Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 13, 2010

Al Fatihah! Ustaz Ashaari Muhammad Abuya Al Arqam kembali ke rahmat Allah!

Abuya Ustaz Ashaari Muhammad.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un. Dari Allah kita datang ; kepada Allah kita kembali.

Al Fatihah!

Pada jam 2.10 petang tadi Khamis 28hb Jamadil Awwal 1431 Hijrah, Abuya Al Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad telah kembali menghadap Allahu Rabbul Jalil, membawa bersamanya amalan duniawinya mengharap Maghfirah Ilahi.

Seorang demi seorang pemimpin pergerakan Islami kembali ke Rahmatullah meninggalkan kita menghadapi kecelaruan duniawi yang sedang ditenggelami arus hedonisma yang semakin mengkucarkacirkan tanahair ini.

Ketika bersolat maghrib berjamaah tadi, hati kecil saya ini tersentuh dan emosi saya terganggu berlinang airmata semasa menghayati makna setiap ayat didalam Surah Al Fatihah :

1. Bismi Allahi alrrahmani alrraheemi

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.


2. Alhamdu lillahi rabbi alAAalameena

[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

2. Praise be to God, The Cherisher and Sustainer of the Worlds;


3. Alrrahmani alrraheemi

[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3. Most Gracious, Most Merciful;


4. Maliki yawmi alddeeni

[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

4. Master of the Day of Judgment.


5. Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeenu

[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

5. Thee do we worship, And Thine aid we seek.


6. Ihdina alssirata almustaqeema

[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.

6. Show us the straight way,


7. Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleena

[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

7. The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, Those whose (portion)
Is not wrath, And who go not astray.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Betapa jelasnya Allahu Rabbul Alamin menerangkan kepada kita, anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam ini tentang Kekuasaan Allah, Sang Maha Pencipta akan kesekelian isi kandungan alam semesta ini dan begitu mengasihani kita, dengan menghantar seorang demi seorang Nabi yang berjumlah melebihi 124,000 orang kesemuanya dan didalam jumlah tersebut ada 5 orang Rasul terkemuka dan dipenghului oleh Sayyidina Muhammad ibni Abdullah, Sayyidul Mursalin, Rasulullah al Mustafa, Nabiyyil Ummiyyi, Habibullah, Rahmatulil Alamin.

Bilamana menyedari akan pemergian Syeikhul Arqam, Abuya Imam Ustaz Ashaari Muhammad, pencetus revolusi peradaban dan penghayatan Islam dibumi bertuah, tanahair kita ini, hati saya menjadi sayu dan berlinanglah airmata, teresak esak membaca Suratul Fatihah, menangisi peninggalan seorang lagi pemimpin agama Islam negara ini.

Teringat saya akan perubahan kelaziman masyarakat Melayu Muslim di Malaysia ini bilamana Pergerakan Jamaah Al Arqam dibawah kepimpinan Allahyarham Abuya Imam Ashaari Muhammad mula bertapak dibumi Semenanjung Tanah Melayu ini pada sekitar tahun 1968.

Saya berusia 10 tahun ketika itu dan saya turut menyaksikan ahli ahli jamaah Al Arqam ini masuk ke kampong saya di Jalan Kota Giam, Jelutong Timur, Pulau Pinang.

Mereka berjubah hijau gelap dan berserban tebal bagi jamaah lelaki dan berjubah hitam serta berpurdah bagi jamaah perempuan.

Kebanyakan mereka berkelulusan tinggi dan berperwatakan lemah lembut dan sopan terhadap orang orang kampong.

Mereka membuka perusahaan kecil kecilan tetapi beristiqomah dengan kelas kelas pengajian agama dan menyebarluaskan ajaran ajaran jamaah mereka dengan cara yang begitu sistematik sekali.

Bagaikan musafir yang kehausan dipadang pasir, ramai yang tertarik kepada cara jamaah Al Arqam mengajak orang kebanyakan untuk bersama sama mereka mendalami cara hidup menurut Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam disamping tidak ketinggalan menggunapakai kemajuan sains dan teknologi moden.
Ustaz Asri Rabbani.jpg
Jamaah Al Arqam melahirkan beberapa kumpulan nasyid terkemuka seperti Kumpulan Nada Murni yang diterajui Allahyarham Shoutul Islami Al Ustaz Asri Ibrahim, pujangga teristimewa dunia syiar Islami tanahair kita.

Dari Nada Murni lahirlah kumpulan Rabbani setelah Jamaah Al Arqam diharamkan Kerajaan Malaysia setelah ajaran ajaran Abuya Imam Ashaari didapati menyeleweng dari ajaran ajaran Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dengan dakwaan diri beliau berasal dari Bani Tamim dan kemudian memperkembangkan Aurad Muhammadiyyah.

Dari Nadamurni terbit juga kumpulan nasyid Hijjaz yang merupakan ahli ahli pengasas kumpulan nasyid Jamaah Al Arqam.
nadamurni hijjaz.jpg

Sedikit sebanyak puluhan juta jiwa Muslimin dan Muslimat Malaysia serta ratusan juta umat Islam serantau Asia dan seluruh dunia mendapat ketenangan jiwa mendengar alunan merdu suara suara lunak juara juara nasyid Rabbani dan Hijjaz yang berasal dari Kumpulan Nadamurni Al Arqam Malaysia.

