Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 07, 2009

Wajibkah berzikir dan berdoa secara berjamaah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya menerima soalan dari pengunjung ke blog saya ini bertanya :Blogger fly said...

MG58 tulis:Tak adanya hendak tunggu berzikir dan berdoa secara berjamaah.- apakah dimestikan berzikir dan berdoa secara jamaah?apakah menjadi satu kesalahan tidak berzikir dan berdoa selepas solat?

Friday, 06 November, 2009

Didalam kitab Hadith Sahih Al Bukhari, Mukasurat 258, Bahagian Sifat Sifat Solat, Bab 43, Hadis # 479, diriwayatkan oleh Abu Huraira (Radhiallahu Anhu) bahawa :

'Beberapa orang miskin datang kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan mengadu hal kepada baginda, "Orang orang kaya akan mendapat pahala yang lebih dan nikmat kekal di akhirat. Mereka bersolat dan berpuasa sama seperti kami. Mereka memiliki wang yang banyak membolehkan mereka mengerjakan Haji dan Umrah, berperang dan bermujahadah di jalan Allah dan menghulurkan sedekah!"
Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : "Mahukah kamu mendengar akan satu amalan yang jika kamu lakukan pasti setanding dengan mereka?

Tiada sesiapa akan dapat menandingi kamu dan kedudukan kamu akan lebih baik dari mereka yang sekeliling kamu dan setara dengan barangsiapa yang melakukan perkara yang sama.

Sebutlah (Berdzikirlah ) Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar 33 kali selepas setiap solat ( fardhu)".

Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saudara saudari sekelian.

Sesungguhnya didalam ajaran ajaran Islam terdapat banyak perkara yang jika kita lakukan secara individu atau berjamaah, manfaatnya berbeza dari segi ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Saya percaya bahawa anda semua tahu tentang perbezaan ganjaran solat sendirian dan solat berjamaah?

“Dan demikian lagi setengah daripada orang yang memeliharakan akan sembahyang dan mendirikan baginya, ia mengekalkan dan menyungguhkan atas mengerjakan dia dengan berjamaah, kerana bahawasanya orang yang sembahyang berjamaah itu lebih atas sembahyang seorang dirinya dengan dua puluh tujuh darjat." [Hadis riwayat Al-Bukhari: No. 645]

Keutamaan berzikir dan berdoa secara berjamaah sudah tentu mendapat lebih ganjaran dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan merapatkan talian silaturrahim diantara satu sama lain serta menambahkan perpaduan 'esprit de corps' sesama Muslim.

Semangat setiakawan.

Zikir dan doa itu merupakan pelengkap kepada amalan solat kita.

Bilamana ianya dilakukan secara berjamaah, secara tak langsung ianya membuahkan hasil didalam merapatkan hubungan sesama kita dan membuatkan kita rasa kasih dan sayang terhadap saudara seagama tanpa mengambil kira akan pangkat, kedudukan, ras atau warna kulit masing masing.

Soalan fly samada ianya wajib?

Bagi pendapat saya, amalan berzikir dan berdoa menuruti tuntutan hukum solat berjamaah seperti berikut:

Sabda Rasulullah saw: “Seberat-berat solat ke atas para munafiqin ialah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.

Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan solat berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa orang yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka”
. [HR Bukhari No. 644. & Muslim No. 651 dari Abu Hurairah]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah wajib ke atas setiap orang (fardhu ain) lelaki yang mampu. Sekiranya solat jamaah adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakarnya.

ii. Ibnu Ummi Maktum berkata: "Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah?

Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Saudara fly,

Berzikir dan berdoa itu adalah amalan ibadat yang menyempurnakan ibadah solat kita.

Umpama kita hadir ke suatu majlis kenduri dimana telah disediakan kepada kita pelbagai juadah yang lazat lazat serta minuman yang amat menyihatkan.

Kita hadir memaklumkan diri kepada tuan rumah dan tuan rumah suka menerima kehadiran kita. Sebaik sahaja kita selesai bersalam dengan tuan rumah, kita berbalik dan pergi membawa diri tanpa menjamah barang sesuap juadah yang dihidangkan.

Tetamu lain mendapat nikmat dari hidangan juadah lazat yang disediakan tuan rumah tetapi kita yang sombong tak kena tempat, pulang dengan berkeroncong isi perut masuk angin, keluar asap.

Pahala solat berjamaah, Insya Allah dapat tetapi sebab terlalu sibuk nak keluar dari masjid kita kerugian tidak merebut peluang bonus pahala pahala dan maghfirah @ keampunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang disediakan untuk mereka yang sabar duduk berzikir membesarkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan berselawat memuliakan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Zikir kepada Allah swt serta selawat ke atas Baginda Rasulullah saw seharusnya mendatangkan keinsafan, membina keimanan, memurnikan kerohanian dan mencantikkan perwatakan Muslim.

Berzikir tidak mempunyai tempat dan masa yang tertentu, walaupun umumnya terdapat kelebihan pada sebahagian tempat di dalam Islam seperti masjid, atau masa, seperti hari Jumaat.

Berzikir juga boleh dilakukan bersendiri atau di dalam satu kumpulan. Ini seperti yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah saw di dalam hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam At-Tirmidhi dan lain-lain perawi hadis seperti yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi pada bab 'Kelebihan Berkumpulan Untuk Berzikir' dalam kitabnya Riyadh As-Salihin.

Sunnah Baginda Rasulullah saw menunjukkan bahawa amalan berzikir secara berkumpulan tidak dilarang, selagi mana adab-adabnya terjaga dan tujuannya mengikut panduan syariat, maka ianya adalah satu amalan yang sangat sangat di anjurkan.

Tidak dipaksa ke atas kita tetapi hasil dari berzikir dan berdoa dengan cara berjamaah amat banyak manfaatnya.

Terpulang kepada kita samada nak merebut pahala sementara masih hidup atau mengambil risiko menghadap Allah dengan amal ibadat yang lebih kurang sahaja?

Jangan menyesal dikemudian hari bila ummah yang lain berseri seri wajah mereka di Padang Mahsyar tetapi kita raplah jingga sebab sombong tak kena tempat semasa hayat kita didunia ini.

Nak berebut rebut keluar dari masjid untuk buat apa?

Sekiranya dah sampai ajal kita, tak terawal barang sesaat ; tak terlewat barang sedetik, nyawa kita akan dicabut dek Malaikatul Maut Sayyidina Izra'il Alaihis Salam tak kiralah kita ada 'appointment' dengan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekali pun!

Baginda Tuanku sendiri akan kembali menghadap Rabbul Alamin bilamana sampai saat dan ketika bagi diri tuanku sendiri. Insya Allah!

Fikir fikir lah wahai saudaraku. Bawa bertenang didalam beribadah dan hayati akan maksud dan tujuan kita beribadah sepertimana di perintah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan di tuntut oleh Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!

Semoga dapat menjawab kemusykilan saudara fly dan mereka yang ingin tahu perkara yang sama?

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment