Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, November 04, 2009

Tanda Hampir Kiamat Bahagian 2 ~ Kejahilan agama, arak, zina, dsbnya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Merujuk kepada artikel saya berkenaan tanda tanda hampir Kiamat, maka saya teruskan penulisan saya dengan merujuk kepada tanda # 2 hampir Kiamat yang dinyatakan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam :

2. Zina berleluasa."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -
Hadith riwayat Sahih Muslim


عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( إن من أشراط الساعة: أن يرفع العلم ويثبت الجهل ويشرب الخمر ويظهر الزنا )) رواه البخاري
كتاب العلم
Diriwayatkan dari Anas Radhiallahu Anha bahawasanya Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda:

" Diantara tanda tanda hampir Kiamat adalah bilamana :
  1. Pengetahuan Agama (Islam) akan beransur hilang (dengan kematian alim ulama)
  2. Kejahilan (Agama) akan terserlah ( dengan manusia hidup tanpa panduan)
  3. Arak akan diminum secara berleluasa ( dianggap biasa)
  4. Zina akan dilakukan secara terbuka dan berleluasa!
Hadith terkumpul didalam Sahih Al Bukhari.

Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Kita semua tahu bahawa dizaman ini, kebanyakan umat Islam didalam negara kita ini boleh dikatakan tidak berapa mantap didalam bab pengetahuan Ad Deenul Islam.

Cuba kita merenung sejenak bab kekurangan atau kejahilan tentang kefahaman agama umat Islam di Malaysia.

Kejahilan Agama.

Setiap kali saya menghadirkan diri ke masjid, akan saya bersua ramai umat Islam yang memang ketara kejahilan mereka tentang adab dan cara cara membawa diri didalam masjid.

Sebagai contoh. Pertama .Bab merokok.

Masih ramai dikalangan umat Islam kita yang jahil bab rokok ini. Walau diri sudah tua, dan sudah sepatutnya lebih tahu akan kemudaratan yang boleh menimpa diri akibat merokok, masih ramai umat Islam secara semberono terus menghisap dan menghembuskan asap rokok berdebus debus dikawasan masjid.

Merokok itu adalah suatu perbuatan sia sia yang menjurus kepada mendatangkan kerosakan pada tubuh badan kita dan boleh di simpulkan sebagai membunuh diri secara beransur ansur.

Dosa merosakkan kesihatan ini memang tidak nampak dek mata kasar tetapi akan dipersoalkan kelak di Yaum al Akhirat.

Manusia akhir zaman ini boleh dikatakan sebagai angkuh dan sombong bodoh tahap terlampau. Nak dinasihat, mereka akan memberontak dan marah terhadap sesiapa sahaja yang cuba menyelamatkan mereka dari menanggung akibat merokok yang di antara nya boleh membawa kepada menderita barah paru paru, barah kerongkong, barah mulut, dan sebagainya.

Ramai akan berkata buat apa kita nak susah susah fikirkan tentang golongan degil tahap gaban begitu?

Saya cuma ingin bertanya balik.

Apakah golongan itu bukan sesama Islam dengan kita?

Bukankah kita dianjurkan Nabi untuk bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu mencegah kemungkaran?

Nasihat supaya berhenti merokok ini merupakan perkara kebajikan le. Setakat nak nasihat tak ada susahnya. Samada yang dinasihati itu hendak ikut ke tidak terpulang kepada dirinya tetapi sekurang kurangnya kita ini dah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita terhadap sesama ummah.

Kedua. Bab Ilmu Solat.

Ramai dikalangan mereka yang hadir ke masjid untuk solat berjamaah terutamanya semasa Solat Jumaat gagal mengikuti adab dan resam hadir berjamaah.

Semasa khatib sedang berkhutbah, ramai yang masih duduk melepak diluar ruang solat, berbual bual sesama mereka tanpa menghiraukan khutbah yang sedang disampaikan.

Apa ertinya hadir di masjid pada waktu solat Jumaat tetapi tidak menghayati isi khutbah yang dibaca atau disampaikan oleh khatib atau imam?

Bagaikan pergi hadirkan diri di majlis kenduri tetapi tidak bersama sama makan hidangan yang disajikan.

Orang lain mendapat faedah, kenyang perut bersama sama menikmati jamuan yang disediakan tetapi kawan ni yang dok sembang tak henti berkeroncong perut kemasukan angin sebab tak turut serta merasakan hidangan tersedia.

