Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, October 05, 2009

Majlis Pelancaran Blog4FT di Pavilion KL hari ini!

Assalamualaikum Tuan Zainol Abideen,

Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya ingin menjemput tuan untuk menghadiri pelancaran pertandingan Blog4FT pada 5 Oktober 2009, jam 2.45 petang di Pavilion KL atas kapasiti tuan sebagai seorang blogger tersohor juga sebagai Presiden Muslim Bloggers Alliance.

Untuk makluman tuan, Blog4FT adalah pertandingan yang menggalakkan penulisan blog yang
positif dan kreatif mengenai Wilayah Persekutuan .

Sila sahkan kehadiran tuan sebelum 28 September 2009 dengan mengemukakan butiran berikut:

Nama (Pilihan):
Nama Blog:
E-mel Alternatif:
Telefon Bimbit (Pilihan):

Pihak kami turut mengalu-alukan penyertaan tuan di dalam pertandingan tersebut.

Di samping itu, kami juga ingin memohon kerjasama tuan untuk mempromosikan pertandingan ini melalui blog masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.blog4ft.com

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Khalilurrahman Kamaruz-zaman,
Pegawai Khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan

********************************************************************

Begitulah kandungan emel jemputan kepada saya yang di kirimkan Encik Khalilurrahman Kamaruz-zaman, Pegawai Khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan tempohari.

Saya sudah pun mengesahkan kehadiran saya.

Tuan puan para bloggers yang ada di Lembah Klang ayuhlah kesana. Hadiah lumayan tu!

Kereta canggih canggih akan diberikan kepada juara pertandingan menulis artikel atau blog yang mempromosikan Wilayah Persekutuan dalam negara!

Asyik meneropong kekurangan je sampai ke tua tak ada faedahnya!

Nambah dosa lagi ada.

Ha cuba cuba lah pulak lihat pada yang lebih elok didalam wilayah wilayah persekutuan negara kita dan tulis tentang kebaikannya?

Ini dia yang menanti anda:

Boleh tahan ni! Tunggu apa lagi?

Ayuh ke Pavilion KL dan sertai peraduan ini. Tak salah cari kebaikan.

Dapat pahala dan juga kemungkinan jika hasil usaha anda bagus, lumayan hadiah yang menanti anda!

Post a Comment