Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, March 01, 2010

Cuti Rehat ke Pantai Timur ~ Layan Anak2 Saudara























































Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya bersama isteri pulang bercuti rehat ke Kuantan dan berjalan jalan menjelajah kawasan Pantai Timur sejak Jumaat yang sudah.

Tiba di Kuantan petang Jumaat dan terus menempah bilik penginapan kami dihotel. Kemudian memandu mencari Ikan Bakar di persisiran pantai. Singgah makan di sebuah restoran dikawasan Sg Karang Pantai. Ikan istimewa dikawasan Pantai Timur @ Ikan Aji Aji. Ikannya berisi dan memang jarang diketemui di KL dan kawasan pantai barat semenanjung.

Jika di Tanjung Lumpur, biasanya kami kan pesan Ikan Bakar Masak Petai di Ana Ikan Bakar. Tetapi oleh kerana kebersihan restoran itu tidak menepati piawaian kami maka terpaksa lah kami cari restoran lain yang lebih bersih dan tiada lalat!

Memang orang ramai berpusu pusu ke restoran tersebut kerana lain cara masakan mereka terutamanya menggunakan petai tetapi kami tak selesa makan sambil menepis lalat lalat yang berterbangan bebas diruang kawasan dalam restoran itu. Saya terpaksa memilih kesihatan kami dari menanggung risiko jatuh sakit makan ditempat seperti itu. Dah tutup buku tentang Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur.

Kebanyakan warga KL yang bercuti ke Kuantan terpaksa berasak asak makan di tempat yang kureng dari segi kebersihan kerana dah berjalan beratus ratus kilometer, tak terdaya nak merayau rayau cari 'port' lain.

Saya tak boleh. Memang hilang selera jika tempat yang kami singgah tak bersih, suasana kedai tidak menyenangkan, pelayan lembab dan makanan lebih kurang, maka saya tak akan makan disana. Bermusafir ke tempat orang kena jaga makan minum. Jika tidak berhati hati ada kemungkinan keracunan makanan dan jatuh sakit.

Pada keesokkannya, kami singgah ke rumah saudara dan menjemput dua anak saudara kami ikut menjelajah ke Terengganu. Nurul Aqilah dan adiknya Nurul Atirah mengikuti kami didalam perjalanan ke Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu.

Seperkara yang merunsingkan hati saya adalah kebakaran spontan yang sedang berlaku disana sini dikawasan hutan belukar ditepian Lebuhraya Pantai Timur terutama kawasan berdekatan susur keluar ke Jalan Gambang dan beberapa kawasan lain seperti di sepanjang perjalanan kami ke Pekan, melalui jalan kampong menyusur Sg Pahang.

Kemarau yang sedang berlangsung sekarang ini telah menyebabkan pokok pokok kering dan belukar terbakar secara sendiri akibat bahang kepanasan yang melampau. Sana sini kelihatan asap berkepul kepul naik disebabkan kebakaran kebakaran kecil begitu.

Sg Pahang sudah mulai susut dan beting pasir telah timbul bilamana kemarau semakin menjadi.

Saya berhenti sekejap untuk mengambil gambar beberapa orang kanak kanak yang sedang bermandi manda di sungai yang sudah mula mengering dekat Pekan, Pahang. Memang benar bahawa zaman kanak kanak ni zaman takde nak fikir masaalah! Kemarau ke apa ke mereka mesti nak seronok! Hehehehehe...

Nanti saya sambung lagi...

Insya Allah!
Post a Comment