Masuk angin ; keluar asap!

Kemudian ada pula yang solat ikut suka hati tanpa memastikan solatnya itu memenuhi tuntutan rukun solat.

Ada yang solat ekspres bagaikan burung belatuk tanpa ada tuqmaninah atau penghayatan rukun rukun solat. Ini termasuk yang tua mua dan berjanggut berserban tetapi cuai didalam cara bersolat yang langsung tak ikut cara solat Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kekadang jika mereka solat disebelah saya, akan saya tahan mereka dari bingkas bangun sesudah beri salam dan jika ada yang sanggup menunggu, maka akan saya nasihati secara berhemah agar mereka tidak kecil hati dan tidak mengulangi kesilapan begitu seterusnya.

Nak kena cermat menegur dan membimbing yang tua mua ini. Sensitif gila. Mengalahkan dedaun semalu. :)

Alah bisa tegal biasa. Perkara membimbing golongan dewasa ini nak kena belajar cara caranya. Silap teknik akan mencetuskan pertelingkahan. Maka hendak lah berhati hati.

Ketiga. Bab Salam.

Tuan tuan yang selalu ke masjid menunaikan Solat Berjamaah dan Solat Jumaat mesti pernah melihat bagaimana kebanyakan umat Islam sekarang akan bingkas bangun bergegas meninggalkan masjid sebaik sahaja selesai memberi salam didalam solat.

Tak adanya hendak tunggu berzikir dan berdoa secara berjamaah. Saya selalu nampak perkara ini berlaku di mana mana sahaja masjid yang saya singgah solat di semenanjung ini.

Sama sahaja.

Baik di Pantai Timur mahupun di Pantai Barat.

Kebanyakan nya kelam kabut nak pergi keluar dari masjid seolah dah nak terkucil ke apa?

Kenapa sampai begini sekali?

Tak belajar agama ke mereka ini? Yang berjanggut, berserban, tua kedi pun sama sahaja kes nya , berebut nak balik. Raplah jingga betul!

Perkara ini tak ada pula pihak Jabatan Agama nak ambil peduli?

Mereka lebih rajin nak teropong buntut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. :P

Ummah yang jahil dibiar merewang ikut suka mereka tetapi si pendakwah dan pengajar agama mahu ditangkap dan dipenjara!

Memang dunia sudah hampir kiamat!

Kononnya Dr Asri tak ada tauliah mengajar agama. Kawan tu bekas mufti tak bertauliah konon?

Yang punya tauliah bertimbun kat pejabat dok nganga perhabis masa mentekedarah gaji percuma tak didik dan bimbing ummah tak ada lah pulak puak penguatkuasa gi katoq kepala?

Hisshhh....dah tersasar tajuk cerita....hehehehehe..

Berbalik semula kepada topik perbincangan.
Bab salam.

Perasan tak tuan tuan bahawa kebanyakan jamaah tidak bersalam salaman dengan orang orang lain yang mereka tidak kenal?

Setakat salam jamaah yang dok ada di kiri dan kanan mereka sahaja dan kemudian cara salam itu pun tak menepati cara yang di anjurkan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam!

Salam tangan dihulur tetapi pandangnya ke lain atau sekilas pandang je dan tak genggam dengan sempurna.

Macam cara kebanyakan pembesar negeri dan negara bersalam. Salam hujung hujung jari sahaja dan tidak ikhlas.

Maaf. Ini perkara yang saya selalu nampak dan selalu saya tegor dan betulkan.

Saya takkan lepas tangan mereka yang bersalam dengan saya sehingga mereka kehairanan dan kembali memandang saya.

Saya kan menyuruh mereka senyum dan memandang mata baru saya lepaskan! Saya peringatkan kepada mereka bahawa itu cara Nabi Muhammad bersalam dan selepas mereka setuju dan senyum, baru saya lepaskan dan mencari yang lain untuk disalam.

Bukan nak tunjuk terrer, tetapi sekadar nak amalkan amal ibadah termudah ajaran Rasulullah, Sayyidul Mursalin.

Bab Arak

Perkara meminum arak dikalangan mereka yang kononnya beragama Islam di Malaysia memang sudah lumrah kita dengar tetapi tak ada penguatkuasaan secara tegas oleh penguasa agama negeri dan negara!

