Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 10, 2009

YB Zulkifli bin Noordin's Media Statement. 10th November 2009.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

As a friend of YB Zulkifli Noordin, the Member of Parliament for Kulim Bandar Baharu, I hereby republish his media statement emailed to me just now :

ZULKIFLI BIN NOORDIN

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Kamar Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur

Tel: 03-26936190 Fax: 03-26936255 Email: aduan4kulim @ yahoo.com Web: zul4kulim.blogspot.com


KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT

Selasa: 22 Zulqaedah 1430 / 10 Nov 2009

I refer to the statement issued by YB Sivarasa Rasiah that appeared on the STAR today 10.11.2009 at page N. 17. He was quoted as saying “PKR leader DSAI’s warning to party members to leave and join UMNO is aimed at people like Zulkifli Noordin, whose actions are not in line with party policies”.


I wish to state that is YB Siva’s own interpretation of DSAI’s statement. It was clear from the meeting called by DSAI yesterday afternoon at his office attended by MPs from PKR that the main issue discussed was the new party’s strategy to launch an attack on the Prime Minister.


The issue of toeing the party line was mentioned in passing, and at no time did DSAI mention it was meant to me.


In fact, DSAI was happy that I remain the only MP from Pakatan that is consistent in raising matters of importance to the Muslim and Malays.


DSAI even went to the extent that it is important to also champion the rights and privileges of the Muslim and the Malays, while not forgetting the rights of Christians, Hindus, Buddhist, Chinese, Indians and the rest.


The only caution he raised, even then generally, is for any MPs to inform the party whip and DSAI himself on any motion or private member bill he or she wished to submit to Parliament.


At no time did DSAI said anything about me going against the party policy!


I want to ask YB Siva and the likes of him, what does he meant when he said toeing the party policy?


Whose policy is he talking about?


His policy?


Is defending the right of Islam and the Muslims against the policy of PKR?


It was precisely for refusing to toe the party line (i.e UMNO) that DSAI was incarcerated and imprisoned for 6 years in 1998.


It was precisely his fight and struggle for freedom of speech and the basic right to air one’s views that Reformasi was launched.


That is the fundamental difference between the Pakatan and BN.


The hallmark of Pakatan was premised on the platform of these basic human rights.


Islam and the Muslims also have their rights to be protected and fought for.


All that I have defended and fought for are the rights of Islam and the Muslims.


Is that a sin in PKR?


Does human rights mean only rights of others, and Muslims has no say at all but to take everything hands down?


It is a sad day for democracy and human rights if people like YB Siva are allowed to dictate what democracy and human rights are; that democracy and human rights meant only when they say it is democracy and human right.


And if defending and upholding the rights of Muslims are not in the realm of PKR's human rights and democracy, then I think that is the death sentence to democracy and human rights in Malaysia.


My strong advise to YB Siva and the like of him, “what is good for the goose is a sauce for the gander”.


I would again reiterate what I have been consistently saying; defending and upholding Islam and the right of the Muslims is something very dear to me.


I may not be the best Muslim, but I will give my very best in defending and upholding Islam and the right of the Muslims.


I am a Muslim first, and an MP second.


I am a Muslim first, a party member second.


When the day comes that I have to make a choice between Islam and the party, I would not hesitate a second blink to choose Islam.


And my challenge to YB Siva, I dare you to step down within 24 hours as Vice President and we contest one to one.


Let the PKR members decide whether defending and upholding Islam and the Muslim rights is or is not the party policy?


If I lose then I am more than willing to leave PKR, for a party that does not defend and uphold Islam and the Muslims rights is not the party that I should be associated with.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

22 Zulqaedah 1430

10 November 2009

*****************************************************************

ZULKIFLI BIN NOORDIN

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Kamar Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur

Tel: 03-26936190 Fax: 03-26936255 Email: aduan4kulim @ yahoo.com Web: zul4kulim.blogspot.com


KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT

Selasa: 22 Zulqaedah 1430 / 10 Nov 2009


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasiah yang disiarkan dalam akhbar The STAR dimukasurat N. 17.


