Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 14, 2009

Luahan Apocryphalist berkaitan isu penyalahgunaan nama 'Allah'.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara Saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Baru baru ini, saya telah menerima suatu emel dari rakan blogger yang bergelar Apocryphalist yang meminta saya mempertimbangkan penerbitan pandangannya ini terhadap isu penggunaan istilah atau terma 'Allah' oleh para kaffir Kristian dan mereka yang sekuffur terhadap Allah, Rabbul Alamin.

Luahan Apocryphalist ini ditujukan kepada mantan Presiden ABIM, Dr Mohd Nur Manuty.

Dr.Mohd Nur Manuty didalam blog beliau mengalu alukan penggunaan istilah dan terma 'Allah' oleh pihak gereja Katolik Kristian didalam penerbitan majallah mingguan mereka walaupun diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk edaran awam.

Saya rasa perbincangan mengenai perkara ini harus diteruskan supaya kita yang mengaku Muslim boleh berkongsi pendapat dan pandangan dengan mereka yang ternyata agak terkeliru dengan apa yang boleh dan apa yang tidak didalam urusan berhubung perkara yang serius ini?

Maka saya menyiarkan kandungan emel Apocryphalist tersebut untuk pertimbangan semua walaupun di tujukan kepada Dr Muhd Nur Manuty kerana tidak mendapat perhatian dari beliau.

Oleh kerana perkara ini melibatkan hal ehwal umat Islam, maka tidak ada halangan bagi kita memperbincangkannya. Insya Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Saudara Muhd Nur Manuty,

Saya terpinga-pinga tentang kenyataan dan pendirian saudara mengenai penggunaan perkataan Allah bagi orang-orang Kristian di Malaysia ini.

Memandangkan kedudukan saudara menerajui sebuah organisasi politik serta mantan presiden kepada sebuah badan Islam bukan-politik, saya hanya boleh berharap bahawa kepercayaan saudara seperti termaktub dalam tulisan saudara ini tidak menjadi pegangan resmi bagi badan yang saudara wakili, atau tidak menjadi iktikad bagi penganut-penganut Islam yang dibawah pimpinan saudara.

Saya aktif dan pernah bersuara mengenai hal-hal ini dalam kandungan beberapa blog yang lain. Biar saya senaraikan beberapa fakta untuk dihadhami dengan segera disini, walaupun tulisan-tulisan penuh terdapat di tempat-tempat berikut:-

* Nama Allah dari segi Linguitik,
* Meminta penjelasan dari Paus,
* Sayangkah Kristian kepada Allah?,
* Apa yang menggerakkan kemasukkan dalam agama Kristian?

Dan hujjah yang sangat bagus di sini.

1. Pertama sekali, saudara berkata bahwa keputusan untuk membenarkan penggunaan Allah untuk orang Kristian “bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah”.

Pada pandangan saya, dengan pengiktirafan saudara INI lah yang akan membuat kemungkaran lebih berleluasa.

Betapa tidaknya, kerana sekarang pihak Kristian boleh mendapat lesen untuk mempamirkan kebatilan secara besar-besaran bahawa Allah itu mempunyai anak.

Bahawa jalan yang diterima oleh Allah ini adalah dengan mengiktikadkan semua manusia itu lahir secara berdosa (original sin) dan cara untuk mencuci dosa itu adalah dengan menerima bahawa Jesus Kristus itu merupakan anak Allah ini yang datang untuk mengorbankan dirinya diatas salib.

Apa mahukah saudara, atau organisasi saudara memikul tanggungjawab dosa sekiranya SATU orang anak Islam di negara ini terdakyah kepada pemikiran sesat ini hanya semata-mata kerana ianya terpegun atas pamparan gergasi yang akan berleluasa dimana-mana di negara kita ini semata-mata kerajaan membenarkannya?

2. Saudara juga bertanya, “Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?”

Persoalannya: Allah yang mana? Yang bersifat yang mana? Bukan kah Allah itu mempunyai sesuatu sifat unggul?

Boleh kah seseorang meng-“attribute”kan kepada entiti Ilaah ini apa-apa saja yang difikirkan sendiri, justru dipanggilnya Allah?

Adakah Tuhan yang mempunyai anak itu, Allah?

Bagaimana pula yang ini. Apa kata jika penganut ugama ini juga mahu memanggilnya Allah juga, sesuai dengan apa yang saudara kata “Rabbul ‘Alamin” itu?

Dimana garisan pemisah nya?

3. Saudara juga berkata bahawa penggunaan nama Allah itu sudah lama dipakai di Indonesia.

Tahu jugakah saudara bahawa cara INIlah umat-umat melayu beragama Islam di sana terpesong?

