Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 11, 2009

Penyakit Akhir Zaman ~ Ketidakpedulian Ummah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ya Aiyyuhal Mukminin na wal Mukminat.

Dewasa ini kita lihat kebanyakan manusia Muslim diseantero dunia seolah tandus didalam jiwa mereka dari satu sifat yang amat penting untuk menyemarakkan rasa kasih terhadap sesama insan.

Budaya mementingkan diri sendiri ini lahir dari kecenderungan 'tidak ingin kalah' atau 'takut rugi' @ 'Kia su' yang berpunca dari kecenderungan manusia di akhir zaman ini untuk mementingkan diri sendiri lebih daripada orang lain didalam mengejar kelebihan dunia.

Saya sentiasa memperingatkan barangsiapa sahaja yang saya sempat ketemu supaya jangan murung selalu dengan masaalah kehidupan dunia ini.

Wajah wajah sugul yang kita lihat disekeliling kita memaparkan betapa tidak bahagianya kebanyakan insan sekarang walaupun ada di antara mereka kaya raya dengan segala kemewahan dunia namun mereka miskin jiwa dan ianya terserlah pada raut wajah masing masing.

Sesungguhnya nyawa kita ini ditangan siapa?

Apa kah segala harta, pangkat dan kedudukan duniawi ini mampu menangguhkan pemergian kita dari Alam Dunia ini walau barang sedetik cuma?

Kenapakah kita alpa dengan ketentuan Ilahi didalam meniti titian hidup ini yang sudah pasti menuju ke alam seterusnya iaitu 'Alam Kubur'?

Begitu sugul dan susah hati sesetengah manusia disekeliling kita sehingga mereka seolah sudah mati jiwa didalam kerangka jasad mereka dan tidak tahu mensyukuri nikmat kehidupan ini?

Ada yang lupa bahawa diri ini senantiasa didampingi dua Malaikat Allah, Raqib dan Atid Alaihis Salam yang tidak leka mencatat segala amalan kita, baik yang bagus ataupun yang tercela.

Semalam, semasa saya sedang menuruni tangga kediaman saya, saya terserempak dengan dua pasang remaja Melayu yang sedang tersalah laku.

Siperempuan bertudung sedang duduk dicelah kangkang lelaki Melayu sambil sepasang lagi sedang berkedudukan rapat dilaluan awam.

Mereka tergamam bila pakcik tua ini terus berdiri disitu dan selepas memberi salam bertanya kepada mereka samada sudah berkahwin?

Sudah semestinya jawapan yang ku sangka tepat seperti dijangka?

Tidak!

Bergegas lari kedua perempuan itu bila sedar bahawa lelaki tua yang datang 'merosakkan program' mereka ini tidak kan berganjak dari situ tanpa menegur kedua lelaki pasangan mereka itu sekeras yang mungkin!

Kenapa perlu aku peduli tentang mereka ini?

Buat apa aku ini menjadi 'busy body'?

Masakan aku boleh berlalu begitu saja, memejamkan mata terhadap kemungkaran yang berlaku didepan mata?

Tak boleh!!!

Aku sudah berjanji dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa selagi aku ini hidup maka akan ku usahakan mengajak kepada yang makruf dan membanteras yang mungkar!

Kerana apa?

Kerana aku sayang kepada sesama manusia.

Mereka masih alpa dan aku sudah berusia tua sadar tentang natijah yang sedang menanti kita, sesama manusia seandainya kita terus leka dan tenggelam dibawa arus hedonisma yang sedang melanda dunia.

Aku bukanlah malaikat tetapi aku insan yang sadar bahawa aku akan kembali kepadaNya bila bila saja!

Maka mahu tak mahu daku terpaksa menasihati kedua lelaki Melayu tadi.

Untuk mampu menasihati orang seperti ini, kita perlu ada keyakinan diri dan kemampuan dari segala segi.

Perlu ada akal yang berlandaskan kefahaman Ad Deenullah.

Perlu ada kebolehan untuk bertindak mengikut keadaan.

Kena ada asas seni mempertahankan diri seandainya keadaan berubah dan diri kita ini diserang oleh mereka yang masih muda, mentah dan disarangi nafsul amarah!

Bukan boleh serbu sembarangan brader ; karang bertelur dahi!

Namun kematangan usia dan pengalaman hidup sekian lama ini memperkasakan diriku untuk terus mentarbiyyah jiwa jiwa muda ini dengan cara dan gaya saya tersendiri.

Makanya saya bertanya,"Sadarkah kamu akan kehadiran dua makhluk Allah dikanan dan kiri kamu?"

Lelaki muda itu bertanya," Siapa?"

Saya memaklumkan kepadanya, "Malaikat Raqib dan Atid!".

Ia sejurus itu tunduk mengangguk tanda faham. Di alihkan matanya memandang ke arah luar tidak berani bertentang mata denganku.

Saya menarik dagunya dan menyuruh ia memandang ku kerana yang sedang bercakap dengannya adalah aku dan tak ada sesiapa lain di ruang luar sana!

