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi, dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Sedangkan saya yang sudah mula rongak ini sentiasa senyum, apakehalnya dengan puak puak ini yang seolah senantiasa berada didalam keadaan sugul dan lesu, bermuram wajah, menjauhkan orang dari mereka?

Pelik benar pe'el golongan ini.

Islam adalah agama dakwah. Mereka yang menganggap diri mereka itu sudah banyak ilmu didada sepatutnya menjadi penarik masyarakat mencontohi mereka dan sentiasa bermanis wajah supaya orang dekat dengan mereka, bukannya bermuka masam seperti cuka dan kemudian berlagak egois macam bagus sangat!

Tak bijak berkelakuan seperti itu.

Lihat bagaimana para mubaligh Kristian dan Buddha mengambil hati masyarakat yang dihampiri mereka.

Wajah ceria, penuh kasih sayang dan mahabbah.

Tetapi golongan yang kononnya beragama didalam masyarakat Islam kita selalunya berwajah muram, sombong dan egoistik tak tentu arah bila berdepan dengan orang awam. Macamana Islam nak berkembang ya sheikh?

Lari lah nanti anak anak muda dan dewasa yang pada awalnya mahu memperbaiki tahap kefahaman ilmu agama masing masing.

Hish....susah benar nak perbetulkan sikap golongan golongan 'alim alim miaow' ini.

Maaf. Saya tahu tidak baik berburuk sangka tetapi itulah hakikatnya keadaan golongan yang kononnya beragama dikalangan masyarakat kita dan anda tentu tahu bahawa apa yang saya perkatakan ini adalah benar belaka!

Saya cuma hendak melihat wajah wajah ceria di pagi Raya.

Susah sangat ke nak senyum atau gigi masing masing dah gugur , rosak benar sehingga jika di buka mulut sahaja akan kelabu lah lensa kamera saya?

Harap harap bukan lah sampai ke tahap seburuk itu. Na'uzubillah!

Nak kena ubah 'mindset' golongan seperti ini.

Atau adakah saya ini yang terlebih mengharap bahawa umat seIslam dengan saya akan sama sama mahu menarik orang orang kaffir ke fitrah semulajadi mereka atau biarkan sahaja mereka terus dengan kesesatan mereka?

Susah hati ini memikirkan keadaan semasa didalam negara kita.

Umat Islam kita perlu merubah cara pemikiran mereka dan kembali menghayati ajaran ajaran Islam sebenar dari asasnya sendiri!

Ada harapan ke mereka berjaya keluar dari kepompong fikrah jumud yang sedia ada?

Wallahu `alam bissawab!

Kita lupakan dahulu wajah wajah suram itu dan kembali kepada fitrah ceria yang saya perjuangkan ini.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita persia siakan dengan bermasam muka sentiasa. Betul tak?

Jika terus bermasam muka begitu, alamatnya pendek umurlah sesiapa yang menjadikan kesuraman itu sebagai matlamat hidup mereka.

Eeee....goli den! Tak hendak aku macam tu!

Nah lihatlah wajah wajah positif ini pula. Hehehehehe...promosi iklan ubat gigi...tak berbayar...
Image hosting by IMGBoot.com

Kiri ke kanan : Hj Kamarudin Santanasamy Abdullah, Tok Siak Masjid Kapitan Keling, hamba ~ Mamak yang Terlampau..hehehehe...( henchem ke?)

Image hosting by IMGBoot.com
Disebelah saya adalah rakan seperjuangan saya, Tuan Haji Kamarudin Santanasamy Abdullah, Pengerusi Islamic Propagation Society International.

Dia inilah yang menjadi punca kepada keterlibatan saya didalam dunia Dakwah Islamiyyah.

Jika dia tak kena belasah dengan AJK Masjid Kapitan Keling belasan tahun dahulu dihadapan perkarangan masjid nan mulia itu, maka tidak akan saya berlari merentasi jalan pergi menyelamatkan dia dari penyerang penyerang nya itu dan tidak akan bermula persahabatan kami sekian lama ini.

Hehehe...tak disangka sangka, buah cempedak menjadi nangka!

Saya ketemukan Hj Kamarudin dengan penyerangnya dahulu di pagi nan mulia ini. Salah faham di antara mereka sudah lama dilupakan namun saat ini tidak boleh saya lepaskan begitu saja. Identiti diri ketua penyerang Hj Kamarudin ini saya rahsiakan demi keselamatannya. :)
Image hosting by IMGBoot.com
Carik carik sibulu ayam, lama lama bercantum jua.

Kan gitu? Kita bermaaf maafan di pagi mulia. Bersama samalah kita doakan ukhuwwah mereka.

Amin.

Saya pernah menulis bercerita tentang peristiwa itu disini.

Di Aidilfitri nan mulia ini, marilah kita bersama sama memulakan tekad untuk senyum sokmo dan menghadapi hari hari akan datang dengan ketenangan jiwa dan keimanan yang kental terus mengimarahkan bumi ini dengan Syiar Islam menurut Perintah Allah dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassolatu Wassallam.

Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Selamat Aidilfitri al Mubarak kepada anda!

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!
Post a Comment