Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 23, 2010

Kesalahfahaman tentang permulaan Ad Deenul Islam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat yang saya kasihi.

Semoga tuan puan semua dilindungi Allahu Ta'ala dari kekeliruan akidah yang kini hebat melanda umat Islam sedunia terutama sekali di rantau Asia Tenggara ini akibat termakan dakyah pihak kaffir yang ternyata mahir memainkan sentimen 'kemangsaan' angkara tindak tanduk sebilangan dari jamaah Al Islamiyyah yang melatah bertindak spontan mengikut rentak perang saraf yang sudah sekian lama didalangi musuh musuh ummah.

Saya merujuk kepada tindakan kekerasan yang dilakukan keatas massa oleh para pengebom pembunuh diri, peletupan bangunan bangunan awam, prasarana kegunaan massa dan pelbagai lagi tindakan jenayah yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak ada kaitan langsung dengan musibah yang melanda ummah.

Segala tindak tanduk pihak pihak berjenama 'mujahidin' Islam ini sebenarnya menghancurkan maruah Ad Deenul Islam yang hebat ditohmah segala pihak baik dari puak kaffir mahupun dari kalangan mereka yang berwatak 'serigala berbulu bebiri' dan 'sebagai bebara api didalam sekam', meredap secara diam diam tetapi lama kelamaan membakar dan menghancurkan wadah perjuangan ummah tanpa terisytihar!

Saya menyeru tuan tuan dan puan puan, abang abang, kakak kakak, cendekiawan cendekiawan dan sarjana sarjana Islam yang mempunyai kefahaman agama yang tinggi supaya tampil bersuara, menyampaikan risalah agama berteraskan hakikat Islam yang mana anda semua telah sedia mempelajari kepada massa dengan ikhlas fisabilillah!

Tampil lah anda sekelian membimbing umat ini tanpa mengharapkan ganjaran duniawi demi menyelamatkan akidah Muslimin dan Muslimat dari terpesong secara beransur angkara kelesuan bijak pandai Islam untuk secara terus menangani polemik soal isu isu berkaitan agama kita yang semakin hangat dibakar media massa.

Salah satu kesalahfahaman umat Islam kita hari ini adalah beranggapan bahawa Islam ini bermula hanya dengan kedatangan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Muhammad ibni Abdullah pada tahun 632 Masehi!

Tidakkah mereka tahu bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengajar tentang Al Islam kepada Ayahanda Sekelian Manusia iaitu Nabi Adam Alaihis Salam, manusia pertama yang dicipta Allah secara zahir dari tanah yang diambil oleh Izra'il Alaihis Salam dari seluruh pelusuk mukabumi ini?

30. Wa-ith qala rabbuka lilmala-ikati innee jaAAilun fee al-ardi khaleefatan qaloo atajAAalu feeha man yufsidu feeha wayasfiku alddimaa wanahnu nusabbihu bihamdika wanuqaddisu laka qala innee aAAlamu ma la taAAlamoona

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

30. Behold, thy Lord said to the angels: "I will create A vicegerent on earth." They said: "Wilt Thou place therein one who will make Mischief therein and shed blood?— Whilst we do celebrate Thy praises And glorify Thy holy (name)?" He said: "I know what ye know not."

Perbincangan : Allah Subhanahu Wa Ta'ala memaklumkan kepada para malaikatNya akan hasrat Allah Azza Wa Jalla untuk mencipta manusia dan bilamana para malaikat mempersoalkan hasrat Allah Maha Agong itu maka Allah menyatakan bahawa Ia mengetahui apa yang para malaikatNya tidak!

31. WaAAallama adama al-asmaa kullaha thumma AAaradahum AAala almala-ikati faqala anbi-oonee bi-asma-i haola-i in kuntum sadiqeena

31.Dan Ia (Allah Subhanahu Wa Ta'ala) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

31. And He taught Adam the nature of all things; then He placed them before the angels, and said: "Tell Me The nature of these if ye are right?"

Perbincangan : Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri yang mengajar Nabi Adam Alaihis Salam @ Bapa segala manusia akan perihal segala sesuatu tanpa bantuan sebarang makhluk lain!

Kita harus sedar tentang betapa tingginya kemuliaan Ayahanda Kita semua @ Nabi Adam Alaihis Salam di didik dan di ajar secara terus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri. Tanpa perantaraan mana mana makhluk lain!

Cuba fikir balik samada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengajar Nabi Adam Alaihis Salam @ Khalifah Allah akan agama lain?

Tidak ada sesiapa pun selain Adam Alaihis Salam ketika itu. Hanya Ad Deenul Islam yang di ajarkan kepada Nabi Adam Alaihis Salam. Didalam bentuk mukadimahnya. Iaitu bersaksikan bahawa Tiada Tuhan Selain Allah! Muhammad itu Pesuruh Allah!

Didalam pembelajaran Ilmu Tasawwuf yang saya belajar semasa mengikuti kuliah kuliah ilmu tersebut dari Syaikh saya, diterangkan tentang lafaz Kalimah Tauhid yang di ajar Allahu Rabbul Alamin kepada Ayahanda kita Adam Alaihis Salam yakni Lafaz Dua Kalimah Syahadah ' Asyhadu an La Ila ha il lall Laah! Wa asy hadu anna Muhammad Rasul Allah!'

Ini berdasarkan hakikat bahawa bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mendalami pelajaran Ilmu Tauhid dan asas asas kejadian Adam Alaihis Salam akan mengetahui bahawasanya segala sesuatu didalam alam ciptaan Allah subhanahu Wa Ta'ala ini diciptakan Allah dari ciptaan awalNya yaitu Nur Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!

Keyakinan seseorang Muslim didalam bab ini tidak boleh ada barang setitik was was atau keraguan terhadap hakikat ini kerana jika dihayati akan keujudan diri kita sendiri serta sekelian makhluk makhluk yang bernyawa adalah terdiri dari jisim zahir dan ruh yang batin.

Tanpa ruh yang hidup dengan izin Allah didalam setiap makhluk yang nyata maka ianya cuma tinggal sebagai jasad yang mati, tidak bernyawa.

Terpulang kepada setiap individu yang berupaya memikir dan memahami akan realiti ini untuk beriman terhadap Allahu Rabbul Alamin yang Maha Perkasa serta Ghaib dari pandangan lahiriyah kita?

Kesedaran tentang alam ghaib dan alam nyata itu tertakluk kepada keupayaan seseorang itu untuk menghayati realiti semasa?

Begitu juga dengan pemahaman tentang ilmu ilmu agama dan ilmu bersifat duniawi. Ianya tidak sama dan tidak akan sama diantara penghayatan ilmu ilmu sedemikian diantara satu sama lain.

Hakikat bahawasanya Rasulullah yakni Nabi Muhammad ibni Abdullah, Sallalahu Alaihi Wassallam, Penghulu keatas sekelian para nabi dan rasul adalah yang paling dihormati Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri sehingga terakam didalam Kitab Suci Junjungan kita semua @ Al Quranul Karim puncak penghormatan itu didalam Ayat ke 56 Surah Al Ahzaab :

56. Inna Allaha wamala-ikatahu yusalloona AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena amanoo salloo AAalayhi wasallimoo tasleeman

56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

56. Allah and His Angels send blessings upon the Prophet: O ye that believe! Send ye blessings on him, And salute him ; With all respect.

Hakikat sebegitu tingginya penghormatan Allah Rabbul Alamin dan para MalaikatNya terhadap Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam berasas akan keluhuran peribadi junjungan mulia kita iaitu Muhammad al Ummiyyi, Sayyidul Mursalin, Rahmatulillahi Rabbil Alamin.

Terus terang saya katakan disini bahawa saya tidak hairan akan mereka yang jahil tahap sombong tidak mahu di ajar dan degil tidak mahu menerima kebenaran dan hakikat Ad Deenul Islam ini.

Mereka akan merasa sendiri hasil kedegilan dan kesombongan mereka dari menerima Kalam Allah dan Amanah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Islam itulah yang awal sekali di ajar kepada Ayahanda kita semua @ Nabi Adam Alaihi Salam.

Islam itu juga yang terakhir sekali disempurnakan pengajarannya melalui Khataman Anbiyya iaitu Muhammad al Mustafa Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kebenaran Islam hanya boleh dihayati oleh hati hati dan jiwa jiwa yang suci serta bersih dari sebarang buruk sangka dan sombong tak tentu arah.

Siapakah kita didalam menghadapi persoalan ini?

Hanya mereka yang beriman dan beramal dengan Amanah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang akan dapat menjawabnya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment