Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 19, 2009

Media Massa Rasmi Malaysia harus hentikan tohmahan keatas pejuang Islam!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya ingin menyeru para penerbit rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa stesen stesen TV dan Radio serta pengarang pengarang akhbar akhbar rasmi dan swasta Malaysia supaya berhenti dari mengunakan label label 'militan' dan 'ekstremis' ke atas para pejuang Islam seantero dunia yang berjuang memerangi para penjajah Kaffir ke atas tanahair mereka!

Bebal sangat kah kepala otak para penerbit, pengulas dan pengacara program program berita dan hal ehwal semasa didalam media massa negara kita sehingga tidak tahu membezakan di antara hakikat dan dakyah media Barat yang meracuni pemikiran umat Islam secara halus dan terang terangan?

Jahil tahap gaban ke mereka ini yang mengaku beragama Islam tetapi sanggup menjadi pencacai gerakan mujahidin Islam antarabangsa?

Militan apakejadahnya umat Islam yang berjuang menegakkan Hukum Hudud Allah di muka bumi ini yang semakin kemaruk menjayakan program maksiat dan hedonisma di negara masing masing?

Yang 'ekstremis' adalah kamu para penerbit rancangan rancangan hiburan sepanjang masa melekakan para penonton rancangan TV dan radio yang kamu terbitkan dengan dana kewangan hasil cukai yang dibayar rakyat negara ini termasuk hasil mahsul dari keringat manusia manusia yang beragama Islam disini.

Yang melampau batas adalah kamu yang menaja pendedahan aurat para wanita Muslimah didalam negara ini dengan menerbitkan gambar gambar mereka mendedahkan peha dan dada kepada semua baik didalam negara mahupun didalam media internet!

Yang merosakkan ummah adalah kamu yang memegang kuasa pengarahan ke atas stesen stesen tv dan radio ini yang siang malam menyiarkan rancangan rancangan dan program hiburan memanjang tanpa mengambil kira akan natijahnya ke atas kesejahteraan ummah!

Cuba kamu lihat program program berfaedah yang dikeluarkan oleh sesetengah media Barat seperti National Geographic, Discovery Channel, Discovery Science dan sebagainya yang amat bermanfaat kepada manusia!

Berani sungguh kamu meletakkan label 'militan' dan 'ekstremis' keatas diri para pejuang Ad Deenullah sedangkan mereka memerangi kuffar dan para petualang agama didalam negara mereka sendiri!

Apa kamu sanggup berdepan dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Padang Mahsyar nanti dan menjelaskan kenapa kamu menggelarkan para pejuang Islam yang berjuang menegakkan Hukum Hudud Allah sebagai 'militan' dan pelampau agama'?

Sedangkan kamu sebenarnya adalah pengkhianat agama yang sanggup memperagakan aurat wanita Muslimah didalam akhbar akhbar kamu semata mata mahu melariskan jualan suratkhabar kamu?

Siapa yang melampau sebenarnya?

Hello???

Bawa bawalah bertaubat sebelum laknat Allah jatuh ke atas kamu sekelian!

* Pautan kepada laman akhbar online di atas adalah dari hasil carian ke atas media massa yang rajin benar menjaja pendedahan aurat wanita Muslimah kita. Penulis memang tidak rela menziarahi laman laman tertera di atas tetapi demi mendedahkan kemunafikan pihak media massa mencemar maruah pejuang Islam sedunia terpaksa jua singgah mencari bahan untuk artikel ini.

Harap maklum.
Post a Comment