Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, October 17, 2009

Majlis Aidilfitri Peguam Tn Hj Zainul Rijal Abu Bakar ~ Bersama Tengku Fakhry

Semalam saya berkesempatan memenuhi undangan Peguam Syarie terkenal Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar, mantan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia di kediaman nya yang terletak di Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan.

Setibanya saya ke kediamannya itu, saya mendapati ramai jemputan sedang menjamu selera masing masing dikhemah yang didirikan diluar banglo besar sahabat saya itu.

Dipekarangan kediamannya ada khemah jemputan istimewa dan saya mendapati tetamu khas Zainul Rijal termasuk sahabat kami Tuan Haji Yusri Mohamad, mantan Presiden ABIM yang masih muda belia lagi.

Turut duduk semeja dengan Tuan Haji Yusri adalah YAM Tengku Temenggung Kesultanan Kelantan Darul Naim, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang merupakan anak guam Tuan Haji Zainul Rijal didalam kes tuntutan terhadap Manohara Odelia Pinot.

Tuan Haji Zainul Rijal memperkenalkan saya sebagai 'blogger yang 'famous' kepada Tengku Fakhry dan adinda Tengku yang turut hadir dimajlis jamuan Aidilfitri beliau.

Hehehehe...'famous' ke aku ni?

Tengku Fakhry terus mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya dan bersalam tanpa segan dan silu walaupun kami belum pernah berkenalan sebelum ini.

Tengku Fakhry ternyata seorang kerabat diraja Kelantan yang budiman dan beliau sempat berseloroh bilamana saya mengusik Tengku dengan bertanyakan apa mahu dibantu mencari pengganti {Manohara}?

Tetamu yang duduk semeja semua tertawa dengan usikan saya dan Tengku menjawab 'sudah ada'....

'Sporting' juga orangnya. Masih mampu bergurau senda walaupun baru sahaja melalui episod duka menghadapi kerenah sang isteri muda yang mencetuskan huru hara didalam kehidupan anak raja ini.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan keadaan jiwa dalaman Tengku Temenggung Kelantan ini?

Image hosting by IMGBoot.com

Sesudah menjamah sedikit hidangan tersedia dan membasahkan tekak dengan secawan kopi o, saya memohon diri dari semua, dan beredar pulang dari majlis kerana matlamat menghadirkan diri ke majlis sahabat saya, Tuan Haji Zainul Rijal sudah tercapai.

Semoga Tengku Fakhry akan bertemu jodoh yang sesuai tidak lama lagi. Insya Allah!

'All the best to you gentlemen in your case!'

Selamat Hari Raya Tuan Haji!
Image hosting by IMGBoot.com
Post a Comment