Beliau dipetik sebagai berkata “amaran Ketua Umum PKR kepada ahli PKR supaya keluar daripada PKR dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang saperti Zulkifli Noordin, dimana tindak tanduknya tidak selaras dengan dasar parti”.


Saya ingin menegaskan bahawa itu adalah tafsiran YB Siva sendiri kepada kenyataan DSAI.


Adalah jelas daripada mesyuarat yang dipanggil oleh DSAI semalam dipejabatnya yang dihadiri oleh AP PKR bahawa isu utama yang dibincangkan adalah startegi baru PKR untuk melancarkan serangan terhadap YAB Perdana Menteri.


Isu kepatuhan kepada dasar parti hanya disebut secara sampingan dan tiada pada bila-bila masa DSAI menyebut ianya dituju kepada saya.


Malahan, DSAI melahirkan rasa bangga bahawa saya satu-satunya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang istiqomah didalam membawa isu yang menjadi kepentingan Muslim dan dan orang Melayu.


Malah, DSAI menegaskan bahawa adalah juga sangat penting untuk Pakatan menjuarai hak dan keistimewaan Muslim dan orang Melayu, tanpa melupakan hak penganut Kristian, Hindu, Buddha, kaum Cina, India dan lain-lain.


DSAI hanya menyentuh satu isu, itu pun secara umum, iaitu mana-mana AP hendaklah memaklumkan kepada Ketua Whip dan beliau sendiri jika hendak memfailkan apa-apa cadangan pindaan rang undang-undang persendirian dan usul ke Parlimen.


DSAI tiada pada bila-bila masa menyebut bahawa saya melanggar apa-apa polisi parti.


Saya ingin bertanya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, apa yang beliau maksudkan dengan mematuhi polisi parti?


Polisi siapa yang beliau maksudkan?


Polisi beliau?


Apakah membela dan memperjuangkan hak Islam dan orang Muslim bertentangan dengan dasar PKR?


DSAI sendiri dihukum dan dipenjarakan selama 6 tahun kerana enggan akur kepada kehendak parti (UMNO masa itu).


Kerana perjuangan dan jihad beliau untuk menobatkan kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dan hak untuk menyatakan pendapatlah maka gerakan Reformasi dilancarkan.


Itulah perbezaan fundamental diantara Pakatan Rakyat dan BN.


Premis perjuangan Pakatan Rakyat tertegak diatas hak asasi kemanusiaan ini.


Islam dan Muslim juga mempunyai hak yang perlu dipertahan dan diperjuangkan.


Apa yang telah saya pertahan dan perjuangkan adalah hak Islam dan Muslim.


Apakah ianya satu dosa bagi PKR?


Apakah hak asasi kemanusiaan hanya bermaksud hak orang lain, dan Islam serta Muslim tiada hak langsung tetapi mesti akur dan patuh kepada hak orang lain?!


Ianya adalah satu tragedi bagi demokrasi dan hak asasi kemanusiaan jika orang semacam YB Siva diberi ruang untuk menggariskan apa itu demokrasi dan hak asasi kemanusiaan; bahawa demokrasi dan hak asasi kemanusiaan hanya menjadi demokrasi dan hak asasi jika mereka mengesahkannya.


Dan jika membela dan mempertahankan Islam dan Muslim tidak termasuk dalam ruang lingkup demokrasi dan hak asasi kemanusiaan dalam PKR, maka saya berpendapat itu adalah hukuman bunuh kepada demokrasi dan hak asasi kemanusiaan di Malaysia.


Nasihat saya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, “apa yang baik untuk kamu tidak semestinya baik bagi orang lain”.


Saya ingin menegaskan apa yang saya telah sebut secara konsisten dan istiqomah; mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya.


Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk Islam.


Saya adalah Muslim dahulu, Ahli Parlimen kedua.


Saya adalah Muslim dahulu, ahli parti kedua.


Apabila tiba harinya saya terpaksa memilih diantara Islam dan parti, saya tanpa sedikit keraguan pun akan pasti memilih Islam.


Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagai Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu.


Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak.


Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

22 Zulqaedah 1430

10 November 2009

Post a Comment