Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 18, 2009

Keris dan Lambang lambang Warisan Melayu - Usah biarkan ia dimuziumkan!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, warganegara tanahair ini yang saya hormati.

Saya ingin merujuk kepada nasib persenjataan Melayu yakni Keris yang kini bagaikan dipalit dengan satu stigma mengaitkan senjata warisan kebudayaan Melayu zaman berzaman ini dengan keganasan.

Ianya kini seolah menjadi satu bahan larangan didalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu ini.


















Sumber gambar.



Semuanya ini berbangkit dari ketakutan yang ditimbulkan oleh mereka yang bersikap bertentangan dengan segalanya yang melambangkan jatidiri dan kebudayaan Melayu itu sendiri.

Bermula dari tentangan terhadap pemakaian songkok oleh ahli ahli parlimen dan dewan perundangan negeri bukan Melayu sehingga kepada kontroversi yang dicetuskan oleh Lim Kit Siang membantah penghunusan keris Panca Warisan oleh Ketua Pemuda UMNO sebelum ini Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn semasa Mesyuarat Agung UMNO dahulu.






















Keris adalah lambang identiti peradaban dan simbol keperwiraan orang orang Melayu sejak zaman berzaman.
















Sumber gambar.

Tidak kan ujud jatidiri seorang Melayu tanpa keris dipinggangnya pada zaman Melayu itu tertegak di rantau Nusantara.

Cuba tuan tuan dan puan puan budiman baca apa pendapat dan hasil kajian sekumpulan penyelidik Melayu yang menerbitkan takrif 'Falsafah disebalik Keris Melayu ini dilaman web ini.

Falsafah disebalik Keris Melayu

Entah lah tuan tuan dan puan puan sewarganegara dengan saya ini, saya musykil kenapa sampai begitu lemah dan lesu sekali orang orang Melayu sekarang ini untuk bangun mempertahankan jatidiri mereka dan juga untuk menjelaskan kedudukan perkara sebenar tentang ertikata dan kedudukan Keris Melayu didalam kehidupan mereka?

Apakah sudah kurang dikalangan Melayu yang tahu menghargai warisan keturunan mereka? Apakah Melayu sudah benar benar lupa akan apakah dia sejarah dan warisan kebudayaan mereka?

Siapakah lagi yang akan tampil kemuka mempertahankan salah satu simbol keujudan Melayu dimuka bumi ini?

Nak harap siapa?

Cuba kabarkan pada saya.

Mamak? China? India? Benggali? Mat Salleh? Mat Bangladesh? Mat Nepal? Hero Seberang? {Ada yang terasa jika saya gelarkan mereka sebagai Mat Indon padahal dah memang negara mereka bernama Indonesia!}

Mahu tak mahu orang orang Melayu kenalah sadar diri bahawa jika tidak mereka menjaga maruah dan kehormatan warisan kebudayaan mereka sendiri maka jangan dok harap le puak puak macam Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, segala tok nenek anti Melayu nak terpa kemari menjaga keunggulan kebudayaan warisan mereka!

Melayu yang dah lupa diri, malu nak mengaku Melayu, mengecat rambut jadi kuning ~ perasan diri sebagai Mat Salleh, melekapkan kanta warna biru ke mata, mana nak perasan segala benda ni?

Hai lah keris!

Nasib le terbiar sepi, berkumpul habuk dan debu di muzium muzium negeri dan negara.

Bila dihunus dek mantan Ketua Pemuda UMNO tempohari, terkejut berok segala pembenci mu!

Bertempik terlolong kehulu kehilir menyuarakan kebimbangan mereka akan dirodok dek Keris Panca Warisan, terburai keluar segala isi perut akibat mati tertusuk dek amukan cucu Datok Onn Jaafar!!!

Gelihati saya memikirkan lawak sandiwara radio ini!

Cuba kita semak dan kaji selidik sedikit?

Sudah berapa ramai bukan Melayu mahu pun Melayu sendiri yang dah mati tertikam keris sejak ianya menjadi lambang pertubuhan parti politik Melayu?

