Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, April 01, 2010

Wawancara Eksklusif Dato Hj Zainal Abidin Dato Hj Sakom



Sepertimana saya janjikan, maka inilah dia wawancara khas saya bersama Pengerusi Perbadanan Yayasan Basmi Kemiskinan, Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin bin Dato Hj Sakom pagi tadi.

Wawancara ini saya rakam secara terus di tingkat atas Restoran Bilal, Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas urusan beliau beserta penduduk Serendah yang pergi menghantar memorandum bantahan terhadap Kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Menteri Besar Selangor (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim yang membatalkan projek pembangunan UITM Serendah dibawah kelolaan PBYK ke ibu pejabat Suruhanjaya Hak Hak Manusia di tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Rumusan wawancara eksklusif ini adalah Dato Hj Zainal Dato Hj Sakom teramat kesal dengan tindakan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah bertindak zalim membatalkan projek pembangunan kampus UITM Serendah yang akan membuka sebegitu banyak peluang pekerjaan kepada penduduk miskin dan berpendapatan sederhana hanya kerana perbezaan politik diantara Kerajaan PKR Selangor dengan projek YBK ini yang disalah tafsir sebagai projek Kerajaan Persekutuan BN.

Dato Hj Zainal Abidin Dato Hj Sakom amat berharap agar pihak MB Selangor dapat meluluskan projek ini demi membantu masadepan warganegara miskin dan berpendapatan sederhana di Hulu Selangor seraya membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi untuk seluruh rakyat Malaysia dengan pembangunan UITM Serendah yang dirancang YBK sendiri.
Post a Comment