Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 13, 2010

13hb Mei ~ Berlalu begitu sahaja tanpa sebarang kekalutan. Alhamdulillah.

1Warga seMalaysia.jpg
Didalam tempoh beberapa minit sahaja lagi, 13hb Mei ini akan melabuhkan tirainya dari kenangan terhadap peristiwa hitam didalam lipatan sejarah negara kita ini pada tahun 1969.

Bagi saya yang berusia 11 tahun semasa peristiwa berdarah 13hb Mei 1969 itu, ianya hanya tinggal kenangan samar samar didalam benak fikiran saya yang hidup dikampong yang bersempadan dengan penempatan orang orang Cina di persisiran tepian laut Jelutong Timur, Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh saya membesar di kampong Melayu terakhir ditepi laut Jelutong Timur itu, tak ada kami menghadapi apa apa masaalah dari penduduk perkampongan nelayan Cina Jalan Cheor Tau Kong itu.

Kami bebas berjalan melalui perkampongan Cina Jelutong itu menuju ke jeti Shell untuk memancing dan kekadang kami akan singgah menonton Opera Cina yang sering di adakan didalam kampong itu.

13hb Mei 1969 bertukar menjadi peristiwa berdarah bila berlaku pertembungan diantara Cina dan Melayu Kuala Lumpur angkara sesetengah pihak yang lupa bahawa inilah sahaja tanahair yang kita ada untuk dikongsi hidup bersama sama walau berbeza bangsa dan kefahaman agama serta adat resam.

Sampai kehari ini masih ada sesetengah jendalu yang sibuk mengadu domba merencana angkara mencetus murka dikalangan kita.

Saya pohon supaya hentikanlah kerja gila ini dan bersama sama lah kita semua mencari titik persamaan dan berusaha memakmurkan sesama warga dan bersatu membina masyarakat Malaysia yang benar benar bersefahaman dan boleh hidup aman damai sampai Kiamat.

Insya Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PS. Ada yakpursalam sekor hantar komen mencabar saya terbitkan luahan sampahnya itu yang berkait dengan laman blognya yang mengisahkan tentang 'Melayu Bangkit'.

Setakat bangkit berkokok berderai derai tetapi tak ada 'telor' membanteras maksiat didepan mata dan yang terbaru meluluskan lesen judi sukan ni tak ada pulak yang mengaku 'Chempiang Melayu' nak membantah, apa kelas brader?

Saya tak layan lah komen komen taik kucing gitu. Ada pula nak letak 'link' kat komen brader nak mancing pembaca gi membuang masa membaca retorik brader?

Maaf brader. Kat blog lain, mungkin dilayan. Kat sini, mimpi sajalah Labu!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau pun nak menghantar komen konon nak memperjuangkan nasib bangsa Melayu, susun le ayat dan perkataan tu molek molek melambangkan diri itu sebagai seorang anak Melayu yang bersopan santun, tahu cara nak berbudi bahasa bila bertandang ke laman blog orang, bukannya datang secara sombong dan bongkak, semberono mencabar tuan rumah supaya siarkan komen tahap sampah!

Saya ni amat mengalu alukan komen yang penuh berilmiah, ada kebaikan pada pembaca blog ini. Setakat nak mengirim komen berinti caci maki dan adu domba, minta maaf le. Tak akan saya layan atau terbitkan untuk kekal disini, mencemari isi laman blog ini.

Seandainya anda benar benar sayangkan kaum dan bangsa yang bergelar Melayu, maka saya alu alukan dengan penuh hormat...sekira nya sang pengirim komen berkelakuan sesuai untuk dilayan sedemikian rupa?

Buktikan anda Melayu budiman, nescaya sambutan terhadap kehadiran fikrah anda akan bersesuaian dengan cara anda bertandang kelaman ini.

Ingin saya mengajak saudara menghayati maksud pantun ini :

Belum dijual sudah dipegang,

Tentulah harga tiada cocok,

Belum kenal sudah temberang,

Tentulah hamba tidak menengok.


Mudah2an dapat difahami dan diterima se adanya.

Insya Allah.
Post a Comment