Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, February 06, 2010

Ulama' dan Umara' bersama Perdana Menteri di PICC

Semalam, saya turut hadir didalam Majlis Perjumpaan Ulama dan Umara bersama YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sesi pagi memang penuh berisi dengan penyampaian kertas kerja 3 tokoh yang terbilang didalam negara kita.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Langkah langkah yang di ambil Kerajaan dalam memartabatkan Institusi Mahkamah Syariah di Malaysia' oleh Yang Amat Arif Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Hakim Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Seperti kelazimannya, isi kertas kerja Y.A.A. Tan Sri Ibrahim Lembut penuh menghuraikan perkembangan dan pencapaian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam sehingga kehari ini.

Di bahagian akhir kertas kerja Tan Sri Ibrahim Lembut mengaku masih banyak yang perlu dilakukan demi memperkasakan Mahkamah Syariah Malaysia untuk lebih berjaya memberikan keadilan bagi umat Islam Malaysia didalam menangani arus kehidupan mereka.

Secara peribadi saya rasa masih banyak yang perlu diperkemaskan dan diperkasakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk melaksanakan sistem Syariah sebenar Hukum Hakam Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kita harus benar benar menghukum menurut ketentuan Syariah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. Hukum Syariah menurut pertimbangan manusia memang lebih membawa kemudaratan dan menimbulkan lebih banyak masaalah kepada kita. Mudah2an Ulama' dan Umara' Malaysia berani menegakkan panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak gentar terhadap cercaan manusia yang kuffur terhadap Nya!

Hanya memerlukan keberanian menghadapi cabaran dan iktikad bahawa Yang Arif yang berkenaan mendukung Perintah Allah Azza Wa Jalla dan memegang amanah Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam!

Insya Allah!

Prof Dato Dr Ismail Ibrahim bercakap tentang 'Ulamak dan Umarak ~ Siapa Memimpin Siapa?'

Prof Dato Dr Ismail Ibrahim adalah Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kesimpulan penyampaian beliau berkisar tentang peranan para ulamak untuk menjadi pembimbing kepada golongan umara' dan menjaga nama baik dan maruah mereka selaku pemimpin agama.

Yang membuatkan saya tertarik adalah cara bersahaja Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid, Timbalan Dekan ISTAC, IIUM menyampaikan kertas kerjanya.

Dalam berkelakarnya Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi bersyarah pada para hadirin, penuh tersirat seribu satu peringatan dan pesanan pada umat Islam Malaysia supaya senantiasa berwaspada terhadap ancaman mereka yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap kedudukan Ad Deenul Islam di Malaysia.

Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi juga dengan tegas menolak saranan seorang yang bernama Hjh Ilani yang menyoal beliau tentang bantahan Prof Zuhdi terhadap cadangan mengadakan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC! Saya terus bertakbir menyokong Prof dan disambut oleh ramai hadirin yang lain!

Bagi saya ini lah dia salah seorang bijak pandai didalam negara kita yang betul betul 'lelaki' didalam menyatakan yang hak di pentas perdana persidangan para alim ulama' dan para umara' yang disertai sebegitu ramai Muslimin dan Muslimat yang prihatin tentang hala tuju siyasah syari'ah dan hal ehwal Islam didalam negara kita.

Saya tidak berkesempatan untuk merakam keseluruhan sesi penyampaian kertas kerja oleh ketiga tokoh ternama yang menerima penghormatan menjadi ahli panel sesi pagi semalam.

Selepas sesi pagi itu tamat, kami para peserta telah dijemput ke dewan makan untuk menjamu selera dengan sajian makan tengahari. Lauk pauk yang disediakan memang sedap tetapi pihak katerer tidak menjaga kualiti nasi yang disediakan. Nasi mentah! Ish! Ish! Ish!

Akibatnya, maka kebanyakan para peserta makan lauk dan buah2an yang tersedia. Nasib le jika katerer terbabit akan menerima tempahan sebesar gitu lagi? Ribuan peserta! Bayangkan sahaja akan nilai tender yang sikaterer tersebut telah berjaya menerima?

Selepas makan tengahari, saya telah bersama dengan Tuan Johan Batcha, seorang pemimpin NGO Islam ke Masjid Tuanku Mizan yang juga dikenali sebagai 'Masjid Besi' untuk menunaikan Solat Jumaat.

Masjid canggih ini mempunyai ruang meletak kenderaan yang begitu luas dibawahnya. Memang hebat. Alhamdulillah.

Khatib yang dijemput adalah Tan Sri Dato' Syaikh Hj.Ismail bin Hj.Muhammad, Imam Besar Masjid Negara. Saya telah berpeluang berkenalan dengan Imam Besar Masjid Negara kita ini semasa menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Tun Ghazali Shafie baru baru ini dan telah bersalam dan memeluk beliau bila bertemu semula didalam majlis ini pula.

Memang sudah lumrah saya menghormati para alim dan ulamak negara kita dengan berbuat begitu. Saya amat sayangkan mereka. Tetap menyokong dan memuliakan alim ulama kita. Mereka adalah permata agama kita. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati mereka semua. Amin!

Sesudah Solat Jumaat, kami kembali semula ke Dewan A, PICC. Sesi petang ini lebih glamor kerana ianya dihadiri Perdana Menteri YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato Hj Jamil Khir Baharum, Ketua Pengarah JAKIM Dato Wan Mohamad Dato Syeikh Abdul Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Bekas Menteri Pembangunan Usahawan Tan Sri Datuk Dr Yusof' bin Haji Md Noor serta ramai lagi pembesar pembesar negara kita yang tidak sempat saya berkenalan tetapi ada saya ambil gambar mereka selaku paparazzi tak berdaftar! Hehehehehe....












YAB Perdana Menteri sempat berseloroh dengan YB Senator Dato Hj Jamil Khir, Menteri Hal Ehwal Agama Islam negara kita sebelum upacara perasmian oleh beliau.

Entah apa dia yang menjadi usikan PM kita sehingga Dato Jamil Khir tersengih sengih kelucuan?

Sejurus selepas itu, kedua mereka berubah menjadi serius bilamana lagu kebangsaan kita 'Negara Ku' dan lagu '1Malaysia' dikumandangkan!












Saya amat bersyukur dapat bersama dengan para Ulama dan Umara negara dan berkesempatan menyampaikan pandangan peribadi saya berkenaan perlunya para ulama negara lebih berketerampilan memainkan peranan berdakwah kepada ummah.

Di antara tokoh tokoh ulama yang saya sempat ketemu adalah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, salah seorang ulama' negara kita yang tegas tidak memberi muka kepada pihak kuffar memperkotak katikkan urusan hal ehwal agama Islam kita.











Insya Allah akan saya merakam satu sesi video wawancara eksklusif bersama Al Fadhil Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria nanti. Dah ada perjanjian diantara kami. Doakan saya berjaya. Amin.











Saya turut teruja melihat seorang kawan saya dari Pulau Pinang, ADUN N37 Batu Maung (PKR) YB Tuan Hj Abdul Malik Kassim (berbaju Melayu kuning) yang kini merupakan seorang Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pengerusi Perdagangan Dalam Negeri / Hal Ehwal Pengguna serta Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghadirkan diri didalam majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini walaupun beliau kini seorang pemimpin pembangkang. Syabas Tuan Haji! Semoga kepentingan agama melebihi soal perbezaan politik!

Beliau turut menyapa saya tetapi disebabkan majlis sedang berlangsung, kami sempat bersalam salaman sahaja. Mudah2an akan ada kesempatan lain bagi kami bertemu dan berbual dengan lebih selesa nanti.

Saya akan menyambung penulisan saya tentang majlis ini nanti. Insya Allah.
Post a Comment