Saya ada menulis tentang satu peristiwa dimana para pekerja Melayu 'Muslim' dengan selamba je menghidangkan arak jenis wain kepada para penonton satu pertunjukan fesyen Salabianca di tengah tengah medan 'concourse' Suria KLCC malah saya sempat rakam 'bartender' Melayu itu meneguk wain secara terbuka disini.

Ini video yang saya sempat rakam dan muatnaik ke Youtube.


Ramai yang menulis komen menyatakan kesedihan mereka akan gejala arak berleluasa didalam negara kita. Malah ada seorang blogger berbangsa India yang menulis menyatakan :

"for your info, most disco in KL full with Malays like in Bangsar, and DV8 ( sabash club),PJ. i was working there (DV8)for 1 month and resign because cannot stand cigarette smell. in that 1 month i see Malays ( girls and boys) simply drink liquor ( stout is most Malays favourite), kissing,breast sucking in front of many. not only normal Malays, there are a lot of celebrities, police personnel and government officers there."

Sedangkan rakyat Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu pun tidak sanggup kerja lama lama di tempat sebegitu, macamana lah pulak masih ramai orang orang Melayu yang kononnya beragama Islam sanggup menjadi pelayan bar dan terlibat didalam industri arak didalam negara ini?

Saya teringat kes Dato Dr Hassan Ali, Exco Agama Kerajaan Selangor sekarang yang di asak dan dikacau ganggu gugat oleh sebegitu banyak pihak hanya kerana beliau memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk menangkap mana mana umat Islam di dalam Selangor yang meminum arak secara terbuka!

Hebat sekali kecaman dan maki hamun yang Dato Dr Hassan Hj Ali terima dari pihak DAP dan mereka yang sewaktu dengan parti kaffir tegar ini.

Saya selalu menerima emel kiriman pembaca blog saya yang memaklumkan saya akan adanya pihak anak anak pembesar Melayu yang kaki togok arak secara tegar didalam majlis majlis keramaian mereka.

Kita tidak perlu susah susah sangat hendak mencari bukti untuk mengaitkan kesalahan meminum arak secara tegar oleh mereka yang berlabel Islam ini.

Saya persilakan tuan puan menaip 'pesta arak melayu' didalam enjin pencarian Google di pc tuan puan sekarang.

Apa yang akan keluar?

Berderet deret laman web berkaitan akan terpampang dengan jelas di skrin komputer anda.

Klik pula kepada 'images'.

Lihat apa yang keluar?

























Pembesar negara turut tidak sunyi dari menjadi kaki 'yam seng' dan kini dimahsyurkan menjadi Pengerusi IKIM. Institut Kefahaman Islam Malaysia.








































Peribahasa lama 'Guru kencing berdiri ; murid kencing berlari!'

Macamana lah anak anak muda dan juga yang dah tua kerepot Melayu tidak tunggang arak macam ini?


































Kepimpinan melalui tauladan?

Memang sudah layak lah negara kita ini ditimpa segala mala petaka yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah menjanjikan didalam Al Quranul Karim!

219. Yas-aloonaka AAani alkhamri waalmaysiri qul feehima ithmun kabeerun wamanafiAAu lilnnasi wa-ithmuhuma akbaru min nafAAihima wayas-aloonaka matha yunfiqoona quli alAAafwa kathalika yubayyinu Allahu lakumu al-ayati laAAallakum tatafakkaroona

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Surah Al Baqarah Ayat 219.

Tidak ada manusia yang tidak berdosa di atas muka bumi ini. Setiap dari kita tidak sunyi dari tersalah dan tersilap.

Namun kenyataan sebegini tidak mengharuskan kita untuk berlepas tangan begitu sahaja tanpa berusaha untuk mencari keampunan Allah dan berusaha memulihkan diri dari noda dan dosa.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun maka bertaubatlah kita kepadaNya!

Biar dosa dosa yang telah kita lakukan itu memenuhi tujuh petala langit dan bumi namun seandainya kita benar benar ikhlas mahu bertaubat, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berjanji untuk mengampuni segala dosa dosa kita melainkan dosa Syirik terhadap Nya!

53. Qul ya AAibadiya allatheena asrafoo AAala anfusihim la taqnatoo min rahmati Allahi inna Allaha yaghfiru alththunooba jameeAAan innahu huwa alghafooru alrraheemu

[53]Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

53. Say: "O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah. for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful.


54. Waaneeboo ila rabbikum waaslimoo lahu min qabli an ya/tiyakumu alAAathabu thumma la tunsaroona

[54]"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

54. "Turn ye to our Lord (in repentance) and bow to His (Will), before the Penalty comes on you: after that ye shall not be helped.

