Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 29, 2009

Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini saya dijemput Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan Shahir Mohd Shahir @ Roslan SMS untuk menghadiri majlis dailog ulung kali Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr.Hassan bin Haji Ali bertempat dikediaman beliau berdepan Masjid Al Ghufran d Pinggir Taman Tun Dr.Ismail.

Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.

Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.

Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.

Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!

Maka kena lah terima siapa sahaja yang hadir.

Sebenarnya saya telah menjemput ramai bloggers lain seperti :
  • Rockybru tengah demam selesema - tak dapat datang ~ kirim salam kpd Dato Dr Hassan Ali.
  • Sang Kelembai sms janji nak datang ~ tak hadir akhirnya.
  • Voice ~ jawab sms dan telefon kata tak dapat hadir.
  • Yusri Mohamad ~ tak jawab sms.
  • Azril Mohd Amin ~ sms kata tak dapat datang - ada urusan lain.
  • Dato Kamal Amir ~ sms kata mungkin hadir - tak dapat juga.
  • Zulkifli Noordin ~ jawab telefon kata mungkin datang tapi tak dapat juga.
  • Sis Zabrina ~ jawab telefon kata teringin nak hadir tapi dah ada program lain.
  • Syawal Yaacob ~ tak respon langsung!
  • GOMO ~ tak hadir tetapi telah memanjangkan jemputan saya itu kepada kenalan beliau - 2 orang dari Neutral Daily. Saya terima permintaan mereka untuk hadir setelah mereka menelefon saya dan meminta izin untuk bersama dimajlis dailog tersebut. Roslan SMS dan Dato' Dr Hassan Ali tidak tahu langsong tentang tamu 'bidan terjun' ini. Harap semua faham akan perkara ini. Terimakasih. *
  • Parpukari ~ tak jawab sms langsong dan tak hadir.
Mungkin jika kesekelian mereka yang saya jemput hadir, perang dunia ketiga blogosfera politik Malaysia akan tercetus gamaknya?

Ada hikmah tu!

Sekali yang sanggup datang Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sudah cukup untuk meletuskan debat kontroversi didunia blog politik tempatan terutamanya dikalangan mereka yang Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz perikan didalam tulisan beliau disini!

Gegak gempita jadinya bilamana pihak pihak ketiga yang sebenarnya tidak hadir membuat pelbagai macam andaian dan berperang mulut menyatakan itu dan ini tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dibincang dan dibualkan didalam majlis dailog itu?

Sebenarnya tuan rumah @ Dato Dr Hassan Hj Ali telah meminta supaya kami yang hadir dimalam itu memegang amanahnya supaya tidak menghebahkan kepada umum akan isi kandungan beberapa perkara sulit yang beliau terpaksa ceritakan kepada kami akan usaha pihak pihak tertentu didalam pentadbiran kerajaan negeri untuk mengujudkan beberapa daerah dinegeri Selangor Darul Ehsan dimana ada perancangan yang bertentangan dengan ajaran Ad Deenullah.

Beliau adalah satu satunya penghalang kepada cita cita pihak pihak begitu dan tujuan beliau mendedahkan kepada kami yang hadir malam itu hanyalah supaya pihak penulis blog seperti kami faham akan apa sebenarnya kedudukan suara Islam didalam kerajaan negeri dimana beliau memikul tanggungjawab memantau akan segala perkara itu.

Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!

Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...

Hebat sungguh strategi PAS ini.

Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!

Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!

Saya memang bersetuju dengan cara ini!

Kamu lompat parti?

Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!

( Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)

Saya kurang pasti akan peruntukan untuk calon wanita?

Minta cerai fasakh dari suami masing masing, kot? Na'uzubillahiminzalik! :(


Teringat saya akan pengkhianatan 3 wakil rakyat di Perak tempohari!

Saya memang tak setuju cara mereka mengkhianati parti masing masing.

2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP!

Sepatutnya mereka dipecat dari jawatan masing masing dan pilihanraya negeri di adakan di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Itu baru adil namanya.

Ini tidak! Sampai ke hari ini masih ada keadaan huru hara akibat kerajaan mi segera disana!


Tetapi inilah satu satunya perkara yang paling mengejutkan saya dimalam majlis dailog Dato Dr Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dengan kami, bloggers yang hadir. Tentang kewajipan lafaz cerai taklik ini! Menggerunkan sekali!


Saya ada rakaman audio lengkap pada majlis itu tetapi masih menunggu lampu hijau dari Roslan SMS dan Dato Dr Hassan Ali untuk menyiarkannya di akaun Youtube saya.

Mereka termasuk seorang sahabat saya yang merupakan diantara pimpinan tertinggi PAS memohon saya agar jangan menyiarkan rakaman tersebut buat masa ini.

Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku selepas ini.

Bawa bersabar didalam menangani masaalah masaalah yang timbul dan lebihkan fikir dan zikir dari melatah mengikut nafsu dan terlibat dengan adu domba serta kata mengata.

Tak elok untuk kita semua.

Dosa dosa kita yang sedia ada pun tak tertanggung ; sanggupkah kita menambah beban di pundak kepala masing masing?

Bawa bertenang sebagai umat Islam dan pertimbangkan kebenaran sesuatu perkara sebelum berkata apa apa, Insya Allah.

Nak meruntuhkan perpaduan ummah tu senang saja ; nak membina ukhuwwah Islamiyyah tu yang agak payah.

Fikir fikir lah kata kata saya ini wahai saudara saudariku yang tercinta. :)

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membimbing kita semua, Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

* Blogger Neutral Daily baru saja menelefon saya menyatakan bahawa mereka tidak mewakili GOMO semasa datang ke majlis dailog tersebut. Mereka mendapat tahu tentang jemputan saya itu melalui GOMO dan teringin untuk bersama dengan saya serta jemputan yang lain. Harap maklum.

** Untuk membaca satu pandangan bernas yang membincangkan implikasi lafaz taklik secara paksa ke atas calon calon pilihanraya PAS sila layari laman blog Cekati Tembaga disini.
Post a Comment