Ada tak siapa siapa pembaca budiman yang ada maklumat statistik jenayah pembunuhan menggunakan senjata tradisional Melayu yakni keris?

Jika ada saya pohon kirimkan kepada saya disini supaya boleh kita buat perbandingan dengan jenis jenis senjata lain yang lazim digunakan untuk menetak, menikam, mencincang mangsa mangsa kes bunuh didalam Semenanjung Tanah Melayu ini?

Bukannya apa?

Sakit hati benar jiwa hamba ini bila memikirkan akan betapa jumud dan terkongkongnya minda minda pembenci warisan Melayu ini cuba menimbulkan satu keadaan panik dikalangan warganegara kita yang bukan Melayu bahawa puak puak pejuang Melayu seperti didalam UMNO dah kemaruk nak menikam, membunuh, menghapuskan mana mana rakyat Malaysia yang bukan berketurunan Melayu?

Saya singgah bertanya pada anggota polis yang bertugas di pondok polis Ampang Point sepanjang tempoh mereka telah bertugas sebagai polis, dah berapa kes bunuh menggunakan keris yang telah mereka kendali?

Ada 3 pegawai polis disitu. 2 orang telah bertugas selama 5 tahun dan seorang koperal selama 8 tahun.

Ketiga tiga mereka menyatakan tidak pernah lagi menghadapi kes bunuh guna keris Melayu!

Saya berterimakasih kepada mereka dan bertanya pendapat mereka akan penggunaan dan pemakaian keris oleh orang orang Melayu?

Apakah mereka bersetuju bahawa keris itu adalah sebahagian kelengkapan lelaki Melayu?

Mereka semua bersetuju tetapi berkata bahawa ada undang undang yang menyekat mana mana lelaki Melayu atau bangsa lain menyisipkan keris dipinggang dan berada dikhalayak ramai.

Ini undang undang siapa?

Almaklum sajalah! Siapa lagi jika tidak penjajah British dan Jepun! Takut Melayu mengamuk!:P

Mana buktinya wahai Kit Siang, Karpal dan Guan Eng akan tuduhan tuduhan melampau kamu itu bahawa sudah terancam nyawa kaum kaum bukan Melayu disini?

Lupa Diri

Namun saya tidak persalahkan seratus peratus akan polemik yang ditimbulkan dengan fobia terhadap keris Melayu ini pada Kit Siang & Company sebab salahnya terletak pada kebanyakan orang orang Melayu itu sendiri.

Kenapa saya berkata begitu?

Apa tidaknya?

Sultan Sultan dan Raja Melayu tak ada seorang pun yang bersuara, bertitah menegur puak puak pencetus suasana kelam kabut yang bangkit angkara tohmahan terhadap Keris Melayu ini!

Bilamana institusi Kesultanan Melayu itu sendiri membisu, memejam rapat membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap segala kata nesta maki hamun puak puak yang salah tafsir akan hakikat keujudan warisan Melayu ini, kita nak harap siapa lagi?

Beralih pula kepada para pembesar Melayu itu sendiri.

Tak ada sangat dikalangan mereka yang mendabik dada sebagai pejuang pejuang Melayu ini bangkit bersuara mempertahankan kedudukan keris didalam ertikata keujudan bangsa Melayu itu sendiri tampil kemuka menjuarai salah satu identiti mereka ini.

Habis siapa lagi?

Aktivis teater?

Penjual ubat dikaki lima?

Atau blogger seperti saya dan mereka yang sama sefikrah seperti pencinta warisan Melayu ini?



















Setakat mana sangat boleh kami mengubah persepsi masyarakat kita?


Mungkin akan ada dikalangan tuan puan yang mula memikirkan masadepan warisan bangsa tuan puan sendiri ini?

Jika adalah walau sekelumit pun kesedaran yang bercambah dihati, jiwa dan sanubari bangsa Melayu dengan peringatan saya ini, maka saya panjatkan ribuan syukur Alhamdulillah ke hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rabbul Alamin.

Tuhan Maha Pencipta Semesta Alam yang mendorong pelopor pelopor persenjataan Melayu dahulukala yang menurut cetusan ilham kurnia Ilahi untuk mencipta Keris Melayu, lambang keperwiraan Melayu yang dahulunya gah berdaulat ditanah air sendiri.

Entah lah tuan puan, serba salah saya dibuatnya bila tidak ada sangat dikalangan orang orang Melayu yang tampil menjelaskan perkara, membiarkan puak puak seperti Kit Siang bebas mengadu domba menjenayahkan perbuatan Hishamudin mengucup keris Panca Warisan!

Saya ni sedar diri bahawa aku ini bukanlah Melayu didalam ertikata sebenar tetapi berjatidiri berbudaya Melayu. Terlalu sayang dan amat menghargai segala warisan dan peradaban Melayu walau ianya amat kurang dihargai bangsanya sendiri.

Namun peduli apa aku sekiranya ada yang berhasad dengki, berendam cemburu terhadap keprihatinannya aku, seorang warga negeri Pulau Mutiara lantang bersuara menampar dahi barangsiapa yang mahu memperlecehkan warisan bangsa dan negara orang orang Melayu ini?

Segala musuh durjana, pengkhianat negara yang memperkotak katikkan warisan Melayu ini lupa bahawa bilamana sahaja mereka keluar dari sempadan tanahair ini, diri mereka digelar sebagai 'Malaysian' dan 'Malays'!

Ini hakikat tetapi kebanyakan mereka malu untuk mengaku akan kebenaran keadaan ini.

Apa bangsat sangat kah entiti Melayu ini?

Apakah kebanyakan manusia yang menjadi warga tanahair ini buta sejarah?

Lupakah kita bahawa Melayu ini pernah mempunyai Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang merangkumi seantero pelusuk Asia Tenggara ini?

Memang Kesultanan Melayu yang ada sekarang ini seumpama hampas kelapa yang telah habis diperah santannya namun saya amat berharap sangatlah bahawa akan ada kebangkitan semula warisan Sultan Mansor Shah yang sadar akan tugas dan tanggungjawab terhadap kewajipan memperbaharui semangat dan jatidiri bangsanya sendiri?

Keris Melayu Semenanjung haruslah dikembalikan kedudukannya didalam kehidupan seharian warga Tanah Melayu ini.

Bilamana para pembesar Melayu bersidang di Parlimen dan Dewan Dewan Perundangan Negeri, apa salahnya pembesar pembesar Melayu berpakaian sesuai dengan kedudukan mereka sebagai wakil orang orang Melayu, gah dengan persalinan istiadat Melayu yang sebenarnya?

Apa salahnya pembesar Melayu berpakaian lengkap bertengkolok, berdastar dan berkeris dipinggang?

Kalau tak pembesar pembesar Melayu sendiri yang mengamalkan pemakaian sebegini, nak harap siapa lagi?

Apa malu dengan jatidiri sendiri?

Jika ya, alamat kan berlawanan lah dengan apa yang diperkatakan Datuk Laksamana Hang Tuah bahawa "Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

Bangsa Melayu mungkin akan terus ada dan wujud di dedaun masa akan datang tetapi keadaan mereka akan berakhir seperti kebanyakan nasib bangsa pribumi Asia semasa ini.

Seperti kebanyakan orang orang keturunan kaum China di dalam Malaysia ini yang sudah beransur hilang jatidiri dan warisan nenek moyang mereka.

Sanggupkah orang orang Melayu mengalami nasib serupa?

Sekarang ini, kita boleh sahaja pergi ke mana mana gedung membeli belah dan berjumpa dengan anak anak dan orang orang dewasa Melayu yang bagaikan umang umang.

Perawakan mereka lebih menyerupai kaum lain dan terikut ikut dengan budaya moden yang kekadang amat mencemarkan peradaban dan kesopanan masyarakat timur.

Adakah yang ambil peduli tentang gejala ini atau mereka akan terus berpegang kepada fahaman songsang bahawa mahu tak mahu untuk kelihatan maju maka mereka harus mengikut arus peredaran zaman?

Fikir fikirlah tentang ini.
Post a Comment