Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 19, 2009

Salam Tahniah kepada Presiden & Timbalan Presiden PAS!




















Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya ingin menyampaikan 'Salam Tahniah' dan ucapan 'Syabas!' kepada Presiden PAS,Yang Berbahagia Tuan Guru Dato Seri Tn.Hj Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden YB Ustaz Nasharudin Mat Isa di atas kesudian kedua pucuk pimpinan PAS menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Ma'al Hijrah ke 1431 semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa @ PICC di Putrajaya semalam.

Saya menghargai contoh tauladan yang di tunjukkan kedua pemimpin tertinggi Parti Islam seMalaysia ini kerana hadir memenuhi jemputan urusetia acara sambutan Ma'al Hijrah ini dan tidak mengambil peduli akan syak wasangka musuh musuh Islam dan ummah dan tetap hadir menghormati majlis penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang di kurniakan ke atas Ulamak tersohor As Syeikh Dr.Yusuf al Qaradawi!















As Syeikh Al Ulama Dr Yusuf Qaradawi



Ini adalah sikap terpuji kedua pimpinan tertinggi PAS yang tahu membezakan di antara acara politik dan majlis keagamaan.

Tidak ada masaalah untuk para pemimpin umat Islam bersama sama dengan pemimpin kerajaan mahupun dengan mana mana sahaja tokoh tokoh agama Islam demi meraikan jasa dan usaha mereka untuk kesejahteraan ummah!

Usah di polemikkan kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden PAS di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 semalam.

Belajarlah menghargai keikhlasan manusia manusia yang berjuang demi kedaulatan Islam di bumi Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini.

Yang cuba membobrokkan kehadiran Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa hanyalah jendalu penghasut dan pengadu domba laknatullah!

Syabas kepada kedua pemimpin PAS diatas!

Teruskan mujahadah tuan tuan berdua!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan Taufik dan Hidayah Nya kepada kesemua para pemimpin umat Islam didaam tanahair kita ini untuk bersatu mengujudkan Daulah Islamiyyah didalam ertikata sebenar benarnya!

Amin!

Semoga lebih ramai lagi para pemimpin parti politik yang Muslim turut hadir didalam apa apa majlis berasaskan keagamaan demi perpaduan ummah!

Bersatu teguh ; bercerai roboh!
Post a Comment