Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, October 31, 2009

Kes bunuh amah ~ Jangan biarkan pembunuhnya dipenjara!

Peniaga air tebu didakwa


A. Murugan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, semalam untuk didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian pembantu rumahnya, Mantik Hani warga Indonesia. – utusan/Saharuddin Abdullah


KLANG 30 Okt. – Empat hari selepas Mantik Hani meninggal dunia dipercayai angkara perbuatan keji majikannya, seorang penjual air tebu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia itu.

A. Murugan, 35, didakwa membunuh wanita berusia 36 tahun itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa di sini di antara 18 dan 20 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada majikan lelaki mangsa itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Afifah Mamat @ Yusof.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup manakala peniaga terbabit tidak diwakili peguam bela.

Manoj memohon supaya kes tersebut dipindahkan segera ke Mahkamah Tinggi atas alasan kes itu menarik perhatian umum.

Permohonan itu dibenarkan oleh Afifah yang menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membolehkan pengakuan tertuduh direkodkan.

Isteri dan ibu Murugan yang sebelum ini turut ditahan reman tidak didakwa di mahkamah selepas dibebaskan oleh pihak polis.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.

Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Wanita itu diselamatkan pihak polis selepas seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek membuat laporan polis bersama peguam, Gerald Lazarus.

Semasa diselamatkan, terdapat kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan mangsa termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan tulang pada kakinya.

Selain itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri termasuk bengkak pada bahagian muka, dipercayai dipukul dengan objek keras.

Sumber: Utusan Online.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kuala Terengganu. Sabtu 31hb Oktober 2009.

Setiap kali saya mendengar tentang kes kes pembantu rumah yang didera dan dicederakan oleh majikan majikan mereka seperti didalam kes di atas ini, hati saya terasa sakit dan amarah saya akan meluap.

Bukannya apa.

Manusia di akhir zaman ini rata rata sudah hilang sifat kasihsayang dan pertimbangan akal. Tidak boleh kita diamkan sahaja penderaan dan pembunuhan seperti kes di atas!

Ingat lagi tak kes penderaan ke atas Nirmala Bonat oleh majikan nya Yee Pek Har? Ia diseterika payudaranya, diketuk kepalanya dengan kole keluli, dipukul sampai cedera seluruh badan!

Apa yang dihukumkan keatas Yee Pek Har?

Sekadar penjara!

Sepatutnya sipendera itu dihukum sebat tanpa mengambil kira bahawa ianya seorang wanita! Bilamana wanita itu boleh mencederakan orang lain maka tidak ada bezanya diantara ia dengan seorang lelaki.

Patut dikenakan hukum Qisas. Cedera dibalas hukuman setimpal. Bunuh dibalas dengan hukuman bunuh juga! Tak payah dok penjara lama lama!

Tidak patut dibiarkan majikan bersifat syaitan seperti ini dipenjarakan sahaja.

Ianya perlu dihukum sebat sivil iaitu sebat untuk mendatangkan cedera dan sakit sama seperti yang ia lakukan tanpa belas kasihan kemudian nya ia wajib dihukum gantung sampai mati!

Ini baru dikatakan adil dan saksama!

Setakat nak penjara, kemudian nak kena keluar belanja menjaga ia dipenjara, diberi makan minum dan pakaian serta rawatan kesihatan akan diibaratkan sebagai membela penjenayah kejam seperti si Murugan ini.

Hutang nyawa dibayar nyawa juga!

Jangan biarkan ia dipenjara! Sebat dan gantung sampai mati.

Tegakkan keadilan untuk Allahyarhamah Mantik Hani.

Baru ruhnya akan tenteram.

Post a Comment