Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, October 07, 2009

Bila si Kaffir menyalahgunakan Ayat Ayat Suci AlQuranul Karim di atas sokongan mereka yang mengaku Muslim?



Assalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!

Ya Aiyyuhal Mukminin na wal Mukminat!

Didalam video di atas kita boleh melihat bagaimana didalam perkembangan dunia politik semasa ini, orang orang yang pada dasarnya benar benar Kaffir Laknatullah berusaha mempergunakan apa sahaja kaedah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada di atas dasar pakatan bersama mereka yang terang2an menolak penegakkan Hukum Hudud Allah yang dahulunya menjadi teras perjuangan parti yang berjenama Parti Islam seMalaysia!

Setakat boleh menghafal beberapa ayat ayat suci Al Quranul Karim TETAPI TIDAK BERIMAN DENGAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA yang mewahyukan ayat ayat suci itu tidak menghalalkan kaffir kaffir di atas ini untuk menggunakan ayat ayat suci Al Quranul Karim itu untuk mencapai matlamat politik mereka!!!

Bagi saya, apa yang sedang berlaku ini adalah tidak lain tidak bukan sebahagian daripada asas prinsip Niccolo Machiavelli iaitu 'matlamat menghalalkan cara' yang didokong pakatan parti parti politik berlainan asas perjuangan demi menjatuhkan dan merampas kuasa pemerintahan kerajaan pusat di Malaysia ini sekaligus melenyapkan sistem ketuanan mereka yang beragama Islam dan secara tidak langsung institusi Kesultanan Melayu yang menjadi teras penubuhan negara Malaysia ini.

Saya tidak lah sampai menyatakan bahawa parti pimpinan UMNO yang menjadi tunjang kerajaan pusat sekian lama ini di dalam negara adalah bersih dan maksum tetapi seandainya pakatan parti 3 rasa ini mengambil alih kuasa didalam PRU ke 13 nanti, maka gelap lah masa depan Ad Deenul Islam di tanahair ini kerana puak puak yang menentang keras perancangan PAS untuk memerintah negara ini menurut Hukum Syariah Allah sudah pasti akan menggunakan setiap perundangan sivil yang ada untuk melenyapkan terus harapan kita untuk melihat kegemilangan Syariah Allah bersinar dibumi bertuah ini!

Saya ada menerima emel dari blogger ini berisi maklumat yang tertera dibawah ini dari mereka yang telah membuat kajian terperinci akan perancangan seteru seteru Allah ini.

Saya serahkan kepada saudara saudari untuk menilai sendiri pendapat berikut:

ISU-ISU DI NEGERI SELANGOR

HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGERI

  1. Wawasan Kerdil Untuk Selangor. Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional membawa slogan ”Wawasan Selangor Maju 2005” di mana menampilkan 75 indikator pengukuran berdasarkan Modal Daya Saing Global yang menunjukkan Selangor adalah kompetitif. Kajian ini dibantu oleh NPC, UIAM dan UiTM. Dalam ucapan bajet 2009, YAB Menteri Besar juga menerangkan kemajuan negeri yang ”berlandaskan prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor ke arah negeri berkebajikan” ... ”Antaranya, pemberian air percuma, bantuan kepada golongan miskin, golongan orang kurang upaya, warga emas, bantuan membaik pulih rumah, masjid dan kuil, dan bantuan pendidikan anak ke menara gading” dan ”kita bersedia bekerja keras bagi “memewahkan rakyat Selangor”. Memberi bantuan kebajikan untuk rakyat memang baik tetapi apakah itu menjadi wawasan utama seolah-olah mengajar rakyat untuk bermewah dan menunggu hasil tanpa ada elemen usaha, daya saing, kemajuan dan futuristik.

  1. Slogan Bercelaru Pakatan Rakyat. Apabila Selangor Maju 2005 tercapai slogan negeri ialah ”Selangor Negeri Idaman, Maju dan Sejahtera. Tetapi kerajaan sekarang bercelaru dengan wawasan atau slogan mereka. PAS dan PKR tanpa DAP menawarkan slogan ”Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan” dalam manifesto Pilihan Raya 2008. ”Berkebajikan” menjadi kata keramat mereka. Tetapi apabila mengambil alih pentadbiran negeri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam ucapan bajet 2009 – ”slogan negeri Selangor dalam pentadbiran Barisan Nasional bagi menjadikan ”Selangor Negeri Maju, Bersih dan Berkebajikan”, sedangkan ini slogan mereka. Apakah sebenarnya janji mereka apabila PKR, PAS dan DAP bergabung untuk rakyat?

  1. Manifesto Pilihan Raya 2008 Pakatan Rakyat Gagal Ditunaikan. Ada antara manifesto Pakatan Rakyat Selangor yang gagal ditunaikan kerana mereka membuat janji tanpa mengetahui perkiraan sebenarnya. Antaranya kegagalan kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran 20% seperti yang terkandung dalam manifasto atas alasan keadaan ekonomi tidak mengizinkan. Ini mendorong seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25 dari Simpang Tiga, Ijok membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

DEWAN UNDANGAN NEGERI

  1. Penggantungan 5 ADUN BN. Lima orang ADUN BN Selangor digantung perkhidamatan dan kemudahan elaun kerana didakwa menghina Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Penggantungan setahun YB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, 6 bulan - YB Dato’ Marsum Paing, YB Mohd Isa Abu Kasim, YB Dato’ Warno Dogol dan YB Dato’ Mohamed Idris Abu Bakar. Ini menunjukkan Pakatan rakyat tidak konsisten dalam memperjuangkan hak ’kebebasan bersuara’ dan mereka takut ditegur. Ia juga zalim kerana menarik kemudahan elaun akan menyebabkan wakil rakyat sukar menjalankan tugas mereka berkhidmat untuk rakyat. Gobind Singh Doe, Ahli Parlimen Puchong-DAP juga tidak bersetuju kerana menyukarkan tugas ADUN terbabit dan menakutkan para ADUN untuk bersuara.

  1. Keadilan Yang Selektif. Berhubung SELCAT ini, YB Dato’ Dr. Hasan Ali, EXCO negeri dari PAS turut mengkritik SELCAT kerana mendakwa sesi pendengar yang baru lepas telah memalukan penjawat awam seperti Pegawai Daerah kerana dilakukan secara terbuka. Walaupun ada cadangan agar YB Dato’ Dr. Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin, tetapi setakat ini tiada cadangan dari kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggantung YB Dato’ Dr. Hasan Ali sebagai ADUN kerana menghina SELCAT sama seperti ADUN BN. Cadangan sedemikian dianggap oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai sorakan-sorakan yang tidak perlu dilayan.

  1. SELCAT Perlu Panggil ADUN Pakatan. Sementara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) sibuk menyoal siasat Pegawai Daerah kerana dakwaan salah guna peruntukan ADUN-ADUN BN pada awal 2008 lepas timbul pula cerita penyalahgunaan peruntukan dan pemalsuan dokumen kewangan melibat EXCO Pakatan Rakyat sekarang antaranya melibatkan YB Puan Rodziah Ismail, YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew dan YB Tuan Ean Yong Hian Wah. Sementara kes ini disiasat SPRM, bolehlah SELCAT panggil YB atau Pegawai Daerah berkenaan dan nilai pula cara penggunaan peruntukan mereka pula.

KEBERTANGGUNGJAWAB DAN KETELUSAN KERAJAAN NEGERI

  1. YAB Menteri Besar Salah Guna Kuasa? YAB Tan Sri Khalid didakwa meminta PKNS membiayai program sedekah lembu korbannya untuk surau dan masjid Parlimen Bandar Tun Razak. Keuntungan anak-anak syarikat Selangor sewajarnya disalurkan semula ke dalam negeri Selangor sahaja. Menurut Islam memang sumbangan boleh diberi atau dipindahkan ke wilayah lain, tetapi adakah anak negeri sendiri sudah cukup makan sehingga membenarkan hasil negeri dibawa ke tempat lain? Sedangkan dalam ucapan bajet 2009 beliau sendiri mengatakan ”puluhan ribu rakyat Selangor yang masih dalam keadaan “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” di beberapa daerah dan mukim dalam negeri Selangor”.

  1. EXCO Selangor Tidak Patriotik. Sewaktu berkempen, pimpinan Pakatan Rakyat meuar-uarkan bahawa tiada kereta baru atau pengubahsuaian baru jika memerintah. Namun stelah itu mereka membuat penggantian kereta rasmi penjawat tinggi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 kepada Toyota Camry dengan kos RM 2.52 juta. Alasan kereta lama sudah teruk dan perlu ditukar. Padahal kereta itu baru 2 tahun digunakan dan hanya perlu diselenggara sahaja. Ini melanggar pekeliling perbendaharaan yang mensyaratkan penukaran kereta rasmi hanya setelah 5 tahun. Ini ternyata membazirkan wang rakyat dan paling penting tiada sikap patriotik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang meremehkan jenama kereta tempatan. Sepatutnya pemimpin kerajaan bermentaliti ’demi negara’, bangga dan menyokong produk tempatan walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos kerana pulangan tetap untuk syarikat dari kemajuan negara kita juga.

  1. Pejabat YAB Menteri Besar Salah Guna Kepala Surat. Saudara Yahya Sahri, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan kerana "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim" setelah menerima SMS penggantungan tugas beliau. Ini berikut siasat BPR dan dakwaan penggunaan kepala surat pejabat Menteri Besar tanpa keizinan yang menyokong pemberian kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya. Siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar". Ini menunjukkan Pakatan Rakyat tidak telus dalam melaksanakan kerja-kerja pemberian kontrak seperti yang mereka janjikan. Manifesto Barisan Alternatif PAS dan PKR PRU-12 jelas menetapkan Urustadbir Berwibawa yang antaranya ”Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan”.

  1. Salah Guna Program Negeri Untuk Kutip Dana Parti. Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar Selangor untuk mengutip dana parti PKR sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran tiga parti itu di Selangor. Padahal program itu adalah program kerajaan negeri dengan belanja kira-kira RM200,000 dari wang pembayar cukai. Tan Sri Khalid sendiri dilaporkan berkata "Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu"..."Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya”. Tindakan ini ternyata salah dan tidak bermoral kerana menggunakan majlis kerajaan untuk kepentingan parti secara jelas dan terancang.

PRESTASI EXCO, ADUN, AHLI MAJLIS SELANGOR

  1. EXCO Selangor Tiada KPI. Kerajaan Barisan Nasional Selangor dahulu kerap berbincang dan mengadakan Retreat EXCO bagi menetap KPI setiap EXCO dan berbincang tentang masalah serta pelaksanaanya. Buktinya ada penerbitan Retreat EXCO 2006, Retreat EXCO 2007, dan Retreat Khas EXCO 2007. Namun EXCO Selangor kini masih gagal menetapkan sasaran dan KPI mereka secara jelas, berdokumen dan boleh dipantau secara bersama. KPI-KPI ini seharusnya meliputi semua bidang di bawah tanggungjawab EXCO seperti tanah, kewangan, kerajaan tempatan, pelaburan, perindustrian, infrastruktur, alam sekitar, teknologi dan inovasi, pekerja ladang, perumahan, pertanian, sumber asli, usahawan, hal-ehwal Islam, belia, wanita kebudayaan, pelancongan, kesihatan, pendidikan dan pembangunan insan. Setakat ini mereka bercakap secara rambang, umum dan perkara terpilih sahaja.

  1. YB EXCO Selangor Terlibat Dengan Kongsi Gelap? Satu dakwaan terbuka dibuat oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR mendakwa dalam blognya EXCO Selangor ada hubungkait dengan kegiatan gelap (underworld) dan pejabatnya turut digunakan untuk tempat bermesyuarat bagi kegiatan tersebut (underground business activities). Pakatan Rakyat menjunjung sentiasa kebebasan maklumat dan bersuara kini terperangkap dengan dakwaan dari kalangan mereka sendiri.

  1. YB EXCO Selangor Tidak Berprestasi? YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR sewaktu sidang DUN mencadangkan supaya ahli Exco Selangor tertentu yang tidak layak untuk memegang jawatan digantikan tanpa menamakan mereka. Rentetan itu, YB Teresa Kok melatah dan menyarankan YB Azmin dipecat sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan. Kenyataan ini turut diulas YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju lalu mengundang respons balas dari YB Tuan Ronnie Liu yang ’terasa akibat makan cili’. EXCO Selangor tidak menunjukkan prestasi baik kerana mencampuri urusan PBT atau memang tidak cukup kompeten sebagai EXCO? Dakwaan ini datang dalam dalam pakatan sendiri.

  1. YB ADUN Pakatan Rakyat Culas. YB Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah, ADUN Pelabuhan Klang dari PKR telah banyak kali menunjukkan beliau tidak bertugas dan lari dari tanggungjawab. Terbaru beliau diberikan surat tunjuk sebab dan hanya membalas ’beliau mengalami masalah yang harus diselesaikan’ tanpa menyatakan sebab-sebab konkrit ketidakmampuan beliau. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor juga pernah menyarankan Badrul Hisham melepaskan jawatan jika tidak mampu memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat. Ini menunjukkan wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berkemampuan dan sentiasa ada konflik dalaman yang menyukarkan mereka berkhidmat.

  1. Perlantikan Ahli Majlis Kecoh. Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selangor maka berlakulah rombakan dan perlantikan baru Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Bagaimanapun ia tercemar kerana ada ahli majlis di Ampang Jaya yang dilantik tetapi mempunyai rekod jenayah samun dan kongsi gelap. Terkini lantikan berperingkat ahli majlis dilakukan seperti yang didakwa oleh YB Azmin yang Ali menimbulkan kesusahan. Katanya – ”EXCO Kerajaan Negeri menghantar senarai penyambungan semula Ahli-ahli Majlis secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, di Majlis Perbandaran Ampang Jaya, yang dikeluarkan surat pelantikan semula 18 orang, di mana 6 (enam) yang lain? Mengapa perkara ini tidak diselaraskan dan tidak di muafakat sebelum perkara ini diputuskan? Ini menimbulkan banyak masalah di bawah, seolah-olah tidak ada permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.”

PEMBANGUNAN EKONOMI

  1. ”Industri Babi”, Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor. Setelah beberapa detik berkuasa, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui YB Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM 100 juta. Inilah pengumuman pertama dari pimpinan negeri setelah menang PRU-12 dan menjadi hadian pertama mereka untuk rakyat. Bila wujud tentangan rakyat kerana ia sensitif, kerajaan sekarang ’cuci tangan’ dengan mengatakan kelulusan dibuat kerajaan terdahulu. YB Mantan Menteri Besar menjelaskan kerajaan dahulu bersetuju untuk dilakukan kajian pengenalpastian “modern pig farming” yang sesuai dengan pengecilan jumlah ternakan kerana mahu untuk kegunaan tempatan dan bukan sebuah industri serta tanpa komitmen pemberian tanah dan kewangan. Bila kerajaan negeri mengumumkan RM 100 juta seolah-olah ia akan menjadi industri untuk tujuan eksport. Sehingga kini tiada perkembangan tentang perkara ini yang menunjukkan kerajaan negeri telah tersalah langkah.

  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik. Kerajaan negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek iaitu pembangunan semula kawasan Bandar, pemulihan Sungai Klang, pengambilan semula aset perkhidmatan air, penaikan taraf pengangkutan awam, pemulihan projek-projek perumahan yang terbiar, dan juga satu lagi projek melipatgandakan pengeluaran padi dengan projection jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion. Sehingga kini jumlah itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya.

  1. Pengurusan 10 Banglo Kerajaan Negeri Seksyen 7 (Rumah EXCO). Kerajaan Pakatan Rakyat pernah menguarkan-uarkan bahawa aset rumah ini akan dijual atau dijadikan produk pelancongan. Hakikatnya sehingga kini 2 unit masih diduduki oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri dan meluluskan 2 unit untuk diduduki oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan YA Hakim Syarie dan unit-unit selebihnya ditadbir dan dipasarkan De Palma Hotel Sdn Bhd sebuah anak syarikat PKNS kepada tetamu negeri, pelabur dan orang kenamaan. Dahulu mereka kata banglo ini membazir, tetapi kini baru sedar ia adalah penempatan yang sesuai untuk penjawat tinggi negeri khasnya EXCO agar dapat berkhidmat dengan baik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat di Shah Alam daripada berulang-alik dari kawasan mereka yang sudah tentu juga memerlukan kos. EXCO mereka segan hendak gunakan kemudahan ini kerana sudah terlepas cakap.

  1. Program Pertanian Bandar Urban Agriculture Tersalah Konsep. Menerusi Bajet 2009, kerajaan negeri mencadangkan program Program Pertanian Bandar (urban agriculture) yang membantu masyarakat bandar mengusahakan pertanian keliling rumah dan meringankan kos sara hidup dengan mendapatkan bekalan sayur-sayuran melalui usaha sendiri. Konsep sebenarnya ialah ediable landscape di mana individu dan suri rumah menanam sayuran serta herba di pasu atau taman. Pertanian bererti memerlukan skala besar dan hasil ekonomi impak tinggi. Jika dikatakan pertanian di bandar maka automatik kawasan itu menjadi luar bandar kerana definisi bandar ialah kawasan di mana aktiviti ekonominya tidak berteraskan pertanian.

  1. Penternak Lembu, Kambing Diabaikan. 28 Sept. 09 - 100 penternak lembu di Selangor dari Persatuan Penternak Ruminan Selangor berhimpun aman dengan ternakan mereka di hadapan pejabat SUK sebagai bantahan kegagalan kerajaan negeri membantu 2 penternak yang mengalami kerugian – kematian hampir 300 ekor lembu kambing akibat empangan pecah di Lembah Sungai Tua Ulu Yam. Malah mereka turut ’ditunding jari’ dan didakwa menternak secara haram sedangkan ia mempunyai permit serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Ini memperlihatkan ketidakcekapan dan sikap kurang prihatin pimpinan Pakatan Rakyat terhadap masalah rakyat ketika mereka mendakwa kononnya sebagai jaguh mengatasi isu rakyat. Penternak meluahkan ”kalau lembu pun tak boleh jaga, bagaimana nak jaga rakyat.”

  1. Hasil Pendapatan Pasir Tersasar. Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Semester Sdn. Bhd. yang mengendalikan industri minerals, telah berjanji untuk mendapat pendapatan jualan pasir sebanyak RM120-150 juta setahun, tetapi sehingga Julai 2009 jumlah jualan KSB untuk industri pasir hanya sebanyak 22 juta ringgit. Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap, mungkir dan tersasar daripada perancangannya. Ini sudah tentu akan menjejaskan perancangan mereka untuk menyalurkan wang hasil pasir tersebut kepada rakyat.

  1. Kadar Kemiskinan Negeri Meningkat. Kerajaan Negeri Selangor menaikkan paras Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM 1,500 sebulan lalu menjadikan kadar kemiskinan Negeri Selangor berada pada paras 30%. Menidakkan pencapaian kerajaan BN sebelum ini kemiskinan sekitar 1.1%. Sehingga ini tiada inisiatif besar kerajaan negeri lagi konstruktif untuk menurunkan kadar kemiskinan 30% tersebut. Ini seolah-olah kerajaan negeri seronok buat pengisytiharan dan membawa Selangor kembali mundur.

  1. Impak Latihan Belia Tidak Jelas. Dalam Bajet 2009, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta bagi tujuan merangka dan mempromosi latihan kemahiran dan teknikal kepada belia-belia untuk mengatasi masalah pengangguran. Sehingga kini tidak pasti dan jelas berapa orang belia yang telah dilatih dan bekerja serta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM 1,500 sebulan. Selain melatih belia, apakah inisitif kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan agar belia tersebut ada tempat bekerja setelah memperolehi kemahiran.

  1. Selangor Kelam-Kabut Urus Setinggan. Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mengutuk tindakan kerajaan terdahulu atas dasar ’Setinggan Sifar’ yang didakwa zalim dan setinggan masih banyak belum dapat disifarkan. Sehingga kini kerajaan negeri hanya meneruskan usaha tertangguh kerajaan terdahulu. Mereka lambat masih gagal mengemukakan jumlah atau statsitik terkini setinggan dan tempoh sasaran pelaksanaan pembasmiannya. Setakat persidangan DUN Julai 2009 dimaklumkan bahawa kerajaan negeri baru sahaja meluluskan suatu manual prosedur bancian setinggan dan peneroka bandar yang baru.

HAL-EHWAL ISLAM, MORAL DAN ADAT ISTIADAT MELAYU

  1. Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana. Kata beliau di persidangan DUN ”semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana di masuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan, ee..negeri Selangor.” Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala. Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

  1. Duit Zakat Untuk Bukan Islam? Terdahulu dalam persidangan DUN 2008, Y.B. Dr. Mohd Nasir Hashim, Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam katanya – ”Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita “share” sikit lah”. Ini menunjukkan ketidakfahaman dan kejahilan seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

  1. Pemindahan Kuil Ke Seksyen 23. Keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu memindahkan sebuah kuil masyarakat India ke Seksyen 23 telah mencetuskan kemarahan masyarakat di situ yang majoritinya orang Melayu. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional dahulu pada 2007 telah menyediakan sebuah kawasan di Seksyen 18 dengan kos infrastruktur RM 600 ribu. Ini menunjukkan kerajaan Pakatan rakyat terperangkap dengan janji politik untuk memindahkan mengikut kehendak sesetengah minoriti pihak dan membelakangkan kehendak majoriti. DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menegur perkara ini. Nampaknya kerajaan negeri gagal dan tidak berhemah lagi bijaksana dalam menyelesaikan isu ini sejak dari mula lagi.

  1. YB EXCO Selangor Halang Penguatkuasa. YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan didakwa telah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8. Padahal mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam telah menghalang penjualan arak di kawasan majoriti Islam. Terdahulu pada 2007 beliau telah didakwa menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Puchong Jaya, Selangor. Ini menunjukkan perangai berterusan mencampuri urusan pihak penguatkuasa dan penyalahgunaan kuasa secara tidak wajar.

  1. YB EXCO Selangor Tidak Bermoral? Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong di internet. Walaupun beliau telah menghantar surat untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi. Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan dan rakyat. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.

  1. Pusat Hiburan Semakin Bertambah. YB Dr. Halimah EXCO Pendidikan Selangor pernah menggelar Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial. Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih daripada lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah, sedang sewaktu BN lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja. Nampaknya Selangor sekarang sudah menjadi lebih Darul Maksiat.

FATWA FATWA NIK AZIZ

BIL. KATEGORI KATA-KATA NIK AZIZ
1. Negara Islam
  1. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

  1. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

  1. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

  1. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
2. Mengkafirkan UMNO
  1. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

  1. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

  1. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

  1. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

  1. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
3. Kerjasama dengan bukan Islam
  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

  1. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

  1. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

  1. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

  1. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

  1. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

  1. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
4. Hukum Mencarut
  1. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

  1. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
5. Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat
  1. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
  2. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
6. Allah Samseng
  1. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
7. Pengundi Hantu
  1. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
8. Haram Wanita Bekerja
  1. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
9. Undi PAS masuk syurga
  1. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
10. Arak
  1. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

  1. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. Kepentingan politik PAS
  1. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

  1. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

  1. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

  1. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

Bagi saya,saya tidak rela dengan mana mana kaffir yang menentang Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyalahgunakan ayat ayat suci Al Quran untuk tujuan politik menjahanamkan masadepan umat Islam tanpa mengira faktor keturunan dan ras mereka!

Jika ahli ahli politik kaffir ini yakin dan percaya dengan apa yang terkandung didalam ayat ayat suci Al Quran itu, maka jangan berdolak daleh lagi!

Ucaplah 2 Kalimah Syahadah ini " Asy hadu Allah ila ha ill lall Laah! Wa Asy hadu anna Muhammad da Rasul lul Laah!"

Jika tidak berani berbuat demikian, maka terlaknat lah kamu yang mempermainkan Ayat Ayat suci Allah ini dunia dan akhirat!

Tertanggung dosalah mereka yang menjadi penaja makhluk makhluk kaffir laknatullah ini kerana membiarkan Kalamullah menjadi percaturan didalam perebutan kuasa politik duniawi mengkhianati sesama Islam!

Saya menyeru pimpinan politik Melayu Islam tanpa mengira mana mana parti politik supaya sedar bahawa nyawa masing masing itu di tangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mereka yang mengkhianati amanah Allah akan menerima padahnya secara tunai baik di dunia ini dan di akhirat nanti!

Sadarlah diri kamu wahai pemimpin pemimpin UMNO, PAS dan PKR bahawa setiap apa yang anda lakukan hari ini demi merebut kuasa dan untuk mengisi tembolok masing masing tertakluk kepada pertimbangan di Mizan @ Neraca Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Padang Al Mahsyar nanti dan bahawa setiap dosa pengkhianatan kamu terhadap umat Islam ini akan dibalas dengan setimpalnya di Yaum Al Akhirat nanti!!!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah!

Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Post a Comment