Jamaah Al Arqam pimpinan Allahyarham Abuya Ustaz Ashaari Muhammad walaupun didapati menyeleweng dari ajaran Islam pembawaan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam didalam sesetengah perkara tetap berjasa kepada masyarakat Islam seMalaysia didalam membawa penghayatan Ad Deenul Islam itu secara amnya dengan memperkenalkan pemakaian tudung hijab labuh bagi jamaah wanitanya.

Secara tak langsung, pergerakan Al Arqam telah mencetus revolusi penghayatan Islam secara lebih mendalam dan tidak cuma sebagai ikut ikutan sahaja seperti di zaman 60an dan sebelumnya.

Jangan kita terlalu cepat menidakkan sumbangan pergerakan Jamaah Al Arqam kepada kehidupan umat Islam di Malaysia dan negara negara serantau Asia.

Memang kita tidak setuju dengan bawaan Aurad Muhammadiyyah itu tetapi kita haruslah bijak memilih yang mana harus dan yang mana batil didalam penghidupan kita di alam dunia yang sementara ini.

Terpulanglah kepada kita selaku umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam untuk menggunakan akal fikiran kita untuk menilai yang mana kaca dan yang mana intan permata tanpa keterlaluan didalam pembawaan kita?

Pokoknya kini telah ternoktah sudah penghidupan insan bergelar Imam Abuya Ashaari Muhammad pada tepat pukul 2.10 petang tadi. Arwah meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh. Sebab kematian direkodkan sebagai jangkitan paru paru.

Itu hanya asbab sahaja. Sudah sampai ajalnya maka tidak tertangguh barang sesaat lagi.

Sebagai sesama Muslim dan Mukmin wajar lah kita menghadiahkan Arwah dengan doa kepada Allahu Rabbul Alamin agar mengampunkan sebarang dosa dosa Arwah dan memberikan Maghfirah Rabbul Alamin kepada ruh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad.

Dari maklumat yang disiarkan didalam beberapa akhbar maya dan laman laman blog, janazah Allahyarham Abuya Ustaz Ashaari Muhammad dibawa ke kampong halaman arwah di Rembau, Negeri Sembilan.

Semoga ruh Arwah ditempatkan bersama sama mereka yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan diberikan pembalasan sewajarnya diatas usaha arwah semasa dimuka bumi ini didalam menegakkan syiar Al Islam yang mana bahagian bahagian pembawaannya tidak tergelincir dari landasan Al Haqqul Islami.

Amin Ya Rabbal Alamin.

PS : Sila singgah ke laman blog Al Ustaz Abdul Halim Abdullah untuk membaca lebih lanjut akan kisah Allahyarham Syeikhul Arqam Abuya Imam Al Ustaz Ashaari Muhammad disini.

Ingin saya memperingatkan Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian, bahawa didalam kehidupan sementara duniawi ini, kita mempunyai pilihan.

Memilih untuk mencari kebaikan ataupun keburukan seseorang atau sesuatu?

Seandainya hasrat kita adalah untuk mencari keburukan, nescaya seribu satu keburukan itu akan terserlah pada mata kasar kita.

Ini hakikat alam.

Cuba kita mencari pula unsur unsur kebaikan?

Insya Allah akan nampak seribu satu kebaikan pula.

Namun usah lah mencari kebaikan itu pada seseorang yang ternyata kotor dari segi lahiriyyah mahupun batiniyyah nya walaupun secara fitrah, kita semua dilahirkan suci dari noda dan dosa tidak tertakluk kepada anak anak hasil zina dimana dosanya terletak kepada kedua orang tuanya.

Keadaan seseorang itu terpulang kepada pemilihan cara hidup yang disukainya. Hidup kita ini, kita yang menentukan arah tujunya? Tepok dada tanyalah iman...atau keputusan nafsu sendiri?

Allahyarham Syeikhul Arqam tidak maksum orangnya. Didalam kehidupan arwah pasti ada yang tidak selari dengan apa yang ditinggalkan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Rahmatulil Alamin.

Kekadang seseorang mursyid itu boleh terpesong hala tuju visi dan misinya bila para pengikut yang lebih kuah dari sudu, terlalu mengagong agongkan diri sang mursyid sehingga unsur ujub dan riya' mulai berputik didalam diri sang mursyid tersebut.

Sudah lama saya ingin bersuara mengenai hakikat ini tetapi saya tangguhkan dahulu kerana masih ingin terus mengkaji dan mentelaah perkara ini.

Insya Allah akan saya siarkan artikel berkaitan kecelaruan ini bilamana selesai kajian saya dan saya berpuashati dengan intipati yang akan saya kemukakan nanti kepada sidang pembaca sekelian.

Berbalik semula kepada tajuk artikel ini. Menghayati jasa Allahyarham Syeikhul Arqam terhadap ummah Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam di rantau Asia ini terutamanya kepada tanahair kita, bumi Malaysia ini.

Usah kita membiarkan diri melihat atau cuma meneropong akan kekhilafan Mursyid Jamaah Al Arqam sahaja yang diketengahkan para pengkritik arwah.

Ada juga kebaikan yang dibawa Arwah Abuya Imam Ashaari Muhammad, seperti revolusi penghayatan Ad Deenul Islam dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam didalam kebanyakan usaha jamaah Al Arqam beliau.

Itu yang saya ajak tuan puan menghayati dan menghargai jasa jasa Allahyarham.

Sekali lagi, marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada Arwah.
Post a Comment