Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, January 26, 2010

Zulkifli Noordin ~ Keseorangan menghadapi serigala serigala PKR!

















Saya pernah bertanya pada YB Zulkifli Noordin akan kenapa beliau masih bertahan duduk bersama golongan yang kini memang tidak berpegang kepada perjuangan menegakkan Ad Deenul Islam seperti didalam PKR dan amnya didalam Pakatan Rakyat?

Peguam yang terkenal dengan kelantangan suaranya didalam membela kedudukan agama Islam didalam negara Malaysia ini menjawab," Jika aku tidak ada didalam Pakatan Rakyat, DAP dah lama akan bersama sama puak puak yang memperlecehkan Islam ini menekan pihak berkuasa agama dari sehari ke sehari!"

Saya hanya boleh mendengar sahaja akan luahan hati manusia yang hari ini diberitakan menghadapi pelbagai caci maki pihak pihak yang sanggup menjual kehormatan agama, kesultanan Melayu dan masadepan umat Islam negara ini sambil memakai topeng adil, sama rata, sama rasa dan berlabel mengikut selera manusia bukannya amanah Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Siapa hendak saya persalahkan diatas kedudukan perkara ini?

Pihak berkuasa kita yang membiarkan kaduk naik junjung? Ular lidi berubah menjadi naga? Kesultanan Melayu yang membiarkan hal ehwal Ad Deenul Islam diperkotak katikkan pihak pihak yang kini berani mencerca, memaki hamun, menghina, memperlecehkan walau Sultan Sultan dan Raja Melayu itu sendiri?

Kenapa sampai begitu sekali kelembapan institusi kekuasaan Melayu Muslim menghancurkan sedikit demi sedikit rasa gah pada mereka yang sepatutnya menjadi benteng dan tunggak kekuasaan kerajaan yang mengaku berteraskan ajaran ajaran Islam di Semenanjung Tanah Melayu ini?

Situasi Zulkifli Noordin hari ini adalah simbolisma kejatuhan kuasa kerajaan Melayu Muslim yang seolah barah yang semakin menular, merebak memamah kedaulatan Kesultanan Melayu yang mula hilang kembali sama seperti ketika semenanjung ini dijajah dahulu kala.

Cuma ianya tidak begitu ketara kerana penghapus kekuasaan Melayu Muslim ini bukan bangsa asing, bukan berlainan agama dan bukan musuh dari luar.

Zulkifli Noordin cuma seorang manusia biasa yang terjebak didalam kancah percaturan politik tanpa ia mimpikannya?

Ia bagaikan duri didalam daging mereka yang mengamalkan 'Ayatul Kursi'. Bukan 'Ayatul Kursi' yang kita baca sebagai pendinding dari jin, syaitan dan manusia yakni Ayat ke 255 didalam Surah Al Baqarah, Al Quranul Karim.

Ayatul Kursi yang mereka amalkan lebih mirip kepada Ayat Berebut Kerusi. Ini bukan saya yang kata!

Zulkifli Noordin yang berkata.

Kerusi Parlimen, Kerusi Menteri Besar, Kerusi itu dan ini.

Mereka tak peduli nasib anak bangsa. Mereka tak hairan dengan masa depan umat Islam disini. Mereka tak ambil tahu tentang ancaman kehancuran tanahair ini dan kemungkinan Melayu hanya tinggal kenangan seperti terlupusnya kaum Red Indian di Amerika.























Hari ini Zulkifli Noordin terasak ke penjuru dengan kemaraan serigala serigala PKR yang berbuih dimulut, menyeringai menunjukkan taring taring mereka kepadanya...

Ada sesiapa yang akan peduli?
Post a Comment