Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 12, 2009

Kg Bt Putih, Kampar, Perak tiada bekalan air paip sejak Merdeka?



Agak menghairankan bahawa masih ada kampong di dalam negara ini yang belum ada bekalan air paip bersih untuk digunapakai penduduk miskin yang juga rakyat negara Malaysia ini?

Kampong yang saya maksudkan adalah Kg.Batu Putih di Daerah Kampar, Perak.

Saya menemui kes ini ketika melayari blog BMahendran secara kebetulan selepas memeriksa senarai pelawat yang singgah di blog saya hari ini.

Kenapa sampai begini sekali ketidakprihatinan manusia manusia yang di lantik menjadi Wakil Rakyat dan ADUN kawasan ini sejak zaman berzaman?

Apakah segala wakil rakyat yang memegang kuasa mewakili kawasan kampong ini buta hati dan mata?

Baik yang di zaman pemerintahan BN mahupun Pakatan Rakyat yang kini menjadi wakil kawasan?

Kalau tak salah saya Wakil Rakyat terlantik disana adalah YB Keshwinder Singh a/l Kashmir Singh (DAP) dimana kampong ini termasuk didalam kawasan perwakilannya?

Y.B. Encik Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh
(DAP/Malim Nawar)

Saya berharap
agar YB Dato Ramly bin Zahari, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Tenaga dan Air (BN Perak) akan sudi membantu penduduk rakyat Kg Batu Putih yang sedang susah dengan tidak dapat merasai nikmat bekalan air bersih sejak sekian lama ini.


Y.B. Dato’ Ramly bin Zahari
Pengerusi,
Jawatankuasa Infrasuktur,Kemudahan Awam,Tenaga dan Air
(Barisan Nasional/Manong)

Tak ada maknanya memegang kuasa pemerintahan sesebuah negeri jika hak anak negeri untuk mendapat bekalan air bersih terabai sejak sekian lama nya ini?

Apa guna bergelar pegawai kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan tak kira lah samada Kerajaan BN ke atau Pakatan Rakyat jika perkara asas sepenting bekalan air bersih ini boleh di abaikan kesekelian kerajaan negeri sejak Merdeka lagi?

Malu lah dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana mengabaikan tugas dan tanggungjawab kalian terhadap rakyat miskin tak kiralah bangsa apa sekalipun!

Apa yang dilakukan oleh segala Wakil Wakil Rakyat kawasan Kampar selama ini?

Makan gaji buta ke?

Ish...ish...ish..ish.. berdosa menganiayai rakyat tuan tuan!

Bantulah mereka segera.

Bekalkan lah air!

Mereka kan bayar.

Tak minta percuma pun!

Tinggalkanlah jasa bukannya dosa selama YB YB bertugas!
Post a Comment