Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, December 16, 2009

Ponteng Dewan Rakyat ~ Ahli ahli Parlimen BN patut kena tindakan disiplin!






































Saya merujuk kepada laporan media ini bahawa semalam Kerajaan BN hampir tumbang gagal mendapat kelulusan Bajet 2010 angkara Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kebanyakan mereka ponteng tidak hadir untuk mengundi lulus perbahasan Bajet peruntukan Kerajaan Persekutuan BN bagi tahun 2010!

Maka saya rasa molek benar lah YB YB BN ni tonton sekejap video dibawah ini yang penuh pengajaran bagi Yang Berhormat Kaki Ponteng sekelian:


Apa kah Ahli Ahli Parlimen BN sudah jemu bertugas?

Dah nak letak jawatan?

Buat apa bersusah payah berkempen bagai nak rak dulu kemudian bila perlu hadir bersidang di Parlimen, ponteng pulak macam budak budak sekolah yang malas belajar?

Hello YB! Ini Dewan Rakyat brader! Bukan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Bukit Jin Bertendang, yang YB YB nak gi monteng memonteng ni?

Jika masing masing dah rasa malas gi bertugas mewakili rakyat, senang cerita beb!

Tandatangan surat letak jawatan, hantar kat Perdana Menteri!

Biar sesiapa yang hendak bertugas je memangku jawatan dan kedudukan sebagai YB AHli Parlimen gitu gini!

Tu nasib baik Timbalan Menteri Dato Saravanan hadir sama di waktu terakhir memberi undi lulus dengan undi tersipi 3 untuk meluluskan Bajet 2010!

Jika tidak Pakatan Rakyat dah berpesta sakan dah, hentam YB YB kaki ponteng BN ini dengan bagus punya pukulan!

Apa kelas le YB YB BN ni?

Ada jawatan ...malas lak nak bertugas!

Bukannya gi memikul guni beras kat Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen tu?

Duduk sedap sedap diatas kerusi empuk, kemudian bentang kertas kertas itu ini, cadang dan bangkang beriya macam yang selalu kita tengok kat TV!

Perangai macam budak budak maki hamun, cabar mencabar macam orang kurang siuman sehingga Tuan Speaker jagi separuh gila nak mengawal keadaan Yang Baloq berkenaan dari bergaduh macam samseng tepi jalan!

Sebenarnya gertak sanggul je lebih!

Tak ada nya yang betul betul berani macam MB Terengganu Mat Said sampai sanggup terajang YB PAS dulu!

YB YB BN Baloq Kaki Ponteng sekelian patut malu pada rakyat yang memilih mereka didalam PRU ke 12 lalu!

Pengkhianat amanah rakyat yang mengundi mereka!


Nak harap glamor je ke?

Pasang logo AHLI PARLIMEN besar besar di depan dan belakang kenderaan mewah masing masing, berlagak macam bagus ke hulu ke hilior tetapi ponteng Dewan Rakyat di waktu tergenting sekali!

Saya nak tanya?

Tukang 'whip' BN kat Parlimen tak hendak ambil tindakan disiplin kat atas mereka ini ke?

Apa guna dok simpan lagi puak puak yang malas nak kerja ni?

Hantar balik kampong je le.

Biar dia bersidang kat warong Pak Mail atau Bistro Mamak terdekat.

Baru ada akai!
Post a Comment