Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, May 25, 2010

Koperal Khalid terima derma RM5000! Syukur Alhamdulillah!



Syukur Alhamdulillah! Pertama sekali ingin saya merakamkan ribuan terimakasih kepada rakan blogger saya Dato Ahiruddin Atan @ Rocky Bru kerana telah menghubungi saya semalam untuk menerima sumbangan derma RM5000 secara tunai untuk disampaikan kepada Koperal 104747 Khalid bin Che Rus.

Wang sebanyak RM5000 tunai didalam matawang RM100 itu diserahkan kepada saya oleh Dato Ahiruddin Atan @ Rocky Bru diperkarangan Royal Lake Club pada jam 3.30 petang hari Isnin 24hb Mei 2010 dengan pesanan supaya maklumat penderma tidak didedahkan kepada umum.

Saya menerima amanah Dato Ahiruddin Atan @ Rocky Bru dengan nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan bertekad untuk menyerahkan wang tunai itu pada malam itu juga! Merbahaya memegang duit tunai sebanyak itu lama lama sebab ianya amanah orang. Takut saya tak sempat tunaikan amanah, meninggal ke apa tiba tiba, tak ke naya? :P

Sesudah menerima wang tersebut dan bersalaman dengan Dato Rocky, saya terus menghubungi Tuan ACP Abdul Jalil Hasan, OCPD Ampang Jaya dan OCS Balai Ampang Cif Inspektor Tuan Norazman Zakaria secara sms memaklumkan kedua pegawai tertinggi Koperal Khalid akan penerimaan wang derma RM5000 tunai tersebut dan meminta kedua pegawai tersebut untuk bersama saya menyerahkan amanah derma itu kepada Koperal Khalid pada malam semalam juga!

Tak mahu saya membawa balik wang itu kerumah saya. Tak akan selesa hati saya selagi tak serahkan pada Puan Satona, isteri Koperal Khalid bersaksikan kedua pegawai tersebut di atas.

Alhamdulillah, Tuan OCPD ACP Abdul Jalil Hasan bersetuju untuk hadir ke berek kelamin Koperal Khalid dan kami membuat temujanji untuk bertemu disana pada jam 8.30 malam.

Selepas urusan saya makan malam dengan orang rumah saya selesai, saya terus menuju ke Taman Setiawangsa, Keramat AU untuk menunaikan fardhu maghrib di Masjid Muaz ibn Jabal.

Sesudah solat, saya bergerak ke kediaman Koperal Khalid dan seterusnya tertunailah amanah yang saya pegang dari Dato Ahiruddin Atan @ Rocky Bru sepertimana tuan puan dapat ikuti didalam video diatas.

Syukur Alhamdulillah sekali lagi kepada Allahu Ta'ala diatas kurniaan derma ikhlas dari usahawan yang mahu merahsiakan keterangan dirinya ini dan ribuan terimakasih saya ucapkan kepada Dato Ahiruddin Atan diatas jasa beliau membantu seorang anggota polis yang terlantar sakit sesudah koma sekian lama akibat di langgar lari manusia yang tidak bertanggungjawab setahun sudah.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membalas jasa jasa para penderma rakyat Malaysia yang sudi membantu Koperal Khalid Che Rus dan keluarganya.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment