Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 13, 2010

Mufti Perak bersuara tentang kelulusan lesen judi sukan

Tan Sri Harussani Zakaria.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sidang pembaca warganegara Malaysia sekelian.

Saya baru sahaja selesai berhubung melalui telefon dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkenaan isu lesen judi sukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional Malaysia.

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa apa saja bentuk judi adalah HARAM di segi Syariah Islam dan beliau berasa amat sedih dengan keputusan Kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi tersebut kepada pihak Berjaya Sports Toto Berhad!

Bilamana saya terangkan kepada Sahibus Samahah Mufti Perak bahawa lesen judi ini bukan hanya untuk kategori pertaruhan keatas kejuaraan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung pada bulan Jun ini tetapi merangkumi segala bentuk sukan sukan yang lain termasuk sukan bolakeranjang, perlumbaan kereta, motosikal, sukan tenis, golf dan lain lain, Tan Sri Harussani terkejut dan merakamkan kekesalannya!

Beliau memaklumkan saya bahawa akhbar New Straits Times baru sahaja mengadakan satu wawancara dengan beliau dan bertanya samada sudah keluar laporan tersebut?

Saya menjawab saya belum sempat membaca akhbar tersebut tetapi memaklumkan bahawa sudah semakin ramai pembaca blog saya yang menghubungi saya dan bertanya samada saya telah mendapat maklumbalas Tan Sri Harussani tentang apa pendapat Tan Sri mengenai keputusan Kerajaan Malaysia ini untuk meluluskan lesen judi 'sukan'?

Sekali lagi beliau menegaskan bahawa judi itu adalah haram dan diantara dosa dosa besar yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan barangsiapa sahaja yang bergiat didalamnya!

Berita memalukan Malaysia ini sudah diterbitkan didalam laman web global MSN.Com disini.

Beralih kepada satu lagi perkara melibatkan soal penglibatan Amanah Raya Berhad yang dilaporkan berurusan dengan urusniaga saham syarikat perjudian besar negara @ Magnum Berhad melalui anak syarikatnya Public Mutual!

Tan Sri Mufti Perak meminta supaya saya menulis menerangkan bahawa pendirian beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah haram bagi pihak Amanah Raya Berhad untuk membiarkan anak syarikat nya Public Mutual untuk melaburkan wang amanah pegangan badan tersebut didalam bursa saham yang melibatkan syarikat perjudian Magnum Berhad.

Beliau meminta supaya saya siarkan pendapatnya ini menentang keterlibatan Amanah Raya Berhad didalam sebarang urusan niaga saham yang dimiliki syarikat perjudian seperti Magnum Berhad.

Harap maklum.

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sudah menyempurnakan amanah Sahibus Samahah Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria untuk menyampaikan amanatnya ini kepada tuan puan semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersama lah kita membanteras
segala kemaksiatan yang sedang berleluasa ditanahair kita ini!


ALLAHU AKBAR!!!
Post a Comment