Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, March 12, 2010

Abdul Ghani Ahmad ~ Antara Penyanyi, Pelakon & Pelukis - Kenapa layanan berbeza? Dikemaskini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semalam, saya sempat bertemubual dengan seorang pelukis tanahair kita bernama Abdul Ghani Ahmad di Pasar Seni semasa saya berkunjung ke sana.
DSC_5738-1.JPG
Memang teruja saya melihat hasil seni lukisan beliau yang memaparkan keindahan alam sekitar flora dan fauna serta pemandangan rumah rumah Melayu tradisional, anak anak sungai, sawah bendang, paku pakis dan periuk kera,dsbnya. Beliau adalah seorang pelukis alam semulajadi ~'realist painter'.

Lukisan lukisan beliau terbukti amat berkualiti dan setaraf dengan hasil seni pelukis tersohor tanahair yang lain seperti Dato Jaafar Taib dan mereka yang seangkatan dengannya.

Pelukis Abdul Ghani Ahmad meluahkan rasa kecewa beliau dengan kurangnya perhatian pihak berwajib dan juga Media Perdana yang seolah menganaktirikan para pelukis tanahair dengan tidak membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada mereka yang juga menyumbang sedikit sebanyak kepada perkembangan dunia seni halus tanahair.

Kecenderungan masyarakat untuk hanya mengikuti perkembangan semasa para penyanyi, pelakon dan tokoh tokoh hiburan tanahair seolah meminggirkan para karyawan seni lukis dari dihargai oleh badan badan penyiaran rasmi dan juga pihak swasta.

Saya dapat merasa akan kekecewaan pelukis terkenal ini dan berasa simpati kepada beliau. Makanya saya telah mengambil keputusan untuk mewawancara beliau dan terbitkan luahan jiwa beliau untuk tontonan kita bersama didalam bentuk video yang Alhamdulillah telah selamat diproses dan dimuatnaik ke akaun You Tube saya.

Saiz fail videonya besar tuan puan. 850MB diproses muatnaik selama 16 jam lebih. :D

Alhamdulillah, dapat saya tunaikan amanah pelukis ini dan menyempurnakannya pagi ini.

Semoga suara Abdul Ghani Ahmad terngiang ngiang ditelinga Dato Menteri dan Ketua Pengarah Balai Seni Negara serta semua pegawai pegawai kementerian yang terbabit.

Insya Allah.
DSC_5740c.jpg

Kenang kenangan beberapa anak muda bersama pelukis Abdul Ghani Ahmad.
Post a Comment