Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, February 25, 2010

KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR MENGENAI PYBK
























MAKLUMAT TERBAHARU MENGENAI YBK

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor hari ini meluluskan supaya kerajaan negeri menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengkelaskan semula maklumat mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada umum.

Mesyuarat hari ini telah diberitahu pada 8 Mac 1995, kerajaan negeri terdahulu telah meluluskan tanah seluas 2,165 ekar kepada Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn. Bhd. (PYBK) dan melantik dua pemaju untuk memajukan tanak berkenaan iaitu Shah Alam Propeties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn. Bhd.

Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.Fajar Synergy Sdn. Bhd. yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah syarikat manakala Khairul Anuar Selamat @ Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Dato' Zainal Abidin Sakom dan Zulhairy Jalaluddin sebagai Pengarah syarikat manakala setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Data juga menunjukkan Pengarah PYBK adalah Kamarudin Ahmad, Dato' Zainal Abidin Sakom dan Mohd Tamin Mohd Yusof.PYBK telah membuat gadaian tanah kepada bank yang bernilai melebihi RM100 juta.

Mesyuarat Exco berpendapat, penemuan mengenai milikan saham dan pelantikan pengurus projek pembangunan tanah perlu diperjelaskan kepada kerajaan negeri untuk mengetahui jika PYBK diuruskan dengan baik oleh YBK.

Mesyuarat Exco juga dimaklumkan, Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom didapati memiliki saham terbanyak dalam salah satu syarikat yang dilantik sebagai pemaju tanah iaitu Syarikat Tenaga Ehsan.

Maklumat ini antara maklumat penting yang akan didedahkan secara berperingkat menerusi kertas putih yang dijanjikan kerajaan negeri.

Semua maklumat mengenai pengurusan YBK ini amat penting kerana melibatkan harta kerajaan negeri yang diserahkan YBK untuk program basmi kemiskinan.

Kerajaan negeri menegaskan pengurusan harta milik YBK perlu dibuat secara telus dan bertanggungjawab.


Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim,
Menteri Besar ,
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
www.selangorkini.com.my
www.tvselangor.com
Post a Comment