Surah Az Zumar ayat 53 dan 54.

Sesungguhnya, kita ini, umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, Khataman Nabiyyi adalah ummah yang diberikan nikmat terbesar didalam sejarah peradaban manusia iaitu dengan adanya panduan dari Kitab Suci Al Quranul Karim sebagai panduan kita yang terutama dan dibantu dengan segala Hadis hadis Sahih Rasulullah untuk dirujuk dan dikaji serta di turuti.

Namun, tidak seberapa ramai dikalangan kita yang mahu mentaati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kenapa sampai jadi begini?

Apa yang ada sangat pada diri kita ini untuk sombong dan bongkak didalam menjalani kehidupan duniawi ini?

Hidup diantara 5 waktu.

Berapa ramai kah di antara kita yang sedar bahawasanya kita ini hidup di antara 5 waktu?

Kita sempat solat Subuh ; belum tentu kita kan hidup sampai ke Zohor!

Kita sempat settle Zohor ; belum tentu kita hidup sampai ke Asar!

Kita selamat solat Asar ; belum tentu kita hidup sampai ke Maghrib!

Kita dapat settle Maghrib ; belum tentu kita kan sempat hidup sampai ke `Isya!

Kita dapat nikmat solat `Isya ; tak ada jaminan kita kan sempat hidup sampai ke Subuh esok!!!

Ini realiti kehidupan kita, namun kat luar sana bergejolak dengan seribu satu macam pertelingkahan manusia.

Ramai bloggers yang rajin mengadu domba, menabur fitnah, memaki hamun sesama ummah tanpa sedar bahawa diri itu sentiasa di pantau Malaikat Izrail Alaihis Salam 70 kali didalam sehari!

Sembang politik bagai nak rak tanpa sedar bahawa bila bila masa nyawa kita akan direntap dari jasad kita tanpa ada sebarang 'advance warning'!

Ego macam nak rak padahal segalanya yang ada pada kita hanya pinjaman dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata mata!

Bawa bawa berfikir tentang ini semua wahai Ikhwanul Muslimin na wal Mukminat.

Bab penamat artikel kali ini. Zina berleluasa.

Bab ini memang sudah sampai ke tahap darurat.

Dimana mana sahaja didalam negara kita sudah tercemar dengan kelakuan zina yang kini menular sampai ke ceruk rantau dan kampong kampong terpencil sekali.

Saya pernah menulis tentang perkara zina ini disini dan disini.

Perkara nafsu ini memang dari zaman dahulu lagi menjadi titik tolak keruntuhan peradaban manusia tetapi lebih menular di zaman sekarang angkara ramai umat Islam kita yang terpengaruh dengan budaya hedonisma yang di terajui barat.

Kekurangan ilmu agama di tambah dengan liberalisma peradaban manusia di zaman moden ini bagaikan api didalam sekam memakan sedikit demi sedikit nilai nilai murni semulajadi yang terdapat pada bangsa dan kaum Melayu Muslim di Malaysia.

Kes kes rogol dan sumbang mahram paling tinggi di kalangan Melayu yang kurang didikan agama.

Keadaan ini dirumitkan lagi bilamana ada yang alim di kalangan orang orang Melayu mengambil kesempatan dengan berkelakuan bagai 'harapkan pagar ; pagar memakan padi'!

Kelesuan pihak berkuasa agama membanteras peringkat permulaan gejala ini berhubung kait dengan kekangan pihak atasan ke atas mereka menguatkuasakan segala peruntukan undang undang yang sedia ada membuatkan mereka mengambil sikap tidak peduli sehinggalah keadaan menjadi terlalu terok baru mereka hendak melakukan sesuatu.

Namun selalunya ia seperti kes 'nasi sudah menjadi bubur'.

Apa yang saya selaku seorang penulis blog dan aktivis agama harapkan adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran agama dikalangan pembaca blog saya dan selanjutnya melalui rangkaian bloggers yang sama sefikrah dengan saya.

Mencegah itu lebih baik dari mengubat.

Seandainya ada dikalangan umat Islam di Malaysia yang sempat menyelamatkan diri dari jatuh ke kancah maksiat dan kemungkaran setelah membaca peringatan sebegini, maka berbaloilah usaha hamba menulis demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Renungilah sabda Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam ini:

"Katakanlah kebenaran walau ianya pahit!"

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment