Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 16, 2009

Ishak gamatkan dewan, usik Najib ~ Malaysiakini

Ishak gamatkan dewan, usik Najib
oleh Abdul Rahim Sabri & Salhan K Ahmad
Okt 15, 09
7:07pm

Dewan Merdeka riuh rendah dengan gelak ketawa para perwakilan yang mendengar ucapan pemimpin veteran Umno dari Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail, yang bukan sahaja penuh jenaka tetapi juga tebal dengan sindirin terhadap pemimpin parti.

Dalam ucapannya, bekas ADUN Lenggeng itu menjelaskan mengapa beliau menyokong "musuh politiknya" Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad lalu.

Katanya, sewaktu Isa menjadi menteri besar, mereka pernah bertengkar di dewan DUN sehingga mereka saling gelar-menggelar.

Ishak berkata, beliau masih ingat betapa Isa marahkannya sehingga menggelarnya 'sakai', tetapi beliau pula menggelar Isa 'lanun'.

"Dia gelar saya sakai, saya tengok dia, kecil mata saya... Mana saya tidak sokong, sakai dah sokong lanun," katanya disambut gelak ketawa perwakilan.

"Saya sokong Isa, (kerana) apabila digantung (keahlian), beliau tidak pernah meragam, tidak pernah mengugut untuk keluar parti, dia jaga kawasan, dia hebat," katanya.

Ishak juga berkata, Isa juga seorang yang berani sewaktu beliau bersamanya berceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Ijok dua tahun lalu.

Kencing dalam stadium

Aksi Ishak berucap itu juga menyebabkan barisan pucuk pimpinan Umno di atas pentas, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak kering gusi.

Pemimpin veteran itu menceritakan pengalaman yang pernah kencing di sebuah stadium di London ketika beliau sedang menuntut di sana tahun 1970-an.

Katanya, beliau berbuat demikian kerana tidak tahan untuk membuang air kecil, ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Liverpool dengan Leeds United.

Dewan gamat apabila Ishak turut menggayakan cara dia membuang air kecil, yang didakwanya terkena penonton kulit putih di bawah.

"Orang Melayu kencing orang putih... lepas itu saya rasa punggung saya basah. Rupa-rupanya, orang di atas kencing dekat saya," katanya, sekali menggamatkan dewan.

Menurut Ishak lagi, beliau juga pernah bertumbuk dengan seorang pelajar Singapura di London kerana didakwa memburuk-burukkan perdana menteri waktu itu Tun Abdul Razak yang melawat China.

Beliau cuba menyatakan perkara itu kepada orang Umno di sana, tetapi tiada tindakan diambil, menyebabkan beliau tidak suka kepada Umno, selepas kejadian tersebut di Malaysia Hall.

Bertumbuk di London


"Mereka tidak berani mangambil tindakan kepada pelajar tersebut. Lepas itu saya tumbuk pelajar itu di dahinya. Selepas itu, saya tidak dibenarkan lagi masuk ke Malaysia Hall lagi," katanya, disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Ishak juga turut berkongsi pengalamannya bersama Najib dan beberapa orang rakannya di suatu malam sewaktu presiden Umno menjadi ketua Pemuda.

Katanya, pada malam tersebut, terdengar satu letupan kuat sehingga mengejutkan mereka dan Najib kemudian berkata kepadanya: "Hak, apa kita nak buat. Saya kata, raba telur you".

"Saya tanya, ada Datuk? Dia jawab, ada Hak," katanya, diikuti dewan yang gamat dengan gelak ketawa perwakilan.

Manakala Najib pula kelihatan tersipu-sipu malu sambil menunjukkan tangannya ke arah Ishak.

Beliau sekali lagi menggamatkan dewan apabila berkata beliau berbuat demikian kerana mengetahui Najib bakal menjadi perdana menteri.

"Apa guna jadi perdana menteri kalau telur tidak ada," katanya dan dewan sekali lagi riuh.

Ishak juga memberi petua kepada perwakilan cara hendak mengenal seseorang suami yang takutkan isteri daripada caranya bertepuk tangan.

Secara berseloroh, beliau berkata, lelaki yang bertepuk dengan tangan kiri di atas, ia menunjukkan seseorang yang takutkan bini.

******************************************************************

Kelakar juga bilamana saya membaca laporan Malaysiakini di atas. Ianya menunjukkan bahawa para pembesar negara kita ini juga tidak lekang dari gurau senda dan ada kisah kisah menarik tentang mereka yang orang ramai tidak tahu.

Hakikat bahawa mereka juga manusia biasa seperti kita dan ada suka dan duka serta perkara yang boleh memecahkan perut berlaku didalam kehidupan mereka yang kita anggap sebagai manusia bangsawan.

Yang membezakan kita dengan mereka hanya harta dan pangkat kedudukan didunia ini. Ada baik dan buruk dikalangan mereka sama sahaja seperti kita.

Cumanya kisah kisah sebegini jarang didedahkan rakan rakan, sahabat handai dan ahlul keluarga mereka.

Bagi saya, ini adalah baik dan menunjukkan bahawa tidak ada bezanya mereka dengan kita pada dasarnya sehingga ramai yang menaruh syak wasangka dan hasad sesama manusia dan sesama ummah.

Terimakasih Malaysiakini dan Datuk Ishak Ismail kerana sudi mendedahkan perkara ini.

Jadi tuan tuan, bilamana menepuk tangan, jaga jaga aa...tangan kena betul jika tidak mahu di cap 'takut bini'!

Hahahahahaha! Macam macam ada....

Post a Comment