Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 17, 2009

Dairi YB - Semoga YB YB BN bertaubat dan kembali bertugas!



Assalamualaikum YB!

Saya tujukan lagu nyanyian ND Lala ini khas kepada semua YB BN yang ponteng tak hadir ke Dewan Rakyat tempohari dengan ucapan panjang sejela :

' Semoga YB YB BN bertaubat nasuha dan jaga amanah rakyat! Sedar diri bahawa YB semua diundi untuk mewakili rakyat bukan lepak kat coffee house, melingkar kat padang golf atau sibuk nak ngejar artis yang gebu untuk jadikan bini nombor 2!

Saya juga ingin menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat yang mengundi YB dengan peringatan bahawa sekiranya YB YB BN masih dok pikir bahawa PRU akan datang, kedudukan YB YB adalah selamat supaya nampar dahi YB masing masing dan cubit mana mana tempat yang boleh membawa kesedaran pada diri YB bahawa tuan puan hanya di undi di atas ehsan rakyat dan bukannya ada ketetapan bahawa YB akan terus di tatang bagaikan menatang minyak yang penuh!

YB BN perlu sedar bahawa puak pakatan dok atur strategi agenda politik mereka siang, malam, pagi dan petang untuk menelungkupkan Kerajaan BN dibawah pimpinan Si Bibir Merah yang senantiasa sibuk ke hulu ke hilior merasmikan itu ini tetapi terlupa bahawa Kerajaan YB Pekan hampir kena cantas dari mendapat Bajet Kewangan 2010 angkara YB YB BN semua dok seronok menyibukkan diri dengan benda dan keroja lain!

Kami tak rela di perintah kaffir harbi tetapi di waktu yang sama kami tak puas hati dengan sikap YB YB BN dok memonteng tugas sebagai wakil rakyat!

Sedar diri lah YB BN semua dan hayati sedalam dalamnya maksud lirik lagu diatas ini!

Sekian terimakasih.

Wassalamualaikum YB!
Post a Comment