Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 27, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!"

Alhamdulillah!

Saya dapat menunaikan kewajipan berkorban tahun ini di kampong isteri saya di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Memang lain suasana berkorban dikampong berbanding dibandar.

Dengan kemudahan berkorban lembu di tanah sendiri beserta ahli keluarga dan sanak saudara.

Tak payah nak pening kepala meminta izin tuantanah sebab dah memang tanah keluarga.

Susah hendak berkorban dibandar. Hanya ditanah milik masjid sahaja boleh nak berkorban ini. Itupun hanya sesetengah masjid sahaja. Kat Kuantan ni memang meriah. Setiap tahun kami berkorban dikampong. Tak sama suasana berkorban ditempat lain.

Kepada sekelian umat Islam, saya sekeluarga mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha!'

Semoga pengorbanan kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Berkorban ini adalah simbol kecintaan kita kepada Allah Azza Wa Jalla yang memerintahkan Nabi Allah Ibrahim Alaihis Salam mengorbankan putera sulung kesayangan baginda, Nabi Allah Ismail Alaihis Salam.

Kita berkorban kasih sayang, harta benda, penat lelah dan kekadang kebahagiaan kita sendiri untuk anak anak dan kaum keluarga.

Ada yang mengenang budi dan pengorbanan kita sementara kita masih sedang hidup didunia ini. Kekadang ada juga yang tak sedar diri di untung dan tidak mengambil perhatian akan pengorbanan seseorang itu.

Biarlah! Insya Allah akan sampai satu detik dan ketika dimana pengorbanan kita itu akan disedari oleh mereka. Kita berbudi tidak mengharapkan pembalasan. Ikhlas fisabilillah!

Semoga di hari Raya Aidil Adha ini, kita berkorban dengan ikhlas demi menyahut seruan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Insya Allah di Yaum al Mahsyar nanti, kita kan diberi kemudahan yang dijanjikan Ar Rahman Ar Rahim, Sang Maha Pencipta kita sekelian.

Amin.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!"

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment