Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 16, 2010

Terlajak taip boleh dipadam ; terlajak 'Enter'..?

Suasana politik dan isu agama sedang tegang didalam negara ekoran dari peristiwa pembakaran gereja dengan sengaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap natijah jenayah mereka pada keamanan dan kesejahteraan warga negara ini.

Keadaan menjadi lebih rumit bilamana adanya anak anak muda kita mencurah minyak membakar lagi hati dan perasaan penganut penganut agama Islam, Kristian dan yang lain lain dengan menulis mengikut sesuka hati mereka mengulas begitu begini tentang krisis antara agama ini dilaman Facebook masing masing tanpa memikirkan bahawasanya perbuatan sebegitu pasti akan menyusahkan diri sendiri?

Nah! Sudah terbukti bahawa peribahasa semasa yang saya guna tempohari adalah tepat dan boleh digunapakai!

'Terlajak taip boleh dipadam ; terlajak 'Enter' tanggung lah padahnya!'

Orang lain yang membuat angkara, pelajar ASWARA masuk penjara!

Kerna apa?

Gatal tangan empunya cerita!

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25 tahun, pelajar jurusan Perfileman di Akademi Seni dan Warisan Negara menaip komen " “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...”dilaman internet Facebook Shahrul Maizam.

Sekarang siapa susah?
Post a Comment