Dengan menyamakan dan menyatukan konsep ugama sejagat melalui penggunaan Nama yang esa?

Kalau tidak mana datangnya melayu-melayu beragama Kristian di Indonesia itu?

Mereka kristian sejak turun temurun? Tidak. Mereka asalnya Muslim tetapi akidah mereka telah dipesongkan melalui penggunaan nama 'Tuhan Allah'.

Oleh kerana kejayaan inilah maka pendakyah-pendakyah Kristian telah teruja untuk menggunakan modus operandi sama serupa ini di Malaysia pula, tetapi tidak berjaya selama ini kerana keutuhan pemerintah Islam kita mempertahankan konsep ini.

* Keutuhan yang tidak lama lagi akan terhapus berkat usaha serta pemikiran confused orang-orang seperti saudara dan organisasi politik yang saudara wakili
* Bukan sangat berdasarkan ianya benar atau tidak benar, tetapi lebih kepada ianya konsep yang dipelihara lawan, supaya “the enemy of my enemy is my friend” justru menjual keesaan Allah semata-mata untuk menjadi kawan bagi “enemy of your political enemy”.


4. Bagaimana saudara pasti orang-orang Kristian itu percaya bahawa Allah itu adalah nama Tuhan?

Dalam Bible mereka tidak pernah tertulis nama ini.

Yang ada hanya “Yahweh” dalam Kitab Perjanjian Lama.

Adakah Paus itu sendiri mewartakannya?

Kalau benar, mari kita bubuh syarat bahawa Paus itu membuat satu perisytiharan bahawa nama Tuhan yang selama ini tiada dalam bible, adalah Allah. Mahu?

5. Setelah mendapat pengisytiharan ini dari pihak Paus, mari juga kita cadangkan dan desak beliau untuk menukar semua bible dalam dunia ini --- bukan yang dalam bahasa melayu dan di Malaysia sahaja --- untuk mempergunakan nama Allah ini dalam setiap naskhah injil mereka.

Mahu? Dengan demikian, maka kita dengan senang hati bukan saja boleh membenarkan penggunaan Allah itu dalam bible, malah kerajaan boleh membantu dalam kos-kos pencetakan.

6. Dan kalau kedua-duanya tidak, sekurang2nya kita mahu bertanya kepada pihak Paus: kenapa penggunaan nama Allah itu hanya itu injil Melayu?

Adakah untuk tujuan-tujuan pendakyahan?

Dan kita boleh bertanya juga:

Adakah penukaran dan penggunaan nama Allah dalam Injil Malaysia ini mendapat restu atau dibawah arahan beliau?

Kalau tidak dari mana datangnya ura-ura ini kalau bukan dari arahan Gereja Katolik pusat?

Untuk tujuan apa, walhal terang-terangan penterjemahan “God” dalam injil itu bukannya “Allah” tetapi “Tuhan”?

Sepatutnya saudara, serta organisasi Islam yang saudara pernah terajui, aktif untuk memperjuangkan keesaan Allah dan keunggulan NamaNya.

Bukan memperjuangkan supaya keTauhidan Allah itu dikotorkan.

Bukan bersekongkol dengan pihak Kristian untuk mencemarkan nama yang suci hanya semata-mata pihak lawan saudara (yang Islam) memperjuangkan konsep yang berlawanan.

Salam,

Apocryphalist
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saudara / Saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Luahan hati penulis bergelar Apocryphalist di atas sudah lama saya terima didalam bentuk emel tetapi oleh sebab saya kesuntukan masa, baru kini saya sempat menerbitkan semula di atas kesedaran bahawa perbincangan mengenai usaha pihak kuffar Kristian dan segala kaffir yang lain untuk menggunapakai terma 'Allah' bagi sembahan mereka tidak boleh kita sebagai umat Islam yang peka terhadap dakyah mereka ini biarkan begitu saja.

Terlalu jahil kah kita sekarang ini sehingga sanggup mendiamkan diri, membutakan mata, memekakkan telinga dan membisu terhadap kerja kerja jahat mereka ini yang memang terbukti tidak akan redha terhadap kita selagi kita tidak akur dan tunduk terhadap desakan desakan mereka yang secara terang terangan atau secara bermuslihat terus memerangi Islam didalam pelbagai segi dan kaedah mereka?

120. Walan tarda AAanka alyahoodu wala alnnasara hatta tattabiAAa millatahum qul inna huda Allahi huwa alhuda wala-ini ittabaAAta ahwaahum baAAda allathee jaaka mina alAAilmi ma laka mina Allahi min waliyyin wala naseerin

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

120. Never will the Jews or the Christians be satisfied with thee unless thou follow their form of religion. Say: "The Guidance of God,--that is the (only) Guidance." Wert thou to follow their desires after the knowledge which hath reached thee, then wouldst thou find neither Protector nor helper against God.

Na'uzubillahiminzalik!

Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat,

Tahap kebengapan puak puak yang berfahaman liberal didalam kelompok umat Islam di Malaysia yang kini sudah sanggup menggadaikan kesucian Ad Deenul Islam demi merebut kekuasaan sementara takhta politik di tanahair kita dewasa ini sudah sampai ke tahap merbahaya.

Samada umum sedar atau tidak, sudah diperbolehkan malah amat disokong petualang petualang politik berjenama Islam membiarkan para kaffir laknatullah berceramah dipentas pentas sisayah mahupun dimimbar surau dan masjid menggunakan ayat ayat suci Al Quranul Karim sebagai bahan modal propaganda politik mereka.

Saya menyeru agar tuan tuan dan puan puan yang menghargai kesucian Agama Islam supaya berhati hati dengan dakyah pihak kuffar yang kini mempergunakan orang orang yang kononnya Islam untuk melemahkan perisai pertahanan akidah ummah sedikit demi sedikit dengan beransur ansur menabur bakti mengharapkan balasan budi didalam kaedah meruntuhkan jatidiri Muslimin dan Muslimat seMalaysia dengan cara menawan hati mereka yang lemah dan mudah terpengaruh bahawa terma 'Allah' itu milik bersama dengan kuffar.

Sanggupkah kita melihat berhala berhala dipuja dan dipuji dengan nama 'Allah'? Tidak sama sekali, bukan?

Itulah yang diutarakan saudara Apocryphalist di atas!

Sama seperti bantahan saya dan jutaan umat manusia Muslim lain di seluruh dunia! Sudah semestinya kita tidak redha dan rela terhadap dakyah kuffar ini!

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Surah Al Baqarah Ayat 118 dan 119:

118. Waqala allatheena la yaAAlamoona lawla yukallimuna Allahu aw ta/teena ayatun kathalika qala allatheena min qablihim mithla qawlihim tashabahat quloobuhum qad bayyanna al-ayati liqawmin yooqinoona

[118]Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: “Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?” Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.

118. Say those without knowledge: "Why speaketh not God unto us? or why cometh not unto us a Sign?" So said the people before them words of similar import. Their hearts are alike. We have indeed made clear the Signs unto any people who hold firmly to Faith (in their hearts).


119. Inna arsalnaka bialhaqqi basheeran wanatheeran wala tus-alu Aaan as-habi aljaheemi

[119]Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.

119. Verily We have sent thee in truth as a bearer of glad tidings and a warner: But of thee no question shall be asked of the Companions of the Blazing Fire.

SadaqAllah! SadaqAllah hal Adzhim, Rabbul Alamin.

Saudara Saudari seIslam sekelian.

Hidupnya kita sekarang ini adalah di atas Ehsan Allah.

Segala kemewahan yang manusia menikmati sekarang adalah di atas keredhaan Allahu Ta'ala.

Berapa ramaikah di antara kita yang mensyukuri nikmat Iman dan Islam kita ini?

Kebanyakan manusia Muslim di dalam negara ini mengambil sikap acuh tak acuh terhadap polemik agama yang di timbulkan puak puak kuffar dan para penyokong mereka yang berselindung disebalik gelaran pejuang Islam atau Muslim.

Pemerintah yang mengaku bahawa negara ini sebenarnya adalah sebuah negara Islam gagal menghapuskan maksiat dan rasuah dikalangan pegawai pegawai kerajaan dan pembesar pembesar negara.

Tidak berlalu barang sehari dengan tidak di adakan program program hiburan berteraskan budaya hedonisma anjuran kementerian dan jabatan jabatan kerajaan apatah lagi pihak swasta?

Sultan Sultan dan Raja Melayu sudah lama alpa terhadap tugas dan tanggungjawab baginda tuanku sekelian terhadap kesejahteraan ummah yang di asak dengan segala dakyah dan agenda kuffar mahupun yang musyrik dan munafik terhadap Allah dan ummahNya.

Kesenangan dan keselesaan duniawi mengabui mata mereka.

Mana tidaknya Al Kaffirun mengambil peluang dan kesempatan ini untuk memasukkan jarum jarum kesesatan mereka kedalam hati dan minda manusia yang kononnya Muslim didalam negara yang sedang dilanda seribu satu masaalah sosial dan korupsi ini?

Renung renungkanlah akan Firman firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintah kita agar berwaspada selalu terhadap perancangan kuffar memporak perandakan kehidupan kita di alam dunia yang fana ini.

Semoga di pelihara tuan tuan dan puan puan serta diri saya ini dari fitnah Akhirul Zaman!

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment