Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 23, 2010

Al Fatihah! Kemangkatan Sultan Johor Darul Takzim.








Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.

Kita menerima berita kemangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Johor Darul Takzim Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

Anakanda sulung Almarhum iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, selaku Tengku Mahkota Johor mengangkat sumpah berikut:

"Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"










Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu semuanya bersumpah untuk memelihara dan menghormatkan Ad Deenul Islam semasa upacara pemasyhuran dan pertabalan baginda sekelian menjadi Sultan dan Raja Pemerintah negeri Tuanku masing masing.

Namun sejak merdeka lagi, amat jarang kita mendapat khabar berita akan mana mana Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu melaksanakan ertikata lafaz sumpah setia memelihara dan menobatkan Islam didalam keadaan dan ketika prinsip prinsip Islam itu dipertikai dan diperlecehkan kaffirin dan sekutu sekutu mereka didalam negeri masing masing.

Dari sekelian Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu yang ada, hanya Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan sahaja yang berani bertitah mengharamkan penyalahgunaan 'Ismul Allah' oleh Gereja Katolik Malaysia didalam negeri baginda!

Saya berharap sungguh bahawa Duli Tuanku Pemangku Raja Johor Darul Takzim sekarang iaitu Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar akan melakukan perubahan didalam tempoh pemerintahan Baginda selaku Sultan Johor yang baru dengan memartabatkan ajaran ajaran Agama Islam kita yang suci dengan sebenar benarnya selayak diri Tuanku selaku 'Khalifah Allah' di negeri Johor Darul Takzim. Insya Allah!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala panjangkan usia dan sihatkan sejahterakan Duli Tuanku Sultan Ibrahim Ismail dan Duli Tuanku Tengku Mahkota Johor Tunku Abdul Majid Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Patik ucapkan 'Selamat Bertakhta' kepada Tuanku!

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku.
Post a Comment