Saya bertanya kembali," Apakah patut kamu berkelakuan begitu bila senantiasa didampingi kedua Malaikat Allah ini?"

Ia menggelengkan kepala.

Saya bertanyakan namanya dan alamat tempat tinggal?

Ia menyatakan namanya dan berkata ia tinggal di apartmen sebelah.

Saya terus menasihatinya dan menyatakan bahawa ia perlu bertindak selayak seorang Muslim dan bertanggungjawab terhadap pasangannya itu sesuai dengan tuntutan ke atas seorang lelaki Muslim yang sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami?

Tidak wajar seorang laki laki yang sungguh sungguh mengasihi seorang wanita berlaku sebegitu ditepi tepi tangga, konon jauh dari penglihatan manusia tetapi tidak sedar bahawa tidak ada ruang untuk mereka hilang dari pemantauan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan para malaikatNya?

Tak 'gentleman' lah dok berasmaradana tepi tangga!

Saya menyatakan kepadanya bahawa seandainya ia betul betul lelaki Muslim tulin supaya berusaha menikahi perempuan itu dan selepas sah nikah, boleh 'enjoy ikut suka' didalam kehidupan berumahtangga nanti!

Ia mengangguk menerima kata kata saya itu. 'Straight to the point' tak ada nak corner sana sini!

Saya mengakhiri sesi tegur nasihat itu dengan memberikan mereka peringatan supaya tidak mengulangi lagi kerja mungkar seperti tadi.

Selepas bersalam dengan mereka, saya teruskan perjalanan saya untuk pergi memenuhi jemputan sahabat blogger saya King of Dinar @ Nizam Money Matters di Kota Kemuning, Shah Alam.

Bukanlah niat saya memaklumkan kejadian semalam ini untuk membangga diri tetapi terdorong dek perasaan sedih saya akan kebiasaan kebelakangan ini untuk pasangan pasangan muda Melayu Muslim didalam negara ini untuk berzina ikut suka dan natijahnya dibuang hasil kemungkaran mereka diserata tempat, semak, belukar, tandas awam, sungai, parit dan longkang!!!

Berani buat tetapi tak berani tanggung!

Jika semua orang buat tak tahu saja dan berlalu pergi tanpa menasihati mereka ini, apakah nasib sesama ummah ini nanti bila anak anak haram melebihi yang halal seperti yang sedang berlaku dewasa ini di negara negara barat seperti Amerika Syarikat, UK dan Eropah?

Jika semua 'buat don't know' sahaja ; siapakah lagi yang kita nak harap untuk memantau anak anak muda remaja kita?

Gara gara nak turut kehendak yang keras dicelah kangkang ; semakin ramai anak anak perempuan kita yang musnah masadepan mereka akibat gejolak hawa nafsu yang tidak terkekang!!!

Bilamana yang alim menjadi zalim, maka tunggu saja akibatnya nanti bila bala bencana Allah diturunkan secara pukal keatas masyarakat itu yang membiarkan maksiat dan kemungkaran bermaharajalela!!!

Takut mati?

Hello!!!!

Cuba tunjukkan kepada saya barangsiapa yang dapat selamat dari panggilan ajal maut dengan hidup mementingkan diri dan tidak ambil peduli akan apa yang sedang berlaku didalam masyarakat kita?

Walau ianya seorang Sultan dan Raja Melayu sekalipun, bila sampai saat dan ketikanya, pasti akan terhenti degupan jantungnya walaupun diselimuti dengan segala kemewahan harta, pangkat dan kedudukannya!

Sadarlah diri wahai Muslimin dan Muslimat sekelian.

Kita ini hidup diantara 5 waktu.

Kita mungkin sempat solat subuh tadi.

Tak ada jaminan bahawa kita kan sempat 'settle' zohor.

Tak ada gerenti bahawa kita mungkin sempat solat asar, kemudiannya maghrib, lepas itu `Isya dan seterusnya subuh pagi esok?

Nak sombongkan diri apekebenda ya tuan puan, adik abang?

Bilamana kita berhenti mengambil peduli akan nasib sesama ummah, maka hasilnya nanti sudah pasti akan menghancurkan jiwa kita dan akan menjadi Neraka Dunia dimana ketika itu sudah terlewat bagi kita untuk menyesali hidup!

Peringatan ini saya tujukan kepada semua.

Baik bagi yang sedang bersemayam diatas takhta, mahupun yang sedang menderita dimana mana?

Rebutlah peluang untuk kita bertaubat sementara masih sempat ; sebelum jasad kita disemadikan di dalam liang lahat!

Kasihanilah sesama manusia tambah tambah lagi terhadap anak bangsa sesama ummah!

Beringat ingatlah sebelum kena ; berjimat sebelum habis!

Mencegah kemungkaran itu adalah cabang jihad fi sabilillah!

Tegur dan bimbinglah mereka yang sempat anda jumpa ; sementara kita masih hidup ni!

Dah berpisah ruh dari jasad kita? Sorry aaa...time tu dah terlalu lewat!!!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment