Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, February 14, 2010

Budaya Keceluparan dan Kebiadapan Terlampau Media Alternatif

















Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia sedang ditarbiyyah secara senyap oleh media alternatif untuk berlaku sumbang dan biadap oleh portal portal media alternatif dengan membiarkan komen komen dan fikrah fikrah celupar diterbit dan tersiar diruang forum perbincangan mereka.

Kenyataan kenyataan yang menghina Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Sultan Sultan dan Raja Melayu, para pemimpin negara serta umat Islam saban hari semakin menjadi jadi dilaman web.

Cuba tuan puan membaca komen komen yang diterbitkan didalam Malaysiakini tentang isu budaya songsang terkini dimana digalakkan para penyambut 'Valentine's Day' untuk keluar berpesta tanpa memakai seluar dalam ~ supaya senang berzina nanti ~

Kata kata penghinaan terhadap NGO NGO Islam yang menentang budaya celupar ini diterbitkan oleh pengendali portal ini tanpa memikirkan natijahnya terhadap amarah Muslim yang peka terhadap serangan biadap yang terlampau ini.

Mungkin dengan cara menaikkan kemarahan umat Islam, portal Malaysiakini dan yang sama agenda dengan nya mahu menarik lebih ramai orang melangganinya atau memang mereka mempunyai muslihat menghina maruah ummah?

Yang saya kesalkan adalah kelesuan pihak pemerintah yang dayus untuk menangani pencetus budaya mungkar ini secara tegas!

Apalah gunanya berkuasa jika takut untuk menghukum sang penjenayah pemusnah tatacara kehidupan kita selaku warganegara ini yang berpegang kepada keluhuran kesucian agama masing masing?

Bila mereka menghina Allah Subhanahu Wa Ta'ala, pemerintah Malaysia sekadar meminta kita supaya bertenang!

Hina Rasul....minta bertenang!

Hina Sultan dan Raja Melayu.....bertenang!

Hina umat Islam.....bertenang!

Nak bertenang apa lagi bilamana segala yang suci dan mulia bagi kita sudah diinjak dan dihina caci oleh puak puak Laknatullah ini???

Sudah dayus ketahap terlampau kah pemerintah negara ini???

Penghinaan keatas semua yang kita anggap suci dan mulia sudah melampaui batas!!!

Mereka sudah melanggar hampir setiap prinsip Rukunegara!
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  1. Penghinaan terhadap Allah!
  2. Penghinaan terhadap Kesultanan Melayu!
  3. Mencabar perlembagaan kita yang mendaulatkan Islam dan kedudukan umat Islam!
  4. Mencabuli perundangan yang sedia ada dengan memperlekeh mahkamah baik Syariah ataupun Sivil!
  5. Menaja kehancuran masyarakat dengan mempromosi budaya mungkar dan maksiat!
Saya menyeru kepada setiap pemegang amanah kuasa memerintah di Malaysia ini supaya bertindak menghapuskan punca maksiat yang kini sedang bermaharajalela menular dikalangan masyarakat kita!

Kedayusan anda akan dihadapkan ke Mahkamah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Yaum Al Mahsyar nanti!
Post a Comment