Monday, October 05, 2009
'Selamat Pengantin Baru' kepada Hafidah & Faiz!
Mahaguru58 hadir ke majlis perkahwinan cucu Pak Busu Salamudin, Hafidah binti Umar yang selamat dinikahkan kepada Mohamed Faiz bin Mohamed Mustafar di Taman Saujana Damai di 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan pada hari Sabtu 3hb Oktober ini yang juga ulangtahun ke 51 tarikh kelahiran saya!
Sempena meraikan kedua mempelai, makanya kami yang hadir turut menyumbangkan beberapa lagu untuk menceriakan suasana.
Sesi karaoke spontan!
Saya ni yang terkenal dengan sikap senantiasa 'skema' secara terpaksa kena juga jadi 'biduan terjun' dengan menyampaikan lagu 'Gambus Jodoh' untuk kedua pengantin.
Keluarga mertua saya memang 'sporting giler' dan abang abang ipar saya turut menyanyikan lagu menghibur para hadirin.
Terkilan dihati Mamu tak adanya orang berani nak datang bagi bunga kat aku!
Janggut putih ampunya pasal le.....hehehehe..
Selamat Pengantin Baru Hafidah & Faiz!
Semoga berkekalan jodoh dan bahagia selamanya.
Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 responses to this article:
Post a Comment