Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 23, 2010

P94-Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor ~ Gambar2 suasana disana.

DSC_8881.JPG
Terasa kemeriahan suasana pilihanraya bila melihat bendera bendera parti politik yang bertanding ini.
DSC_8896.JPG
DSC_8874.JPG
DSC_8891.JPG
Sekatan jalanraya oleh Polis Di Raja Malaysia bermula dari sini menuju ke Kuala Kubu Baru. Saya melalui beberapa sekatan jalanraya oleh PDRM dan soalan lazim mereka adalah apa tujuan saya menghala kesana? Jawapan saya adalah berjalan jalan. :)

Mereka selalunya mengizinkan saya berlalu tanpa banyak soal lagi. Mungkin kerana melihat perwatakan saya yang tidak membahayakan? :P Muka belum tersenarai lagi didalam 'Malaysia's Most Wanted' gamaknya? :D
DSC_8888.JPG
DSC_8909.JPG
DSC_8910.JPG
DSC_8911.JPG
DSC_8912.JPG
DSC_8913.JPG
DSC_8914.JPG
DSC_8915.JPG
DSC_8916.JPG
DSC_8917.JPG
Mungkin ramai yang merungut kerana terpaksa berhenti disekatan sekatan jalanraya oleh pihak Polis Di Raja Malaysia tetapi mereka tidak tahu akan bahaya membiarkan sahaja mana mana anasir penjenayah terlepas lalu masuk mengganggu gugat kerja kerja kempen pilihanraya di kawasan parlimen berkenaan?

Boleh menjadi huru hara sekiranya terjadi sebarang provokasi dan pencetusan pergaduhan diantara penyokong kerajaan persekutuan BN dan kerajaan negeri PR sekiranya pihak keselematan dalam negara seperti PDRM tidak memantau dan menjaga kesejahteraan penduduk sepanjang masa kempen pilihanraya ini.

Berapa kerat diantara kita yang pernah memikirkan kesengsaraan berjemur ditengah panas oleh anggota anggota polis berkenaan seperti konstabel konstabel Yusof dan Zulfakar ini?

Bagi kita yang mungkin selesa sedap ditiup angin sejuk pendingin hawa kereta tak terlihat peluh memercik keluar dari wajah wajah mereka, menggadai nyawa demi memastikan keselesaan massa pergi berkempen memenangkan calon pilihan masing masing?

Saya cuma mampu menasihati mereka meminum air dan bawa berteduh jika tiada kenderaan yang tiba dari terus terdedah berjemur dibawah panas terik mentari. Kita harus bersyukur kepada Allahu Ta'ala dan berterimakasih kepada anggota anggota polis seperti konstabel Yusof dan Zulfakar dan beratus ribu lagi anggota keselamatan negara kita yang lain kerana tabah menabur bakti saban hari.

Semoga Allah Rabbul Alamin merahmati kesekelian mereka.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment