Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 21, 2009

Parti Gerakan parti parasit didalam BN?

Saya merujuk kepada usul Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, YB Dato Seri Hj. Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang meminta Parti Gerakan Rakyat Malaysia supaya berhenti dari mempengerusikan Barisan Nasional di Negeri Pulau Pinang & Seberang Perai.

Saya menyokong penuh usul Dato Seri Hj Ahmad Zahid Hamidi itu diatas kebenaran bahawa Parti Gerakan itu memang sudah tidak layak memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang di atas hakikat bahawa parti itu gagal mendapat sebarang kerusi baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri didalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas!

Tidak ada satu pun kerusi perwakilan politik yang dimenangi calon calon Parti Gerakan malah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia sendiri iaitu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon kecundang didalam PRU ke12 itu sendiri!

Memang tidak munasabah bagi PGRM memegang tampuk perwakilan BN di Pulau Pinang bilamana parti itu gagal didalam pilihanraya umum yang menyaksikan rakyat negeri Pulau Pinang memilih calon calon UMNO untuk mewakili mereka didalam 11 kerusi DUN dan 2 Parlimen walaupun majoriti kerusi dimenangi parti DAP dan PKR untuk mengambil alih kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang tersebut.

Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya menyatakan apa yang sebenarnya sudah lama bermain difikiran rakyat negeri ini yang sudah tidak mempercayai parti Gerakan lagi.

Diatas asas apakah PGRM masih mahu memegang tampok perwakilan BN bilamana calon calonnya termasuk Presiden parti Gerakan itu sendiri ditolak rakyat Pulau Pinang?

Tidak ada sedikitpun rasa malu atau segan didalam hati dan jiwa Parti Gerakan yang kini bagaikan 'hidung tak mancung; pipi tersorong sorong' terus mahu memegang kerusi Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang!

Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon adalah punca sebenar mengapa warga Pulau Pinang menolak parti itu didalam pilihanraya umum yang lalu.

Kegagalan Koh Tsu Koon membawa pembangunan kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang menjadi sebab utama BN kalah didalam PRU ke12 itu.

Banyak perniagaan yang ditutup di Pulau Pinang akibat kegagalan Kerajaan BN dibawah Koh Tsu Koon mentadbir negeri bertuah itu secara halai balai.

Bagi penduduk dan warga Pulau Pinang yang tahu dan faham akan maksud istilah yang saya gunapakai di atas ianya mencerminkan suatu usaha yang tidak sempurna atau bersungguh sungguh!

Pulau Pinang kaya dengan pelbagai sumber tarikan pelancungan dan juga kedudukannya yang istimewa di utara semenanjung Malaysia dan merupakan salah sebuah destinasi pelancungan serta perusahaan yang pada suatu masa dahulu boleh dikatakan sebagai 'Pusat Silikon Asia'.

Kilang kilang milik pelabur antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat dan Jepun banyak didirikan semasa pentadbiran Dr.Lim Chong Eu.

Selepas saja ia bersara, Kerajaan Pulau Pinang jatuh ke tangan Dr.Koh Tsu Koon yang membawa kepada kemelesetan ekonomi Pulau Pinang dan terus merudum sehingga memaksa banyak perusahaan kilang dan sebagainya bergulung tikar!

Ramai kawan kawan saya berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan setelah ekonomi Pulau Pinang gelap dibawah pemerintahan Koh Tsu Koon.

Saya dimaklumkan mereka bahawa jualan semakin kurang di perniagaan emas dan berlian di kawasan Jalan Masjid Kapitan Keling yang dikenali sebagai pusat perniagaan emas yang utama di kawasan utara sehingga ramai pelanggan dari seluruh pelusuk negara termasuk dari Singapura sering berkunjung membeli barang perhiasan emas dan berlian disana.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Semuanya ini berpunca dari kegagalan Parti Gerakan dibawah pimpinan Koh Tsu koon untuk menjana peluang peluang perniagaan di pulau bertuah itu dan pencemaran ekologi di persisiran pantai Jelutong Timur juga berpunca dari kegagalan Koh Tsu Koon untuk memantau tahap pencemaran laut dan kawasan persisiran tersebut.

Akibatnya Sungai Pinang yang dahulunya segar dengan pelbagai hidupan laut menjadi sungai mati dan tercemar sekali. Nelayan nelayan tidak dapat mencari makan dan kawasan sepanjang sungai tersebut busuk hanyir degan segala sumber toksik yang dibuang oleh bengkel bengkel Cina haram yang dibiarkan beroperasi sepanjang sungai tersebut.

Sedar atau tidak segala salah tadbir Gerakan kini kembali bersarang menghantui mereka dan saya tidak hairan jika UMNO Pulau Pinang sudah tidak boleh menahan sabar di atas segala kelemahan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang telah menyebabkan kuasa kerajaan negeri kini bertukar kepada parti pembangkang DAP!

UMNO Pulau Pinang lebih berhak memegang portfolio Pengerusi Pulau Pinang sebab mereka masih diundi rakyat dan warga Pulau Pinang berbanding parti Gerakan yang kini tidak ada satu pun kerusi DUN atau Parlimen dibawah mereka!

Tidak bermaruah lah PGRM berkeras hendak terus memegang kerusi Pengerusi Barisan Nasional bilamana mereka sudah tidak mendapat tempat di hati para pengundi Negeri Pulau Pinang!

Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya menyatakan apa yang kami anak negeri Pulau Pinang dah lama memendam didalam hati kami!

Pulau Pinang bukan hakmilik kekal Parti Gerakan Rakyat Malaysia!

Jika PM Dato Seri Najib Tun Razak masih berdegil tidak menghiraukan suara hati penduduk Negeri Pulau Pinang dengan menolak usulan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, maka tunggu sajalah natijah nya di dalam PRU ke 13 nanti?

Silap haribulan para pengundi UMNO Pulau Pinang akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat sebagai undi protes terhadap kelemahan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat dibawah Najib sebab takut untuk mengambil tindakan yang sepatutnya iaitu mengembalikan kuasa perwakilan BN kepada parti UMNO yang masih mempunyai tempat di hati para pengundi di Pulau Mutiara.

Rakyat Pulau Pinang terutamanya para penduduk miskin Melayu, Cina dan India yang kini menjadi mangsa pemaju perumahan yang didokong DAP sudah berubah hati dan menyesal mengundi Pakatan Rakyat didalam PRU ke 12 seperti ditunjukkan didalam protes protes mereka didalam isu Kg Buah Pala dan kini perkampongan Melayu Tg Tokong.

Sekiranya Najib terus membenarkan Gerakan mempengerusikan BN Pulau Pinang maka bersedialah untuk membaca talqin keatas peluang BN kembali berkuasa di Negeri Pulau Pinang yang kini didalam bahaya jatuh secara mutlak ke tangan DAP dan sekutu sekutunya!

Saya ucapkan syabas kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berani menyatakan apa yang benar dan saya menyokong usaha UMNO Pulau Pinang untuk menerajui Barisan Nasional disana.

Sekiranya Najib berani mengorak pembaharuan untuk negeri yang paling berpotensi untuk menjadi permata warisan, maka akan ada ruang dan peluang untuk BN kembali berkuasa di sana.

Jika Najib terus hendak berdondang sayang dengan Koh Tsu Koon yang sudah muflis pengaruhnya didalam arena politik kebangsaan, alamatnya musnahlah masadepan Melayu Pulau Pinang untuk terus berada disana.

Melayu Pulau Pinang kini umpama melukut ditepian gantang.

Najib tidak berusaha membetulkan keadaan dan membiarkan UMNO Pulau Pinang meredap didalam hati mereka, jangan terkejut nanti jika berlaku sesuatu diluar jangkaan semua.

Kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, teruskan usaha Dato yang saya pasti disokong serata rata anak negeri Pulau Pinang!

Semoga Pulau Pinang kembali ke tangan mereka yang berhak!

Insya Allah.
Post a Comment