Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 25, 2010

Tahniah kepada Yang Berkhidmat P.Kamalanathan!

Kamalanathan.jpg
Iya! Salam tahniah kepada calon BN Yang Berkhidmat P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Ahli Parlimen P94 Hulu Selangor (April 2010 selanjutnya).

Saya sarankan supaya honorifik Yang Berhormat yang digunapakai setiap Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen ditukar kepada Yang Berkhidmat untuk menjadi peringatan halus kepada YB YB sekelian bahawa mereka sebenarnya adalah wakil rakyat yang menerima undian dari para pemilih untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat disetiap kawasan DUN dan Parlimen negeri dan negara ini.

Dengan peringatan ini, Insya Allah semua YB YB akan senantiasa disedarkan akan tugas dan tanggungjawab masing masing dan tidak mudah menyombong diri dan alpa semasa bertugas dan memegang amanah mewakili kawasan DUN atau Parlimen berkenaan.

Kepada YB P.Kamalanathan, saya berharap supaya YB akan mengotakan kata dan menunaikan janji selepas mengangkat sumpah nanti.

Tinjau tinjau kekawasan kawasan yang memerlukan perhatian YB dan buktikan bahawa para pengundi Hulu Selangor telah membuat pilihan yang tepat dengan mengundi saudara.

Berkhidmatlah dengan penuh dedikasi seandainya YB ingin terus dicalonkan didalam PRU ke 13 nanti dan bangunkanlah mana mana projek yang telah terbengkalai didalam kawasan Parlimen P94 Hulu Selangor ini.

Semasa saya melawat kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung tempohari, saya ternampak beberapa projek terkandas yang mulai dilitupi semak samun.

Cuba YB kaji selidik akan kedudukan projek projek gagal ini dan siasat akan apa kah sebabnya projek projek tersebut tergendala?

Diwaktu yang sama, bantulah penduduk miskin seperti Ong Chew Tee di Kg Gurney yang hidup susah berbumbung bocor di Ulu Yam Baru.

Dengan bantuan dari peruntukan yang akan YB terima, penduduk penduduk miskin seperti Ong Chew Tee tak akan melupakan bantuan YB kepada mereka dan akan menjadi penyokong tegar YB kelak.

Yang penting disini adalah YB mesti menunaikan tanggungjawab dan amanah kesekelian para pengundi YB hari ini.

Beralih pula kepada keputusan Yang Amat Berkhidmat Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah membuat pemilihan jitu terhadap diri YB dari Timbalan Presiden MIC sendiri, ianya kini terbukti tepat walaupun terpaksa melawan kehendak sebahagian besar ahli ahli UMNO itu sendiri supaya calon berbangsa Melayu pula diberi peluang bertanding menentang Dato Zaid Ibrahim dari PKR.

Jadi YB Kamalanathan, tugas yang amat mencabar sedang menanti saudara. Buktikan kepada pucuk pimpinan BN bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat dan kembalikanlah kepercayaan masyarakat Hulu Selangor kepada parti saudara secara khusus dan BN secara amnya.

1Malaysia mungkin ditohmah sebahagian besar para pengkritik dan pencari kesalahan didalam negara tetapi saudara kini berpeluang membuktikan bahawa kempen ini tidak merupakan hanya sebuah slogan atau retorik seperti yang dikatakan mereka!

Salam tahniah sekali lagi dan Selamat Berkhidmat!

Sebelum saya menutup artikel salam tahniah ini, ingin saya mengajak YB menghayati lagu nyanyian ND Lala ini. Walaupun YB bukan Islam, masih boleh merujuk kepada maksud lagu Diari YB ini :
Post a Comment